Memaparkan catatan dengan label Asasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asasi. Papar semua catatan

Isnin, April 21

Pasti : mahu

*dimana kamu tata*

5 tahun sekolah 'all boys' menjadikan aku seorang 'gay' ( happy) yang berjaya. Kejutan budaya seketika sewaktu di asasi sains. kiri, kanan, ramai bukan main hawa-hawa. Bagaimanakah hendak berkomunikasi dengan mereka, bagaimanakah pemikiran mereka, sehingga sekarang masih misteri.

Hari pertama sudah kelihatan kumbang2 berterbangan mencari bunga. Sudah ada pun yang menjadi balangkas, 'casanova' sejati. Tapi aku dilahir pemalu, tengok dari jauh sahaja. Kaji dahulu sebelum mendekati, takut disengat. Aku takut akan kaum hawa. ini cerita betul.. XD

Kegilaan budak2 pada zaman ini adalah bermain 'miscall'. Macam jadi rutin harian miscall orang. Katanya bila misscall menunjukkan kita "rindu" padanya atau sebagai kata "hai!". Lagi pelik budaya 'bercakap tiga saat', kerana tak mahu kehilangan kredit. Sepelik2 aku kepada kaum hawa, yang ini aku lagi pelik.

Satu hari sedang aku sibuk belajar main gitar, terdengar cerita kawan-kawan meranking perempuan2 pasti : mahu di Asasi. Aku tumpang dengar, besarkan telinga :
tak ikut turutan, aku tak ingat..

  1. Shuhada a.k.a karat >> Rambut dye melampau..1st day dicop karat..
  2. Arab (lupa nama) >> Muka arabic, kaum sharipah
  3. Tiara >> Aku tak nampak apa2 yang special, tapi dia baik.
  4. Amira >> Muka mix europe, iras2 Avril Lavinge. *aku pernah date ngan dia*
  5. Jaja >> Muka iras Maya Karin.
  6. Dd >> er..dia punya tarikan berdasarkan namanya..*aku bukan pervert, aku dengar saja*
  7. Aimi >> tinggi ala2 model, mix chinese. *menang 'queen' dinner asasi*
  8. Kakchik >> dia kiut dan pendiam. *bangga kawan aku masuk ranking*

mungkin ada lagi, tapi aku lupa. Jadi datang kepada persoalan keduaku. Kenapa mereka menjadi tarikan, apakah definisi kecantikan?

~Mempelajari manusia lebih sukar dari matematik..
~minta maaf jika ada yang tersinggung...