Sabtu, Mac 22

Teka : teki

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang-orang yang kita boleh berhubung.
Tapi apakah itu kawan?
Adakah geng warung kopi, kawan seperjuangan, kawan lepak, kawan-kawan sekolah?
atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil?

Tiada prejudis, perbezaan, pertandingan dan persaingan.
Sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata, dan kita nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.

Tapi zaman sekarang ini nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas. Tak perlu keluar rumah, bangun kerusi.
Tenung skrin komputer, 'keletak, keletuk' sahaja keyboard.

Boleh suka benda yang sama, tak suka pun tak apa.
kenal, tak kenal, belakang cerita.
risiko kita tanggung sendiri, kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.

~quote dari drama pendek, KAMI

KAMI

geng KAMI

Walaupun cerita ini mempunyai unsur-unsur gejala sosial yang tidak sesuai untuk remaja, tapi ianya realiti. Nak, taknak kita perlu terima. Ambil pengajaran darinya, dan hindari yang buruk itu. Itulah nilai sesebuah cerita. Bukan hepi sentiasa seperti 'fairy tales'. Apa-apapun cerita ini buat aku tersenyum, teringat waktu sekolah dulu.

Apakah relevannya header teka : teki? kerana watak yang bernama teka : teki dalam cerita ini adalah kunci kepada persahabatan yang terjalin sesama mereka. Mesti tonton.
Cerita ini juga akan ke pawagam dalam tahun ini. Maklumat lanjut di laman web rasmi KAMI.

~aku ada full episode..haha..

***

Masa untuk teka : teki !
permintaan dari saudara raja teka-teki so'od.
Lapangkan dan buka fikiran anda. Dan ingat, ini hanya suka-suka..

  1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki?
  2. burung ader 10 ekor hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kener 2 ekor. Beraper ekor yg tinggal ?
  3. Beza Burung dgn Unta.
  4. Kenape org lelaki tak boleh berendam dalam air laut lama-lame.
  5. Ada sekor bapak babi, sebelum lintas jembatan, dia kira anak dia ada 10 ekor, tapi bila lintas jembatan dia kira anak dia ada 8 ekor, mana 2 ekor lagi.
  6. Kenapa ubi berisi dan kenapa wanita mengandung, pencuri kena tangkap?
  7. buah kelapa dan buah durian jatuh di kepala mana yang sakit?

Update:
Oleh kerana en. so'od telah berjaya menjawab semua soalan, aku sediakan jawapan untuk semua soalan:

  1. Burung kena pijak
  2. 10 'ekor' burung ekor burung tak boleh cabut.
  3. unta ada 'burung' , burung tak ada unta.
  4. Nanti jadi telur masin.
  5. Babi dilahirkan lumrahnya tidak pandai mengira.
  6. lambat cabut.
  7. kepala yang sakit.

~Teka : teki hidupku masih tak terjawab.

29 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    teka teki : kenapa saya asyik dapat first?


    hahahahaha

  2. Tanpa Nama berkata...

    ala. saya pun ada full episode jugak huh! huh! huh!

    saya suka cite kami tu. tengok banyak kali pun tak bosan.

    dan saya penah tengok abu(one of the KAMI team) main basketball secara live di depan mata ku ini. huhuhu. dan dia sangat kacak. sangat kacak. SAAAANGAT KACHAAAKKK WOOO!! - terima kaseh kepada cahayer kerana mempunyai suami yang selalu bermain basketball (hubby dia wakil negeri kedah.. eh. ke penang? eh. ke KL? ahh.. gua dah lupa) dan selalu mengajak saya menonton hahahahahaha aku suka tengok lelaki kacak bermain basketball!! hahaha

    oh. teka teki tu. haaa.. so'od, jika bijak bestari binatang ape keris di kaki sila la jawab. kami semua bagi laluan nih..

    harharharhar..

    ape-ape pun : mawi world~

  3. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>kamu sentiasa pertama kerana kamu sangat nakal!! haha..
    wah2..hepinya dia..i suka tengok adii yang kiut miut. tapi tak pernah dapat tengok dia live..huhu..
    real life dia boleh main basket ke? ingatkan dia berlakun je.kuikui..
    apakah relevannya mawi world itu? huhu..

