Jumaat, Mei 30

Yang : asal

Segan silu aku, dah lama tak datang gelanggang, tiba2 saja datang pertauliahan. Sebelum ini sibuk dengan tesis dan report. Sibuk dengan urusan dunia. Satu2 guru menegur aku, bertanyakan khabar. Silap aku tak beritahu mereka, hanya Pak Ujang sahaja yang tahu keadaan aku. Tetap aku rasa bersalah. Tapi aku masih diterima, tetap dilayan mesra, tetap disayangi. "Hamka2, semua orang sayang awak, lepas ni rajin2 la turun geanggang ya". Aku amat bersyukur.

Gerak dah makin sumbang, bunga langkah pun lupa. Penangan tak turun gelanggang 6 bulan. Pak Uzai merangkap guru dan juga sahabat dari sekolah, hendak melihat aku membuka gerak. "halun" dengan doa kepada tuhan yang esa, aku bawa juga gerak aku. memang sumbang. Selesai sahaja, tegang semua otot. urut sendiri la gamaknya, kawan2 tak pandai urut. Malam itu tidur dengan amat nyenyak.

***

Setiap kali pertauliahan, selain seronok dapat berjumpa kawan2 dari gelanggang lain, aku paling menanti saat tazkirah dari Ustaz Wan, Guru Pendekar Utama PGSM. Membuat aku sedar akan tujuan sebenar manusia. Kembali kepada yang asal, berdiri di atas diri, mencapai makam khalifah. Jika diukur diri ini, amat kecil dan jauh sekali hendak mencapai ke tahap itu. Hendak berdiri di kalangan orang yang beriman kelak, sebaris dengan para malaikat, memegang panji Rasul Muhammad SAW.

Pertama kali aku solat taubat, dan pertama kali juga aku menangis di dalam doa. Ustaz yang dosanya tidaklah banyak mana jika dibanding aku, boleh menangis teresak2. Apa lagi diri aku ini. Bukan aku seorang saja, kawan2 aku yang muka ganas pun menangis. Selepas tamat semua aktiviti, duk melepak sambil mengeteh (minum teh) dan gelakkan kawan2 yang menangis tadi. Jatuh saham. XD

***

Pada waktu siang ada sukaneka untuk kanak2, yang besar pun boleh turut serta. Nama pun hari keluarga PGSM. Aku dah hilang 'power' main congkak, '1st roud' dah kalah. Lawan aku, budak darjah 6...Alasan kekalahan aku, "jari aku besar, tak muat nak masuk lubang congkak tu". 'Tensen' kalah main congkak, aku tengok budak lawan skipping. Berkain pelekat dengan kotak rokok di tangan, aku dipaksa melompat. *huhu~* tapi aku berjaya membuat 11 lompatan. *hebat*

Program berakhir dengan baik, aku bersyukur dapat pergi ke perkhemahan ini. Pengisiannya paling banyak berbanding yang sebelum ini. Walaupun tak dapat naik bengkung, aku puas. Alhamdulillah.

~aku dapat minyak urut yang aku idamkan..yay~!

16 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    ni cerita pasal silat ke?

    ermm. masa sekolah dulu saya paling tak suka budak silat. budak-budak silat kat sekolah saya sungguh saiko. sungguh weird. sungguh ermm.. misteri.

    everytime berborak dengan mereka, rasa macam kena hypnotise..

    sungguh tak masuk akal. tapi budak silat memang aneh. dan misteri. dan menyusahkan. (ada sorang budak silat dulu tak siap keje sekolah tak pasal-pasal satu kelas kena marah dengan cikgu add math. bodoh. dah tak reti, pinjam la buku pi tiru. itu pun tatau ke. kan dah cakap.. budak-budak silat ni misteri. so troublesome. huhuhuhu)

  2. t.a.t.a berkata...

    Masa duk asrama dulu bagi saya bebudak silat ni mcm ada satu ikatan dan rahsia yg cuma depa² je yg tau. bila org bukan silat nak tau depa mcm ndak tak ndak je cakap. ntah apa apa ntah. saya tak ingat pun menatang apa nak tau tu.

    tapi saya suka seni pertahan diri mcm ni. dulu masuk sekejap, bila dah grad terus berhenti kelas. tak lama dulu selalu gak praktis semula pattern² tapi kalau skang kompem dah lupa langsung dah. tapi mmg best masuk silat² camni.

  3. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>hehe, direct statement..sejarah gelap bersama budak silat ni..

    part misterius itu saya amat setuju..itu yang menjadi daya penarik..haha~

    erm, =.= semua orang pung mesti pernah kena marah dengan cikgu..

    ~saya pung pernah hypnotize kamu..hehe..

    tata>>hehe, ada sesetengah benda perlulah dirahsiakan. takut dipandang serong lebih teruk lagi, riak.huhu~ nak tahu, masuklah silat..hehe~

    semua martial arts pung best. kamu mmg dah lupa, tapi kalu masa2 emergency nanti kompem keluar. Dah embeeded dalam badan..XD

  4. Tanpa Nama berkata...

    dulu masa sekolah, all the girls will trying their hard to avoid dari bercouple dengan budak silat. yaa.. i know, budak silat is a human too, but they all a weird human to us. (hahaha). we don't like them.

    dulu ada sorang budak silat kat sekolah yang saiko. orang cakap dia belajar silat tapi salah ajaran ke hape ntah. dia sungguh sungguh sungguh aneh dan pendiam dan aneh, dan aneh lagi dan kacak. kenapa dia kacak??!! aishhh... slek betul orang-orang kacak ni tapi saiko.

    tapi dia memang kacak. huhuhu.

