Isnin, Mei 19

Log : makan

*mungkin ini agak lambat, tetapi baru ada masa untuk meng'log'kan*

Cuti dah bermula! Kemana hendak pergi? kaki dah mula tak boleh duduk diam. Selama ini kaki kaku di kerusi, berjalan di dalam buku sahaja. Kali ini hendak aku berjalan di alam nyata. Sedang merancang, Sahabat dari Johor Bahru tiba di Kuala Lumpur. Hendak menjemput aku pulang sambil menguruskan urusan mereka di sini. "Aku culik ko, then kita jalan2 Malaysia". Langah kanan.

Tak ada pun satu Malaysia, hanya area KL. Pada mula nak singgah PD, Melaka mungkin, tapi menguruskan urusan di KL ini, masa tak mengizinkan. Tempat2 area KL, apa yang menarik? tak ada yang boleh di ulas, semua telah jelas. Bandar, Up Town, Down Town, Asian Heritage Row, Lorong Haji Taib *hehehe~*. Jadi, selain hiburan, apa lagi yang menjadi tarikan dan idaman orang2 Malaysia dan pelancong2 luar? Ya, Makanan!

***

Williams
SS26/8
Berdekatan dengan Lim Kok Wing, Petaling Jaya

Teringin merasa masakan di Hotel 5 Bintang dengan suasana warong? di sini adalah tempatnya. Suasana memang Malaysia, meja disusun berderet2 sepanjang2 jalan. Bunyi kuali dan bunyi bising peanggan berbual. Meriah! Taukenya juga amat peramah (dia pergi meja ke meja berbual dengan pelanggan!).

Tentang makanan, Williams tidak menyediakan menu. Minta sahaja apa yang dihajat di hati, pasti akan ditunaikan. Dari makanan Western hingga ke masakan Melayu. Pesanan untuk mereka yang ingin mencuba, jangan tamak. Tidak akan ada Complain nasi sikit, daging lokek, air tak cukup dan sebagainya. Semua hidangan yang dimasak (termasuk air) adalah dalam kadar yang banyak. Jumbo SIZE!

Aku makan Nasi Goreng Ayam Pandan dengan air Durian belanda ice Blended Laici. Sedap, amat sedap. Aku dah makan separuh, tapi tak habis. Aku minta dia bungkuskan selebihnya, dapat penuh satu polisterin. amat banyak.

Selain itu, makanan yang pasti cuba di sini ialah Spaghetti Meetballs (Bebola dagingnya amat BESAR!), Triple H (Sandwich Daging/Ayam sebanyak 5 tingkat!! diisi dengan pelbagai benda), Nasi Goreng Ketam (Bukan isi ketam, tapi ketam2 kecil digunakan), Set Western mereka menggabungkan 4 jenis daging/ayam (Daging burger, steak, sosej besar dan daging hancur) dengan Kentang putar yang banyak di tengah.

Kalau anda tak tahu nak makan apa, minta saja mereka (waiter) pilihkan, pasti puas hati. Oh, mereka ada menu istimewa setiap bulan. Jangan malu bertanya.


Kadar harga satu hidangan : RM15.00


~Aku sudah semakin gemuk..

14 comments :

  1. MakcikMuda berkata...

    aku adelah sgt membenci kamu.
    mau menanges.
    mau makan.

    kat sini orang sgt kedekut.
    sudahlah kasi ABC tak spesel pade harga yang spesel.
    menci!
    adess!
    laparlah.

  2. Tanpa Nama berkata...

    gemuk?

    errr... last time i check mcm kurus benar jekk..

    errmm...

  3. ..::hamakakun::.. berkata...

    ryn>>huhu~ aku sedey dengan keadaan kamu..menanges sambil makan nanti garam terlebih..XD
    makanlah dengan rakus..

    AyUmi>>haha..i punya power yang ingin dimiliki oleh semua wanita..cepat kurus.. XD

    serously, daku punya metabolisma yang tinggi..amat susah gemuk, mudah benar kurus..cuma bahagian perut sahaja bolat, taknak turun..haha~

  4. Tanpa Nama berkata...

    pernah sekali je pergi Willian.. itu pun masa met up dengan beberapa orang blogger yang hantu Williamm...

