Sekecil : semut api
Beberapa hari ini aku gembira, tiada apa sebab, hanya semakin ceria.
Mungkin kerana rakan-rakan, mungkin cukup makan, tak tau nak terangkan.
Allah maha penyayang, kuhilang satu diberi seribu.
menutup lompong jiwa, sehingga tiada lagi luka.
Terima kasih kepadanya, yang esa, yang berkuasa.
Terima kasih kepada sahabatku.
Beberapa hari ini aku rasa amat merendah diri.
Terasa diri sekecil : semut api.
Semua orang telah berjaya, mengukir nama, menggerak dunia.
Tapi aku disini, baru hendak mengenal diri, 'nobody'.
Belajar pun taklah 'gaban', jauh sekali anugerah dekan, sendiri berasa segan.
Aku hanya biasa, tiada yang sempurna, tiada apa-apa.
Diri ini bukanlah tidak redha, bukannya mengadu domba.
Bukannya tiada keyakinan, tak mahu melawan.
Malah, aku jadikan ini sebagai bahan bakar, sebagai bahan lakar.
Semangat yang berapi, menghasilkan lukisan hidup yang penuh erti.
Membuktikan dunia, aku siapa, bukannya manusia biasa.
Nantikanlah dunia, nantikanlah semua.
beriring doaku kepadamu, engkau gerakkanlah aku.
berikanku kekuatan dan keyakinan.
Allah swt, tuhan sekalian alam.
Tapi aku masih sangsi, sanggupkah dia tunggu akan waktu yang nanti.
Yang masih lagi sebuah janji, bukan realiti.
Diri ini baru belajar berdiri, dia sudahpun berlari,
Aku masih disini, dia sudahpun pergi.
Aku, sekecil : semut api.
Mungkin kerana rakan-rakan, mungkin cukup makan, tak tau nak terangkan.
Allah maha penyayang, kuhilang satu diberi seribu.
menutup lompong jiwa, sehingga tiada lagi luka.
Terima kasih kepadanya, yang esa, yang berkuasa.
Terima kasih kepada sahabatku.
Beberapa hari ini aku rasa amat merendah diri.
Terasa diri sekecil : semut api.
Semua orang telah berjaya, mengukir nama, menggerak dunia.
Tapi aku disini, baru hendak mengenal diri, 'nobody'.
Belajar pun taklah 'gaban', jauh sekali anugerah dekan, sendiri berasa segan.
Aku hanya biasa, tiada yang sempurna, tiada apa-apa.
Diri ini bukanlah tidak redha, bukannya mengadu domba.
Bukannya tiada keyakinan, tak mahu melawan.
Malah, aku jadikan ini sebagai bahan bakar, sebagai bahan lakar.
Semangat yang berapi, menghasilkan lukisan hidup yang penuh erti.
Membuktikan dunia, aku siapa, bukannya manusia biasa.
Nantikanlah dunia, nantikanlah semua.
beriring doaku kepadamu, engkau gerakkanlah aku.
berikanku kekuatan dan keyakinan.
Allah swt, tuhan sekalian alam.
Tapi aku masih sangsi, sanggupkah dia tunggu akan waktu yang nanti.
Yang masih lagi sebuah janji, bukan realiti.
Diri ini baru belajar berdiri, dia sudahpun berlari,
Aku masih disini, dia sudahpun pergi.
Aku, sekecil : semut api.
37 comments :
Alalalalaaaaaaaaaa adik Mr Ah Fa yang iniii :-D
Berusaha sampai berjaya ya? Fokus!
Haaa, kami semua mendoakan yang terbaik buat si semut yang sangat rajin belajar itu :-D
Ganbate!!
BAIKLAH!!(semangat sungguh)
tenkiu2 Mr Ah Fa..
Si semut ,minta tunjuk ajar.. XD
Kali ni saya dapat komen dgn tenang. huhuhuhu
Eh,pandaila awak berpuisi! Kagum saya. =)
Aiyark~!! baru nk rasa tenang.. sekali lepas send, openID nye url dia cakap salah plak!
haha..biasalah tu..cobaan..
biasa jer..*blush*
minat benda2 seni ni..
jadi puisi pun termasuk skali..
dulu kecik2 slalu baca buku pantun 4 rangkap.. XD
hamka kun:
betul la.. besh awak nyer puisi tu..
pandai la dia ni...
eh awak tgk makan apa kat gambar tu?
cam sedap jerr ehh??
hehe, tenkiu2..
malu pulak.. XD
ha..cik AyUmi yang ajar..
dia tere puitis2 ni..haha..
itu adalah mi kari yang amat sedap..
masuk top 2 mi kari yang tersedap pernah dimakan..harga pun berpatutan..nak cuba?
Huh,makan mee kari tak ajak saya~!
nak majuk la cmni.. sob.. sob.. T_T
aiseh..tinggal kuah jek..
nak2..ops..jatuh,tumpah semua...
huhu...
uwaaaaa..T_T
bagus.bagus.tak sia-sia i ajar u cam ne nak karang puisi yang puitis.
oh. i tak kesah u semut api and i dah berlari. belajar rajin-rajin. ok.
hahahah.
eyh..janganlah begitu,malu i..(main2 jari)
ni kena makin laju lari nih..wee...!!
hahaha..
owh..kt atas tu puisi ke
ak ingat lirik lagu..haha
wow..
macam lagu ke?
ada bakat menulis lagu rupanya daku..haha..
so perasan. baik you siapkan your thesis dulu. baru fikir nak tulis lirik lagu.
ermm..
ohohoh ayumi chan the sifoo ke?
leh turun ilmu ni.. hehehe..
eh ok gak.. hamka kun blanja ye?
hehehhe
scorpion makan sekali seminggu? menarik. huhu.
oh, puisi yang bagus, btw. ;)
baik cik AyUmi, for you i will..haha..
huhu, mengapa daku musti jadik mangsa belanja..
ha..itu dia aisyah rozi..
dia suka shopping..dia nak blanja..
btul x?btul x? haha..