  4. Tanpa Nama berkata...

    hahaha. orang nakal selalu dapat first. yeahh!! (sambil menunjukkan aksi peace dengan mata berkedip-kedip)

    iya. if not mistaken, dia ada wakil certain state jugak. tak sure la. huhuhu. tapi dia memang real life terer la. kalau tahu dia jadi pelakon sudah lama ku ngurati hahahahahaha. takpe. ada hikmah di sebalik setipa kejadian. berserah la pada takdir.

    saya pasrah.

    hahahahahahaha.

    ape-ape pun. mawi world~

  5. Tanpa Nama berkata...

    alamak. typing error.

    setipa = setiap. apakah? hahaha. bangang~

  6. ..::hamakakun::.. berkata...

    itulah, terlalu teruja dengan mawi world hingga typo.haha..

    wah2, gila publisiti nampak. kuikui..
    memang ada hikmahnya..*kelip2 mata*

  7. Tanpa Nama berkata...

    walaupun xde sape jemput aku, tp aku rasa terpanggil utk jenguk ke mari.. huahua!
    tp dah nak magrib la.. malam skit aku dtg balik.. x sempat pikir abis lg..
    tp soklan 1 tu jwpnnya: Burung yg kena pijak!!

  8. ..::hamakakun::.. berkata...

    selamat datang ke rumah hamba yang humble ini..
    ya butul!!
    jawapan no.1 burung kena pijak..
    daku menanti jawapanmu..haha..

  9. Tanpa Nama berkata...

    no.2 : takde burung yang tinggal sebab semua dah terbang.

    no 7 : bukan dua-dua pun sakit ke?

    huhuhu. kenapa kelip2 mata tu hamka-kun?

    hahahaha. tak bleh blah dowh!

  10. ..::hamakakun::.. berkata...

    *tet* salah! dan *tet* salah jugak!
    ada 'trick' di situ. sila cuba lagi. hehe..

    saje je nak kelip. tak leh eyh *kelip2* knapa u blushing? haha..

  11. Tanpa Nama berkata...

    wow.ada teka-teki la!

    1. enche so'od dh jwb
    2. cik ayumi dh jwb
    >>#2 : 8 ekor kot takpun sekor burung je yg sbb pemburu cuma tembak ekor. haha (err,paham ke tak ni jwpn sy?)
    4. apsal sy rs jwpnnya semacam je?hahaa
    5. 2 lg tak lintas jambatan tu
    6. tak brp phm la soklan ni..
    7. kepala lutut.ntah la. xtau..

  12. Tanpa Nama berkata...

    sy suda mariiii! sy suda mariiiiiii!

    1. dah betul! yay!
    2. 10 ekor gak sbb ekor x tercabut..
    3. unta ada burung.. burung xde unta.. kwang3x..
    4. yg ni ko try dulu.. klau betul jadi, baru aku jwb.. wakaka..
    5. ada je.. bapak babi yg bongok.. babi mana reti kira.. ekeke..
    6. err.. err.. sbb lambat cabot.. huhu..
    7. kepala la sakit.. xkan siku kot sakit.. huahua..

    sekian.. terima kasih.. bila nak belanja?

  13. ..::hamakakun::.. berkata...

    puan sri ixora>>cubaan yang bagus. tetapi tiada satu pun yang betul. huhu..

    en so'od>>anda telah berjaya menjawab kesemua dengan betul. walaupun no.4 tu ko taknak jawab, aku tau ko tau jawapan dia tu. haha..
    memang anda adalah raja teka-teki..
    kuikui..

  14. Tanpa Nama berkata...

    Hohohohoho, nombor 6 tu memang sensitip sey :-D

  15. Tanpa Nama berkata...

    tolong la bagi teka teki yang menjurus ke arah akademik sikit. yang macam gini kami tak terer la. hahahaha.. kan puan sri kan?