    Terkejut tgk kedainya yang ala2 buruk jugak.. (haha.. slumber) tp makanannyaaa.. mantappPPP!! Tukang masak semua Indon...

    Paling best time tengah makan2 tu.. tetibe ada satu scene pekerja yang duk serve makanan tu bertumbuk sampai berdarah dengan sorang pelanggan Cina.. Puncanya sebab pelanggan tu duk maki dia bila salah hantar order.. yang pelayan tu pulak naik sheikh.. terus je orang menjerit2 nak leraikan... but it didnt work until uncle william himself duk halau pelayan dia tu.. I mean.. dia suh balik rumah la.. bukan fired.. cuma dalam situasi ni dia kena la buat cam marah kat pekerja dia or else dia akan hlg pelanggan ye tak..

    Lepas habis drama tu.. tetibe william datang kat meja aku n the bloggers and tadah tangan mintak duit.. Kitorang tercengang.. ape kes?? Dia kata kitorang kena bayar sebab dapat tengok wayang secara live.. kejiii!! hahahahaa..

    So yeah.. moral of the story..

    1) makanan kat william best dan sangatlah banyak portionnya
    2) uncle william ni kelakorr.. pandai buat lawak
    3) Hadiah kau aku dah beli tadi.. (heheh.. baru td sempat nak cari), nanti besok aku post yaaaa... lallaalal)

    ps: hadiah yang aku beli tu biasa2 je.. ikut ikhlas hati.. gituhh.. hahha

  5. Tanpa Nama berkata...

    ngee!..ape ni destinasi bajet??..

  6. Tanpa Nama berkata...

    bestnya makan2.. huhu

  7. en_me berkata...

    waa, macam best jer makan kat situ.. all you can eat and all you can pay kan kan

  8. Tanpa Nama berkata...

    arrgghhh...lamenye x kuar berjalan2 sambil makan2....huhu

  9. Tanpa Nama berkata...

    mohd...kamu makan la kat bulgogi..these korean restaurant ada grill + steamboat..if mkn lunch rm25, dinner rm38.ada student rate jgk rm 22 if im not mistaken... mcm2 ada..desert la salad la..ko grill la sendiri ada lamb, beef, kupang, lala, udang ketam , chicken, fish bla2 sume dah marinade dah...amik je makan sampai lebam...record aku makan kat sana ngan hafiz 4 jam jer...buka puasa nnt igt nak try mkn lepas mgrib smpai kul 12..yeayy!!~~ hahaha...

  10. ..::hamakakun::.. berkata...

    sindarella>>wah, ko nyer review lagi mantap dari aku..haha~
    william tu wat lawak 18sx ngan membe2 aku..
    "dah tengok cerita pandang belakang 2?"
    *huh, ade ke?*
    "ada,jangan main belakang"
    aku bantai gelak..haha~

    bubu>>haha~ menyahut tahun cuti2 malaysia..

    ixora>>meh ar datang jhr, saya belanja makan..mee rebus tulang..nyum~

  11. ..::hamakakun::.. berkata...

    me>>em..iyer kot..tapi ni bukan buffet..ia adalah warong yang grand~! haha~

    cikF>>bukan kamu dah habis belajar ke?inilah masa nak enjoy pusing2 malaysia..XD

    norlie>>Bulgogi?halal ke tu?kuikui~
    kamu, nanti bawak ar aku gi..takde membe nak gi sama..huhu~
    *op, lpe..nnti hafiz marah..=p*

  12. Tanpa Nama berkata...

    aku mahu makan situ! lebih berbaloi drpd makan pitza kan? *hint2*

  13. ..::hamakakun::.. berkata...

    hei, bila2 masa ko datang kl, gitau ar..
    aku bwak gi situ..kita kasi halun makanan dia..
    er...lapar~~

  14. Tanpa Nama berkata...

    no problem!nnt kte gi sama2 k..dekat je ngan um..if aku hilang sat xbgtau hafiz dia xperasan pnye hahahha~~~ nak pegi sila kosongkan perut anda yee..hehheeh...