Khamis, Mac 20

Kata : kata

"Nak jugak, nak jugak" teringat kata : kata tu. Antara memori budak kecil aku yang aku masih ingat sehingga sekarang. Hanya kerana sebuah patung 'Ninja Turtle', satu pasaraya bergema suara aku menangis. Dan itulah permainan pertama yang aku minta, dan dapat.

Tapi tak tahu aku yang masih kecil itu boleh terasa bersalah. Aku terus tak nak main dengan patung tu sebab teringat muka orangtuaku yang terpaksa membelikan patung tu. Benci tengok patung tu. Aku sembunyikkan. Tapi sampai sekarang masih tak ingat dekat mana.

~minta maaf ibu ayah..

***

Perangai degil masih susah nak ubah. Kalah monyet yang makan cili. Kalah buaya yang tertimpa kayu. Ramai orang aku dah sakiti, dan aku hampakan. Hanya kerana perangaiku yang degil.

Tapi aku dilawankan dengan sifat mengabaikan. Jadi pabila aku telah kata "lupakan", maka esok aku tak akan fikir sampai bila-bila. tetapi apabila dua nilai negatif ini didarabkan, terhasil satu nilai positif, 'Tetap Pendirian'.

Tetapi terdapat satu lagi sifat -/+ iaitu cepat berlembut hati. Dengan itu orang menuduh aku cepat berputus asa. Jadi bagaimana menggabungkan sifat Degil, Mengabaikan, Tetap pendirian, Cepat berlembut hati dan cepat berputus asa? Seorang yang menjengkelkan? tiada kata : kata?

~minta maaf tuhanku, guruku, sahabatku, kekasihku..

***

~rinduku padamu semua.
~Satu rindu untuk bekas kekasih.
~Andai kata : kata boleh memutar masa.

19 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    hehehe.

    first. hoyeah! hoyeah!

    saya pun seorang yang keras kepala dan sangat degil juga. err.. sebenarnya more to tak mau mengalah. anyway.. try to change. but depends on situation la, kalau rasa releven nak berdegil, why not.

  2. t.a.t.a berkata...

    morning... haah 2nd gak..

  3. t.a.t.a berkata...

    Degil, Mengabaikan, Tetap pendirian, Cepat berlembut hati dan cepat berputus asa?

    Semua sifat² ni ada kat diri hampir semua org, dan ia sepatutnya digunapakai mengikut keadaan dan situasi yg sesuai.
    cepat berlembut hati tak semesti nya cepat berputus asa.
    mengabaikan tapi tetap pendirian.
    2 sifat yg berlawanan tapi memberi kelebihan dan kekurangan pada sesetengah pihak..

    amboi panjang nya ayat pepagi buta ni..
    heheheh
    selamat maulidur rasul SAW...

  4. Tanpa Nama berkata...

    hoh,takde harapan nk jd 1st lg! adeh.

    T_T

  5. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>hampir semua tempat pertama dibolot cik AyUmi..haha..
    samalah kita..tapi kalau selalu berdegil nanti orang menyampah pulak..huhu..

    tata>>haha, tengah ngantuk2 nak tulis entri gak..ginilah jadi..tertidur depan pc on the 3rd part entri ni..haha..

    ixora>>T_T daku juga tak dapat jadi komentar pertama harini..huhu..

  6. t.a.t.a berkata...

    waa kuat nya semangat nak tulis entry ye..
    sy pun mungkin april sok start bz..
    end of april minggu exam sudah mula..
    huhuh manyak keje nyer..
    so bersama² la kita bersabar ye..

  7. ..::hamakakun::.. berkata...

    wah...tiap kali mention exam..
    kecut perutku..
    mari kita study dengan kepala yang degil..haha..

