Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan

Sabtu, Mac 22

Teka : teki

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang-orang yang kita boleh berhubung.
Tapi apakah itu kawan?
Adakah geng warung kopi, kawan seperjuangan, kawan lepak, kawan-kawan sekolah?
atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil?

Tiada prejudis, perbezaan, pertandingan dan persaingan.
Sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata, dan kita nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.

Tapi zaman sekarang ini nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas. Tak perlu keluar rumah, bangun kerusi.
Tenung skrin komputer, 'keletak, keletuk' sahaja keyboard.

Boleh suka benda yang sama, tak suka pun tak apa.
kenal, tak kenal, belakang cerita.
risiko kita tanggung sendiri, kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.

~quote dari drama pendek, KAMI

KAMI

geng KAMI

Walaupun cerita ini mempunyai unsur-unsur gejala sosial yang tidak sesuai untuk remaja, tapi ianya realiti. Nak, taknak kita perlu terima. Ambil pengajaran darinya, dan hindari yang buruk itu. Itulah nilai sesebuah cerita. Bukan hepi sentiasa seperti 'fairy tales'. Apa-apapun cerita ini buat aku tersenyum, teringat waktu sekolah dulu.

Apakah relevannya header teka : teki? kerana watak yang bernama teka : teki dalam cerita ini adalah kunci kepada persahabatan yang terjalin sesama mereka. Mesti tonton.
Cerita ini juga akan ke pawagam dalam tahun ini. Maklumat lanjut di laman web rasmi KAMI.

~aku ada full episode..haha..

***

Masa untuk teka : teki !
permintaan dari saudara raja teka-teki so'od.
Lapangkan dan buka fikiran anda. Dan ingat, ini hanya suka-suka..

  1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki?
  2. burung ader 10 ekor hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kener 2 ekor. Beraper ekor yg tinggal ?
  3. Beza Burung dgn Unta.
  4. Kenape org lelaki tak boleh berendam dalam air laut lama-lame.
  5. Ada sekor bapak babi, sebelum lintas jembatan, dia kira anak dia ada 10 ekor, tapi bila lintas jembatan dia kira anak dia ada 8 ekor, mana 2 ekor lagi.
  6. Kenapa ubi berisi dan kenapa wanita mengandung, pencuri kena tangkap?
  7. buah kelapa dan buah durian jatuh di kepala mana yang sakit?

Update:
Oleh kerana en. so'od telah berjaya menjawab semua soalan, aku sediakan jawapan untuk semua soalan:

  1. Burung kena pijak
  2. 10 'ekor' burung ekor burung tak boleh cabut.
  3. unta ada 'burung' , burung tak ada unta.
  4. Nanti jadi telur masin.
  5. Babi dilahirkan lumrahnya tidak pandai mengira.
  6. lambat cabut.
  7. kepala yang sakit.

~Teka : teki hidupku masih tak terjawab.

Isnin, Mac 3

Cintaku : saerah

Ada satu cerita,
cerita tentang kisah cinta,
Cinta yang lahir pada usia yang begitu muda,
Yang belum mengenal apa erti cinta mahupun kasih,
Sehingga merasakan dirinya tersisih,
Menghiris perasaan sehingga merasakan begitu sedih,

Itulah kisah yang ingin aku dendangkan,
Tentang keperitan dalam mempertahankan sebuah kesetiaan,
Yang dipegang sepanjang zaman.
Namun demi cinta segalanya sanggup dikorbankan,
Kerana cintaku Saerah aku persembahkan.

Semenjak hari itu,
Demi cinta dia memegang janji,
Akan membahagiakan cinta hatinya,
Hingga ke hujung nyawa,
selama-lamanya.


-Suraya Binti Najib
(kepada bapaku Najib Bin Sulaiman)

***

Pertama kali tengok montaj sahaja dah tertarik. Pandainya orang kita buat montaj, lain dari drma2 biasa. Lagu tema pun kena. Antara drama melayu yang petut di"salute". Casting yang biasa, tapi mampu membawa penyampaian cerita ke tahap maksimum.
Siapa yang pernah menonton, pasti ingin melihat buat kali kedua. Lebih2 lagi orang yang tengok putus2 macam aku.
Nasib memang baik. Sedang mencari2 movie baru untuk di"layan", terus mata tertumpu pada folder yang amat menarik sekali tajuknya. Kerana Cintaku : Saerah.
Terus aku sedut masuk komputer. Walaupun format FLV, tapi kualiti taklah teruk sangat. Tetap boleh melembutkan hati yang sekeras batu. Tapi kenalah tengok betul2, kalau gelak2 memang tak sampai ceritanya.
Siapa yang nak jiwa kacau, bolehlah ambil Full episodenya dari aku. Nanti aku cuba upload..

***