Memaparkan catatan dengan label Permainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permainan. Papar semua catatan

Selasa, Mac 11

flOw : go

Setelah penat menulis tesis yang amat meletihkan dan report yang tidak putus-putus, tibalah masa untuk merehatkan diri. Pergi mengacau bilik kawan-kawan seperti En Ah Fa, tapi semua tak ada, dah keluar tinggal aku. Yang ada pun dah tido. bosan-bosan. Masa kita sibuk buat kerja, masa tu kawan kerumun. macam-macam 'plan'. nak buat kita stop buat kerja. Sialan ko setan. sambung buat kerja..

***

Kalau busan buat kerja. kawan tak ada. Blog dah abis tengok. AyUmi dah tdo. Nak buat apa?
Mari main game. kawan dikala bosan, setan jika berlebihan. Antara game yang addictive kepada aku (mcm isap dadah plak..haha) ialah...

flOw

Permainan video yang berasaskan flash ini tidak boleh dipandang rendah. Dengan bentuk yang unik, dan bunyi yang ashik, boleh menjadikan pemain geram dan tidak mahu melepaskannya.
Ala-ala snake dekat handset, tapi dengan grafik yang lebih cantik. Peminat Snake mesti cuba permainan ini. Apakah Snake? snake adalah game makan2 ala-ala Pacman. Cuma berlainan dari Pacman, semakin banyak makan, semakin panjang anda. apakah Pacman? .....no komen, main je.

Makan budak

Kena gigit balik

Teruja? anda boleh bermain permaian ini secara terus di link yang telah disediakan. Atau muat turun untuk bermain secara 'offline'. Kedua-dua pun percuma. Kalau minta dari aku, aku charge 5 ringgit macam orang jual ringtone dekat uptown. haha..
Kata-kata terakhir, baca dahulu 'how to play' kalau taknak terpinga-pinga nanti. Dan jangan main lama sangat..haha..Enjoy!

flOw : go <-- !

p/s : tiket my indierock darling tu limited, cik AyUmi jangan heboh2..haha..