  8. Tanpa Nama berkata...

    saya tidak suka lelaki yang degil~

  9. t.a.t.a berkata...

    hahahah.. kesian hamka kun..
    camne nak tambat hati ni..
    hehehe

  10. Tanpa Nama berkata...

    lelaki yang degil tidak mahu mendengar kata. lelaki yang degil tahu guna kuasa saja. lelaki yang degil kadang-kadang menyusahkan sebab kita asyik kena mengalah. lelaki yang degil walaupun tetap pendirian tetapi tetap menyusahkan.

    ok.i experienced this. i hate this kind of guy. irritatingly annoyed. ok dude. me, myself got my own ego. and i know u guys have yours. tapi kalau kita orang perempuan boleh ketepi kan ego kita untuk seorang lelaki yang disayangi kenapakah orang lelaki tidak boleh?

    tetap nak degil jugak. sekeh karang baru tau.

  11. t.a.t.a berkata...

    lelaki ketepikan ego mereka?
    hmm bukan lelaki la tu nama nya..
    lelaki ngan ego tak leh nak pisah..
    kalau pisah jatuh la maruah mereka.
    ego jugak tu namanya..

    gedebishh.. amik hamka kun..
    kena sekeh.. hahahah

  12. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>*dejavu* that words yang u cakap, i have use it once..cuma lelaki itu ditukar perempuan..haha

    ego?apetu?haha..
    Bukan semua lelaki begitu.
    for me, i suka berbincang. biar sebulat suara. tiada siapa perlu mengalah, gaduh2. simpan je ego tu, tak payah tunjuk. tak nak tengok pun. ^^
    yang hati keras sebakun dengan egonya, no komen. sila tanya kepada empunya badan. haha..

    bukan nak main tolak2, tapi i pernah kenal perempuan yang egonya lagi tinggi dari lelaki. susah nak jaga cakap lu..manage 2 yrs je..huhu..

  13. ..::hamakakun::.. berkata...

    cara aku mengelaskan ego ni ialah api dan air. ego api, mengalah air.

    api memang perlu untuk menghangatkan, tapi kalau terlampau panas memakan diri.

    air perlu untuk menyejukkan, terlampau banyak air kembung perut, muak.

    jadi pandai-pandailah mengimbangkan air dan api anda. kadang2 kita perlu ego tapi ada masa untuk mengalah.
    janganlah si dia api, anda pun hendak api. terbakarlah bersama..romantikkah?haha..
    kalau dua2 pun air, lembeklah bersama, mengalir pergi bak sungai ke dalam lautan.
    ~aku hanya manusia biasa, sangat tidak sempurna.

  14. t.a.t.a berkata...

    haaiii.. sempat jugak tu nak beromantika di tampoi ye...

    apa pun ini semua pokok pangkal nya diri msg².

  15. Tanpa Nama berkata...

    kadang2 kedegilan itu bagus. degil is a weakness but we can always use our weaknesses as an advantage.

    dengan kedegilan, kita dapat apa yang kita mahu. we could even get to make people do the dirty jobs. (oke, itu pemikiran yang sedikit jahat, but true) :)

  16. Tanpa Nama berkata...

    hamka-kun : haa.. tu ciri-ciri orang degil la tuh dah pandai kelas2 kan ego. hahaha. apakah??

    t.a.t.a : ala. kasi can la. kasi can la. haha. rindu kat hamka ni. hahaha.

  17. ..::hamakakun::.. berkata...

    tata>>wah2, miss lagu tu. masa kecik nyanyi ramai2 dengan kawan. haha.. broery marantika kan?
    butul2, saya setuju..

    aisyah>>haha, pemikiran yang amat positif. buat jahat sekali sekala best jugak. jangan sampai terkena balik. it'll hurt a lot more..huhu..

  18. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>ya butul. diri perlulah bersikap degil dan ego dahulu untuk mendalami maksudnya.haha..
    cik AyUmi pun boleh tahan degilnya. sekeh balik.. xD

  19. t.a.t.a berkata...

    hahah.. sukak kamu la..
    (iklan colgate)
    padan tak?
    padan...
    heheheh