Khamis, Mei 8

Pertama : kali

*pertama : kali membuat entri yang amat panjang*

Aku seorang yang suka akan benda baru. Aku tak takut hendak mencuba, selagi nyawa dikandung badan. Bila orang tanya kelak, boleh menjawab dengan bangga "aku dah pernah cuba". Benda yang baik kita simpan, buat amalan, kita sebar-sebarkan. Yang buruk kita hindarkan dan kita saling mengingatkan. Itu sahaja tujuannya tiada lebih, tiada kurang. Jadi setelah di tag oleh AyUmi yang berdaulat, daku dengan ini mengimbau lima pengalaman pertama : kali ku dalam segalanya.

***

Pertama : kali dipeluk cikgu yang menangis. *yang terakhir pun*

Pertama sekali bersekolah, aku dimasukkan ke tadika Arqam di Felda, Mersing. (ye, saya budak felda dan Arqam) Seronoknya sekolah arqam ni, semua murid dapat kopiah yang di tempah khas dengan nama di keliling kopiah tersebut. Aku punya berwarna hijau pekat dan disulam dengan namaku besar2 "HAMKA". Seronok aku pakai kopiah tu, taknak cabut.

Satu hari ni ustazah suruh buat bulat2 banyak2 dekat kertas lukisan. Katanya untuk latihan menulis alif ba ta. Ibuku seorang yang pandai mengaji dan berzanji. (Selalu menang kalau pertandingan, tapi tak waris pada anaknya) Jadi di rumah memang aku dah di ajar mengaji dan menulis alif ba ta. Tak logiklah nak buat bulat2 tu sedangkan aku dah boleh menulis. jadi aku terus tulis alif sampai ya. Ustazah tengok terus istigfar dan peluk aku. ada puji2 dan dia tunjuk hasil tulisan buruk aku pada semua orang. *malu*

Jadi bila aku dipeluk dengan tangisan seorang ustazah? Bila aku terpaksa pindah ke Muar. Dia peluk dan menangis dengan esak, aku tak tahu nak buat apa. *kaku* Pesanan dia bisik, "kamu jadi budak yang baik ya". Umur, 5 tahun.

***
Pertama : kali bergaduh dengan anak orang.

Di Muar aku sekolah TASKI. Kelas di sini tebahagi kepada dua, dan aku dapat kelas pertama sebab cepat tangkap menulis jawi. Kelebihan kelas pertama, dekat dengan pintu keluar. Jadi tiap kali rehat, aku dapat cop buaian dulu. Aku selalu tengok ada satu budak dari kelas dua buli budak perempuan dari kelas satu. Aku yang sedang berhayun buaian itu menjerit, "Jangan kacau budak perempuan! tak baik!". Budak tu terus pergi padaku dan menghentikan buaianku. Tak cukup dengan itu, dia tolak aku sampai terjatuh atas taik burung. Kotor jubah putih aku!

Dengan geramnya aku tolak dia balik dan bergelut macam kucing. Belum sempat tentukan menang kalah, cikgu dah datang. Budak perempuan yang dibuli tadi 'backing' aku, jadi aku tidak disabit kesalahan. Balik ke rumah, arwah abang aku tegur, kenapa baju kotor. Aku cakap gaduh, tapi digelakkan. "Budak baik gaduh? tipu!". Aku sengih. Umur 6 tahun.

***

Pertama : kali nampak kereta bersayap.

Aku berjalan kaki ke sekolah rendah dahulu. Terasa amat dekat dari rumah, tetapi setelah besar ini aku menjejaki jalan itu semula, jauh sebenranya! Tak sangka aku berjalan sejauh itu ke sekolah setiap hari. Kadang-kadang malas nak balik rumah terus selepas sekolah. Kawan2 di sekolah ramai, boleh bermain.

Satu hari sedang duduk kepenatan bermain kejar2 datang sebuah kereta 'sport' berwarna kuning jagung. Bila dibuka pintunya, ia tidak ketepi seperti kereta biasa. Ia ke atas! Bila dibuka kedua2 pintu ia seperti kepak yang sedia untuk terbang. Aku mengharapkan kereta itu terbang, tetapi ia meluncur dengan lajunya. *aku kecewa* Umur 7 tahun.

***
Pertama : kali terasa doa makbul. *aku rasa la*

Suatu masa dahulu negara kita menghulurkan bantuan kepada mangsa perang di bosnia. Selain itu ada juga yang memberikan perlindungan kepada mereka di Malaysia dengan program keluarga angkat. Selepas rancangan Power Rangers, ayah aku akan tengok berita. Aku yang tumpang sekaki, sedih tengok di kaca tv, orang kena tembak, kebulur.

Aku yang sangat naif pada waktu itu ingin mengubah dunia, jadi selepas solat aku berdoa agar mereka semua diberikan keamanan dan semoga kesenangan dan kekenyanganku dikongsi bersama mereka. Tak tau doa aku makbul atau tidak, tetapi aku menjadi semakin kurus selepas itu dan semakin kurus. Umur 8 tahun.

***

Pertama : kali pakai cermin mata.

Darjah tiga aku rasa mata aku semakin kabur. Tiap kali aku perlu duduk di barisan hadapan sekali semasa menyalin di papan hitam. Tukar tempat duduk sementara dengan kawan. Aku tak suka duduk depan, nanti cikgu tengok kerja aku dulu dan tak boleh berbual. Semakin lama semakin sakit mata aku. Jadi cikgu yang nampak mata aku berkerut2 membaca tulisan di papan hitam, menyuruh aku beritahu ibuayah pergi membuat pemeriksaan mata. Balik tu aku tak cakap, takut di marah. Tapi cikgu prihatin itu dah siap2 telefon rumah beritahu keluarga aku. Nak ke tak, aku terpaksa.

