Isnin, Mac 3

Cintaku : saerah

Ada satu cerita,
cerita tentang kisah cinta,
Cinta yang lahir pada usia yang begitu muda,
Yang belum mengenal apa erti cinta mahupun kasih,
Sehingga merasakan dirinya tersisih,
Menghiris perasaan sehingga merasakan begitu sedih,

Itulah kisah yang ingin aku dendangkan,
Tentang keperitan dalam mempertahankan sebuah kesetiaan,
Yang dipegang sepanjang zaman.
Namun demi cinta segalanya sanggup dikorbankan,
Kerana cintaku Saerah aku persembahkan.

Semenjak hari itu,
Demi cinta dia memegang janji,
Akan membahagiakan cinta hatinya,
Hingga ke hujung nyawa,
selama-lamanya.


-Suraya Binti Najib
(kepada bapaku Najib Bin Sulaiman)

***

Pertama kali tengok montaj sahaja dah tertarik. Pandainya orang kita buat montaj, lain dari drma2 biasa. Lagu tema pun kena. Antara drama melayu yang petut di"salute". Casting yang biasa, tapi mampu membawa penyampaian cerita ke tahap maksimum.
Siapa yang pernah menonton, pasti ingin melihat buat kali kedua. Lebih2 lagi orang yang tengok putus2 macam aku.
Nasib memang baik. Sedang mencari2 movie baru untuk di"layan", terus mata tertumpu pada folder yang amat menarik sekali tajuknya. Kerana Cintaku : Saerah.
Terus aku sedut masuk komputer. Walaupun format FLV, tapi kualiti taklah teruk sangat. Tetap boleh melembutkan hati yang sekeras batu. Tapi kenalah tengok betul2, kalau gelak2 memang tak sampai ceritanya.
Siapa yang nak jiwa kacau, bolehlah ambil Full episodenya dari aku. Nanti aku cuba upload..

***


5 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    waaa. bole tengok citer free..
    hek..hek..

  2. ..::hamakakun::.. berkata...

    haha..ko suke benda free eyh..

    kalau dapat upload dapat ar share..
    kalau x, kena tunggu aku balik rumah..
    kat UM ni connection limited..untuk tengok2 e-mail boleh ar..haha

  3. Tanpa Nama berkata...

    benda free besh woooo...
    papehal ko update aku eh.
    kalo ade lagi benda2 best bole le share2 kan.
    btw, ko pegi tak sunburst??

  4. ..::hamakakun::.. berkata...

    aku pun suke benda free..haha
    okies,klu aku dapat upload sume episod, aku wat post baru.
    erk, sunburst tu ape? biskut ke?

  5. Tanpa Nama berkata...

    kalo ade, sound aku ok.
    aah, sunburst tu biskut. kire macam chipsmore ala bentuk dia. ekekekeke..
    tak la bro. it's a concert. KL International Music Festival 2008 usha this link : http://sunburstkl.com.my
    best woooo!!