Scorpion adalah haiwan yang paling senang dijaga, kecuali jika anda disengat..haha..
apsal scorpian yg menjadi pilihan? apsal bkn menatang lain? beri sepuloh sebab..
hahahha
1.mudah
2.senang
3.pantas
4.efisyen
5.murah
6.senyap
7.cantik
8.ganas
9.menarik
10.pelik
haha..nak bagi sebab pun senang..kuikui..
cuba bagi seploh sebab berlainan maksud dan mempunyai ayat sepanjang 7 patah perkataan dimulai dengan 'saya' dan diakhiri dengan 'nakal' kenapa membela scorpion itu binatang yang paling senang dijaga?
cuba bagi nak tengok..
tiktoktiktoktiktok..
yup2. betul kata ayumi tu. sila bg jawapan yg memenuhi ciri2 yg disenaraikan beliau tu.
cepattt~!! masa sedang berjalan. kamu ada kurang dr sepuluh saat utk menjawab.
sepuluh..
sembilan..
...
ixora : dia jawab ur question pun amik masa sejam 4 minit. haha. senang la kunun..
hanka-kun : tolong jgn bagi lame excuse. problem internet connection la, lambat online blog ke. i tak terima. i post komen tu you tahu ehh (and i know you tak dc time tuh hahaha).. sila jawab sekira nya soalan itu mudah dan senang.
nak tengok lama mana dia amik masa.
oh. ape-ape pun mawi world!
hahahaha (tkde kaitan).
u ni buli orang no. 1 eyh..
haha..
m...sbbnya ialah er..
saya budak malas yang nakal
saya suka makan nakal
saya kedekut nakal
saya baca buku nakal
saya suka tido nakal
saya suka mimpi nakal
saya suka budak nakal
saya punya adik nakal
saya berlari nakal
saya punya kawan yang nakal
huhu...T_T
mengambil masa sejam 12 minit untuk menjawab.. dan semua jawapan takde kaitan pun dengan kenapa scorpion adalah binatang yang senang di jaga..
hahahaha..
takde la hebat mana pun. huh!
meh sekeh sikit. *kluk*
bahasa melayuku hanya C di bangku sekolah,
belum mula ku sudah kalah susah,
sepuluh baris perlu dibina,
diri ini tidak terdaya,
sakit disekeh masih terasa,
mari ku balas bukan dua, tapi tiga..
*kluk*kluk*kluk*
padan muka..hahaha..
baru satu sudah terasa.
awak memang tak reti bahasa.
asyik main-main tak ingat dunia.
tesis berlambak awak biarkan saja.
beginikah jejaka yang mahu bertahta.
sudah lah, saya tidak mahu lagi memaksa.
andai ini jalan terakhir kita.
hantar saya balik rumah mak bapak saya.
(oh.by the way. tha baik pukul perempuan. ustaz kata itu perangai dayus. hahahaha)
tesis yang seperti tiada penghujung,
ku angkat jua pena untuk disambung.
baru memahat kata-kata,
datang seorang insan durjana.
membuat hati gundah gulana.
menyerupai seorang puteri rupawan,
membuatku terpaku, tertawan.
darah raja mamat sanggup ku korban,
demi kamu AyUmi-chan.
er...nenek kebayan?
hahahaha..gelak setan.
oh begitu kah alasanmu.
jadi tak perlu daku menunggu.
kamu masih mengenal buku.
daku sudah berlari laju.
takdir memang sudah ditentu.
apee?? nenek kebayan bukan la aku.
sungguh durjana memikir begitu.
meh ku sekeh dulu kepala kamu.
*kluk*kluk*kluk*
sekarang boleh blah la lu!!
(tapi. di hati masih i love you.)
hahahahahaha.
amboi, amboi..
bebudak berdua ni dok berbalas sajak/pantun/puisi la pulak. haih.
btw,terer la korang! huhuhu
ixora : sila la balas jika mahu.
hahahaha.
ixora>> meh la main2 pantun sama.
hahaha
anak murid mana mungkin lawan sifu.
mati hidup semula kemenangan belum tentu.
lupa yang diriku masih muda,
tiada pengalaman merentas belantara.
jatuh gedebuk seperti nangka busuk,
hidungku yang mancung, pesek ditumbuk.
walaupun tiada kaki, tidak akan kuratapi.
kan ku merangkak dengan tangan, mengejar ayumi-chan.
tangan ini masih larat meluku,
kepalamu yang bulat itu.
tapi ku cair, terkulai layu,
setelah u bilang i luv u..
huhuhuhu...
hahaha..
sekeh hanya gaya manja.
cuma la maksud ingin bermesra.
kalau sudi sila la mara.
tapi banyakkan dulu ilmu di dada.
saya tidaklah memilih pemuda.
walau diriku sudah la tua.
saya mahu menerus kata.
amat lah penat bermain kata.
apela salah bercakap biasa.
kesian ixora terpinga-pinga.
hahahahahaha!!
haha..i pun dah ketandusan idea..
mari bersambung di lembaran seterusnya..
(minum air jap~)
hahaha..
correction : it shud be 'amat lah penat bermain bahasa'.
huhuhu.silap.
haha..correction accepted..
juri, potong markah!!
haha..
Catat Ulasan