Esoknya aku pergi ke sekolah dengan cermin mata bulat yang besar. Ayahku yang pilih. Aku yang kecil itu manalah tahu tentang fesyen. Tapi kawan2 tak gelak, ok lah tu agaknya. Umur 9 tahun.

***

Pertama : kali tag orang.

Sindarella~ Mari mencemar duli blog kamu itu..hehe
Lydiarayyan~ bubu, hontouni gomennasai. kanbate ne~ Tanom~
t.a.t.a~ kamu tau kan daku perlu tag kamu. *sambil menangis*

***

~minta maaf jika ada yang tersinggung atau merasakan diriku menunjuk2. Jauh sekali niatku dari situ. Aku hanya berkongsi pengalaman.

19 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    kaka, pertama kali doa termakbul tu sungguh sweet la. hehehehe~

    (tapi kaka memang kurus pun, makan banyak sikit)

    ohh.. daku first kah?

    wow~

  2. Tanpa Nama berkata...

    owh....sume kali pertama ingatan mase muda2..kagum2...

  3. t.a.t.a berkata...

    owhh ka.ka.. sampai hati juga kau meng tag aku ye.. huhuh..

  4. Tanpa Nama berkata...

    kau lah hero pujaan budak pompuan tu..mungkin kini dia sedang mencari kau (putera idaman nyer)..hahahaha...

  5. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>wow~ wi~ jr.juice~ kamu 1st..

    waktu kecil, fikiran masih naif..hehe~ *blush*

    cikf~>>memori kanak2 walaupun kabur2 tapi seronok bila teringat..gelak sorang~ hehe..

  6. ..::hamakakun::.. berkata...

    tata>>kamu tahu bukan, daku perlu juga..T.T
    mari mengingati semula zaman pertama kali kita..boleh polish the memory~
    chaiyok tata!

    fairuzmokti>>haha~ muka budak tu serius aku dah lupa..sebab masa tu aku tengah tumpukan menghayun buaian. nak pecah rekod haritu..haha..
    *aku ada dapat pensil dia bagi rasanya..lupe la~*

  7. Tanpa Nama berkata...

    cikgu kukun!! saya dah siap!!!

  8. ..::hamakakun::.. berkata...

    wahh bubu..
    laju betul menyiapkan..
    meh bagi 3 bintang..
    *kluk*kluk*kluk* haha~

  9. Tanpa Nama berkata...

    Yay! Yay! Kena tag!! Aku soke.. aku soke.. *sambil berlari2 balik semula ke teratak untuk mula membuat tugasan cikgu kaka.. lalala~*

  10. pandagumuk. berkata...

    da besar kamu innocent macam itu jugak kah?

  11. Tanpa Nama berkata...

    bintang ape yg kluk kluk kluk??!!...tiga per berapa? per lima ke, per empat belas!!??!

  12. Tanpa Nama berkata...

    lydia : kamu kena sekeh 3 kali la yang *kluk*kluk*kluk tuh. bukan dapat bintang.

    isshhh.. kesian.

  13. Tanpa Nama berkata...

    ayumi: ngaaa~~~ gitukah maksudnyer!! sengal kukun! mempekotak katikkan aku!!!huaa~~~~~~(ayumi,jom belasah dia)

    kukun: sini kau aku nak *keletuk*keletuk*keletuk!

  14. Tanpa Nama berkata...

    yang nampak kereta bersayap tu.. sumpah takleh bla...

    kecewa kereta tu tak terbang... hahahaha!

  15. t.a.t.a berkata...

    cikgu, saya pun dah siap!

  16. MakcikMuda berkata...

    ko adelah sgt inesen suatu ketika dahulu,harapnyer maseh inesen sampai skang dan sampai bile2.

    muahhahahah!
    keji oke jatuh atas taik burung.
    siyes nak gelak.muahahhahahahha!

    kicik2 da tau bergaduh.astaghfirullah.

    eniwei, aku pakai cermin mata mase darjah 4.
    mase tuh xdenyer nak bergaya.
    amek kaler pun ntah pape.

    bile nengok balek gambo lelame,huduh gila muke aku :|

  17. ..::hamakakun::.. berkata...

    sindareella>>wah~! semangat sungguh..jangan lari laju2..jalan berliku2..

    pandagumuk>>erm..dah bijak pandai ni kadang2 ada juga perkara yang kita sangat naif..Cita2 "mengubah dunia" itu daku masih pegang..

    bubu>>itu kamu punya bintang atas kepala..sekey~ tambah lagi satu sebab bertanya..*kluk* bagus~

  18. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>terima kasih kerana menerangkan..hadiahnya..jentik idung..*tiung*

    bubu>>adeh~ mana boleh pukul cikgu~ jangan lari..aku kejar kamu~~!

    aisyahrozi>>haha~ sukanya kamu..kereta itu memberikan harapan palsu..hampeh..tapi skarang dah tak jumpa..

  19. ..::hamakakun::.. berkata...

    tata>>bagus..nanti pergi tanda hasil kerja kamu..eyh..bukan tata ke cikgu?? =.=

    rynn>>sikap inesen itu yang menjadikan kita sentiasa gumbira..haha~

    bayangkan jika budak perempuan itu adalah kamu?suka? haha~

    lebey kureng la masa kita pakai spek..kecik2 muke dah macam nerd..huhu~
    tapi comel apa pakai spek.. XD