Rabu, Mei 14

Baca : orang

Menipu adalah satu cara untuk kita melindungi diri, 'Defence mechanism'. Kadang2 ia adalah untuk mengambil hati ataupun untuk menjaga sesuatu. Supaya tidak kehilangan atau mendatangkan buruk kepada diri. Adalah tipu jika kita berkata. "Aku tidak pernah tipu". Kita manusia, mustahil sempurna.

Kita menjadi lega atau seronok jika tidak diketahui (berjaya menipu). Tetapi apakah yang terjadi jika dibongkarkan? adakah akan ditutupi dengan satu lagi penipuan atau membuat pengakuan jalan yang terbaik?

***

Aku punya rakan yang ramai. Aku bersyukur. Mereka mengajar aku pelbagai benda, membuka mataku supaya melihat dari pelbagai sudut. Tidak tertumpu pada yang satu. Kawanku pelbagai ragam, pelbagai jenis. Aku tidak memilih, asalkan mereka berniat baik. Bagi aku Hati manusia adalah kelabu, tiada hitam, tiada putih. Semua aku terima, semua aku hargai, semua aku tolong. Mereka mengajarku apa itu kehidupan dunia, apa itu dunia sebenar. Mengajar aku akhirat, Mengajar aku makrifat.

Dari situ aku belajar membaca : orang. Kita berkata, seronok bukan dapat membaca : orang? tapi sakit bukan apabila dapat tahu tipu daya orang keliling kita? Lebih2 lagi orang yang rapat dengan kita, yang kita anggap sebagai kawan sejati. Yang kita anggap suci.

***

Ada yang boleh dibaca secara zahir, tetapi keseluruhannya adalah intuisi.

Bila berbual berdepan dengan seseorang, lihat matanya. Mata adalah bahasa badan yang paling mudah dibaca, kerana itu orang melindung mata jika menipu. (jika dia tahu)

  • Orang yang menipu akan memandang ke "atas, kanan" ketika sedang mencipta penipuan.
  • Orang yang sedang cuba mengingat semula, akan memandang ke atas kiri.
  • Mata kan pandang ke bawah jika ia sedang mengingati sesuatu yang menyentuh hati atau sedih.
  • Anak mata mengecil (menumpu) apabila dia menaruh perhatian atau minat dan sebaliknya jika bosan.

Kalau tak percaya cuba dengan seorang rakan, dan lihat matanya. Walupun dia tahu dan cuba melawan gerak matanya, tetap ia akan tertunjuk. (bila dia cuba melawan gerak matanya, dia kan tergagap2 atau berfikir lama untuk menipu)

Selamat mencuba, Enjoy!

~Aku paling benci orang yang menipu demi kepentingan sendiri. Tambah2 aku dapat baca niat hati orang, aku dapat nampak ia datang. Tapi aku degil, Selalu aku fikir orang akan berubah. Aku yang naif, Sehingga kini. Bolehkah manusia berubah?

~tag akan aku susuli.tunggu ya AyUmi.

14 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    yea!!perst!!perst!!

    hm....s'times people do lie for the sake of s'thing better...

    but still, it's unbearable (betul ke haku eja??? ngeeeeeee~~)

  2. Tanpa Nama berkata...

    menipu berdosa. masuk api neraka.

  3. t.a.t.a berkata...

    saya antara manusia yg tak pandai bercakap bohong a.k.a menipu.
    once i said that my face will change kaler and darah will menyerbu naik ke muka..

    huhu sgt tak pandai nak bohong!

  4. Tanpa Nama berkata...

    kte selalu ckp menipu itu berdosa.
    masuk api neraka lah, apalah.
    tapi kte x pulak muhasabah diri sndiri.
    hm...orang..pandai cakap je...

  5. ..::hamakakun::.. berkata...

    bubu>>although lying is not the best solution, always its the simplest solution. People like simple things..
    *betullah tu..hehe*

    AyUmi>>kalau menipu diri sendiri masuk neraka tak? XD

  6. ..::hamakakun::.. berkata...

    tata>>hehe, lagi2 kamu putih, memang nampak terang-terangan..=P

    bagusnya, tata..tapi kadang2 keadaan memaksa kita menipu, kena belajar..
    XD

    norli>>ingin jugak kamu beri komen disini ya..tenkiu2~
    kata2 memang senang dilafazkan, amalan itu yang paling sukar..
    kita percaya kewujudan akhirat, tapi kita tak mengejar ke sana pun.. XD

  7. Tanpa Nama berkata...

    hmm...simplest huh? huhuhu..

    *eh..betul eh? yea~~ leh masuk spelling b!!!*

  8. kantoi berkata...

    hehehe..salam bro..

    saya 'tipu' utk hide sesuatu agar 'mudah' utk saya bernafas.saya perlu 'lari' dari kwn-kwn saya agar mudah utk 'bergerak'...hahahah (saya seorang je yg faham...hehhe)

    copy & paste cerita ni bleh yee..!!

  9. ..::hamakakun::.. berkata...

    bubu>>hehe~ jangan fikir terlalu banyak..tak salah tipu kadang2..
    cuma jangan jadi seperti cerita "the boy who cried wolf"..XD

    cuba eja benevolent affliction..haha~

    kantoi>>salam..
    memang mudah untuk menyembunyikan, tapi kita bernafas dalam penipuan..
    mudah untuk melarkan diri, tapi ia akan menghantui..hehe

    er..nak copy paste di mana? leh tengok?

  10. Unknown berkata...

    hehehe...
    En Hamakakum ..
    ndak tanya sikit nih..
    mata pandang kiri atau kanan tu .. pada sebelah sapa nyerr ???..
    pada penyoal nyer ker pada yg kena soal?....
    camner plak kalu org citer pejam mata plak ..... boss aku sekarang nih kalu case dok ber meeting selalu cakap pejam mata.... kekadang leh tetiba cakap dok bawah meja ...cam ner tuuu...

  11. ..::hamakakun::.. berkata...

    c>>Wah,nama yang misterius..C stands for?
    tengok pada orang yang disoal..
    kalau yang disoal pandang kanan atas, maka ia sedang mencipta penipua dan sebaliknya jika bertentangan..
    pejam mata?ni kes cam pak lah ke?tdo di bilik meeting..haha~
    biasa orang yang bercakap sambil menutup mata penuh muslihat..berjagalah..

  12. Tanpa Nama berkata...

    so kiri/kanan pada mata yg kena soal laa yerrr...

    lorrr ...camner leh tinggal c jerr plak tuu..
    kesilapan tech - c is for CICAKKKK hahahahaha... boss gua bukan Pak Lah.. gua bukan org gomen bro..
    ok nooo.. salammm....

  13. ..::hamakakun::.. berkata...

    cicak>>ya butul~!
    kadang2 gerakan mata amat pantas, kena tengok betul2..

    okies..selamat berjaya..
    wsslm..

  14. Tanpa Nama berkata...

    bey-ne-vo-len-ef-flik-syen!!!

    yeah!!!