  5. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>awat bunyinya cam teruk sangat bunyiknya..nak tau gak, silat apa yang dibawa kat sekolah awak nih? *garu2*

    haha~ diam itu tanda setuju..XD
    pemalu tuh, cuba kamu tgur dia waktu tu..mesti dia blushing2..hehe~

  6. Tanpa Nama berkata...

    sekolah saya mana ada kelab silat ape jadah semua nih. budak-budak yang nak masuk silat semua thru kampung kampung diaorang. (saya sekolah kampung dulu *kuis kuis kaki kat lantai*). kat tempat saya banyak kampung so macam ada persatuan diaorang la gamaknye buat kelas silat ape bagai semua tu. budak budak lelaki suka laa..

    ingat dulu, kawan saya.. dia siap sound bf dia lagi jangan masuk silat. takot bf dia jadik saiko hahahahaha.. lawak lawak! saya cakap kat dia, daripada ada bf budak silat baik takyah ada langsung. menyemak je. gi sekolah nak belajar laa, bukan bercouple. buduh piang! hahahaha..

  7. Tanpa Nama berkata...

    adik saya sangat obses dengan silat.. dari sekolah sampai ke Univ.. jarang balik umah sebab silat.. silat sana silat sini... tp silat menjadikan adik saya yang super baran itu menjadi lebih coolll.. mungkin sebab orang yang ada ilmu silat ni tak bley simply terbaran kerana senang terbukak langkah kot... kang ada plak yang koma.. hihihi..

    so yeah.. silat makes my brother becomes a better person.. yeehaa~

  8. Tanpa Nama berkata...

    maha guru ...
    gue pun ader silat gak...
    silat seribu langkah namer dia...
    sungguh sesuai digunakan pabila dikejar dek anjing berpenyakit sawan ..... kehkehkehkehkehkeh...
    gurau yooo mahaguru...

  9. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>owh, silat kampung la nih..no wonder la..saya pun budak kampung..*kuis2 kepala* XD kita lelaki ni yang nak kena jadi ketua keluarga, nak lindung anak bini nanti, mesti kena penuhkan diri..hehe~

    haha, betui2..penat mak ayah antar belajar..balik2 bawak awek..=p tapi kalu belajar pandai, awek pun dapat, kira bonus la tu kan? XD

    sindarella>>uiks, jangan sampai obses..bahaya tuh..silat ini hanya alat sahaja..hehe~
    tapi part penyabar itu memang betul diterap dalam silat..takleh melulu nak pukul orang..tangan dah berisi, lain pulak jadik nanti..tahniah kepada adik kamu..=D

    cicak>>'maha'2 ni bahaya sikit guna..sifat2 allah saja yang ada 'maha' ni..kita ni adalah segala yang tidak sempurna dan penuh kekurangan..
    hehe~ silat 'seribu langkah' itu pernah diguna amat banyak dahulu..bukan apa, taknak kena samak kalu kena gigit anjing nnti..haha~ *alasan2*

  10. Tanpa Nama berkata...

    huhuhuhu... insaf kjap gue...bila maha ..opsss,,, tuk guru kasi tarbiah... kalu semut gigit ndak bukak langkah apa tuk guru ?... langkah pendek ker panjang ?...

  11. ..::hamakakun::.. berkata...

    cicak>>haha~ ko nih wat aku teringat cite p.ramlee tu.. "silat elak batu pakcik tak ajar, macammana saya nak elak~~" haha~

  12. Tanpa Nama berkata...

    giler ah...terrer silat tu!!!...ewah~~ cak pung~ cakpung~

  13. Cik D momy the ZAs berkata...

    ni cite silat ni...
    ptt r pgsm 2 mcm pnh dgr je
    my bestfriend back in semsas pon terrer silat jugak
    bleh la korg berkenalan
    huhuhu

  14. t.a.t.a berkata...

    kaka, betul tu mmg dah embedded dlm diri. bila ada org lalu dari blkg dan tepuk bahu otometik tangan nak melibas ke blkg. apa tah lagi dari depan, silap minit ada yg jatuh terlentang.

  15. ..::hamakakun::.. berkata...

    bubu>>huhu~ mana terenye..saya budak baru belajar..apa pun tak tau..
    ewah~ ewah~~ joget lambak~ ewah~~ XD

    d|l>>haha~ kalu orang tak silat pung boleh je nak bekenalan..penah dengar PGSM? ka mana?

    tata>>haha~ bagus2, self defence tuh..tapi bahaya gak kalu terlibas boss..aiyyark~~ hehe~

  16. Cik D momy the ZAs berkata...

    selalu je dgr
    member sorg tu fanatik sgt dgn silat
    sekolah2 dulu layan jugak tp lepas sesuatu berlaku ms form 2 dh x lalu dh nk bersilat huhu