  16. Tanpa Nama berkata...

    Aah.. betul tu datin. Teka-teki camni mmg tak terjangkau akalku nk mnjwbnya..

    wekeke

  17. ..::hamakakun::.. berkata...

    Mr Ah Fa>>haha..hanya suka2..tiada niat lain..hehe..

    AyUmi&puan sri>>owh begitukah. mm, baiklah. satu soalan utk cik berdua.

    Satu kereta dibawa dengan kelajuan 120km/j melalui jalan yang sepanjang 20km. sedang dalam perjalanan, dia berhenti setelah bergerak 5km untuk mengisi minyak. ketika menyambung perjalanan, ia terlanggar seokor gajah yang berada dalam kedaan statik. impak menyebabkan kereta remuk teruk, tetapi gajah itu tiada apa2. masih berada dalam keadaan statik.
    soalannya, siapa yang kuat?

  18. Tanpa Nama berkata...

    oh-oh! utk cik-cik berdua saja kah?

    *naluriku memberontak ingin menjwb*

    wakakaka!

  19. ..::hamakakun::.. berkata...

    sabar2 en. so'od..
    kalau mereka tidak dapat menjawab, akan diberi kepadamu..
    *tangan menutup mulut, menahan ketawa*
    haha..

  20. t.a.t.a berkata...

    waduhhhh lambat lagi gue!!
    teka teki sudah abis dijual in!!
    grrrr...!!!!

    ahhaa.. sy suka tengok ABU!!
    dlm GHOST pun lagi sy suka!!
    sukak! sukak! sukak!
    huhuu tapi kan dia mati la mlm tadi..
    huhuhuu.. manyak sidi wooo....

    utk keberapa kali ulangan:
    sy suka ABU!!!
    sy suka ABU!!!
    sy suka ABU!!!

    hahahha

  21. t.a.t.a berkata...

    hamka kun:
    awat gambar baru tu lagu tu??
    eee kurang lawa nya!!! hahahhah...

  22. t.a.t.a berkata...

    ehhh lupa nak tulis tadi..

    boleh tak letak list latest post kat sidebar?
    susah la nak cari post² sebelum ni..
    boleh ye..?
    plissssssss........
    (sambil buat aksi tangan dirapatkan dan mata dikerdipkan berkali²)

  23. ..::hamakakun::.. berkata...

    tata>>haha..tak apa, nanti akan diadakan sesi berteak-teki lagi.
    Semua pun suka Abu, biar daku jadi peminatmu ADII !!
    Atas permintaan cik tata, telah ditukar T_T dan telah di 'update' latest post..hehe..

  24. Tanpa Nama berkata...

    t.a.t.a : abu sangat kachak in real life. ye. aku jugak suke ghost. sebab abu ada. hahaha. siap donlod tuh. huhuhu. aku suka scene dia suap sushi kat cheryl. gila sweet la. *mata berkelip-kelip* i like sushi too haha. encik nas-t, pilih la aku huhuhu.

  25. ..::hamakakun::.. berkata...

    jangan2!!
    pilih daku!!
    *angkat tangan melonjak2!*
    haha..

  26. t.a.t.a berkata...

    tengkiu en hamka kun!

    ayumi: ohh besh nyer... suka part dia dtg rumah masa eza kena culik tu.. dia peluk eza.. hhahaha lomantik aaa...

    hamk kun:
    (ayumi terus ke depan sambil menolak hamkakun.
    hamka kun terjatuh!
    org ramai yg di blkg terus memijak² hamka kun..
    hujung scene, hamka kun berjln bertongkat sambil muka semua berbalut..)
    hahahah

  27. ..::hamakakun::.. berkata...

    tata>>wah ganasnyer..takpelah gitu..
    biar daku duk ngan adii je lah..shell be my nurse..haha

  28. Tanpa Nama berkata...

    too much repetition in drama...
    tapi aku suke...
    "garangnye...tapi cute..."

  29. ..::hamakakun::.. berkata...

    haha..part tu ade dekat 5-6 episode ulang..tapi best..haha..