Jumaat, Mei 30

Yang : asal

Segan silu aku, dah lama tak datang gelanggang, tiba2 saja datang pertauliahan. Sebelum ini sibuk dengan tesis dan report. Sibuk dengan urusan dunia. Satu2 guru menegur aku, bertanyakan khabar. Silap aku tak beritahu mereka, hanya Pak Ujang sahaja yang tahu keadaan aku. Tetap aku rasa bersalah. Tapi aku masih diterima, tetap dilayan mesra, tetap disayangi. "Hamka2, semua orang sayang awak, lepas ni rajin2 la turun geanggang ya". Aku amat bersyukur.

Gerak dah makin sumbang, bunga langkah pun lupa. Penangan tak turun gelanggang 6 bulan. Pak Uzai merangkap guru dan juga sahabat dari sekolah, hendak melihat aku membuka gerak. "halun" dengan doa kepada tuhan yang esa, aku bawa juga gerak aku. memang sumbang. Selesai sahaja, tegang semua otot. urut sendiri la gamaknya, kawan2 tak pandai urut. Malam itu tidur dengan amat nyenyak.

***

Setiap kali pertauliahan, selain seronok dapat berjumpa kawan2 dari gelanggang lain, aku paling menanti saat tazkirah dari Ustaz Wan, Guru Pendekar Utama PGSM. Membuat aku sedar akan tujuan sebenar manusia. Kembali kepada yang asal, berdiri di atas diri, mencapai makam khalifah. Jika diukur diri ini, amat kecil dan jauh sekali hendak mencapai ke tahap itu. Hendak berdiri di kalangan orang yang beriman kelak, sebaris dengan para malaikat, memegang panji Rasul Muhammad SAW.

Pertama kali aku solat taubat, dan pertama kali juga aku menangis di dalam doa. Ustaz yang dosanya tidaklah banyak mana jika dibanding aku, boleh menangis teresak2. Apa lagi diri aku ini. Bukan aku seorang saja, kawan2 aku yang muka ganas pun menangis. Selepas tamat semua aktiviti, duk melepak sambil mengeteh (minum teh) dan gelakkan kawan2 yang menangis tadi. Jatuh saham. XD

***

Pada waktu siang ada sukaneka untuk kanak2, yang besar pun boleh turut serta. Nama pun hari keluarga PGSM. Aku dah hilang 'power' main congkak, '1st roud' dah kalah. Lawan aku, budak darjah 6...Alasan kekalahan aku, "jari aku besar, tak muat nak masuk lubang congkak tu". 'Tensen' kalah main congkak, aku tengok budak lawan skipping. Berkain pelekat dengan kotak rokok di tangan, aku dipaksa melompat. *huhu~* tapi aku berjaya membuat 11 lompatan. *hebat*

Program berakhir dengan baik, aku bersyukur dapat pergi ke perkhemahan ini. Pengisiannya paling banyak berbanding yang sebelum ini. Walaupun tak dapat naik bengkung, aku puas. Alhamdulillah.

~aku dapat minyak urut yang aku idamkan..yay~!

Jumaat, Mei 23

Berlari : ke hutan

Stress aku tengok 'final match Champions League' haritu..

berakhir dengan kekecewaan..

Tayar kereta kawan aku pancit..

Pintu kereta tak boleh buka..

Tidur lewat dengan badan yang penat,

kepala yang berat dan hati yang...lumat?

Aku nak tenangkan fikiran, hendak balik ke alam semulajadi..

bosan aku dengan penat..

Berlari ke hutan, teriakku..

Jeram Gading ketemu aku di situ..

~ah~~ 3 hari menghirup udara segar hutan... ~.~

Rabu, Mei 21

Bila :bosan


Bosan Bored Aburrido Ennuyé Gelangweilt Annoiato



Verveeld Entediou Скучающий Uinteressert



被厌倦 ملول βαριεστημένος ऊबा हुआ



退屈した 지루하다 plictisit



znuděný dosađuje se



Bosan dong!



~kenapa?aku hanya amat bosan.

Isnin, Mei 19

Log : makan

*mungkin ini agak lambat, tetapi baru ada masa untuk meng'log'kan*

Cuti dah bermula! Kemana hendak pergi? kaki dah mula tak boleh duduk diam. Selama ini kaki kaku di kerusi, berjalan di dalam buku sahaja. Kali ini hendak aku berjalan di alam nyata. Sedang merancang, Sahabat dari Johor Bahru tiba di Kuala Lumpur. Hendak menjemput aku pulang sambil menguruskan urusan mereka di sini. "Aku culik ko, then kita jalan2 Malaysia". Langah kanan.

Tak ada pun satu Malaysia, hanya area KL. Pada mula nak singgah PD, Melaka mungkin, tapi menguruskan urusan di KL ini, masa tak mengizinkan. Tempat2 area KL, apa yang menarik? tak ada yang boleh di ulas, semua telah jelas. Bandar, Up Town, Down Town, Asian Heritage Row, Lorong Haji Taib *hehehe~*. Jadi, selain hiburan, apa lagi yang menjadi tarikan dan idaman orang2 Malaysia dan pelancong2 luar? Ya, Makanan!

***

Williams
SS26/8
Berdekatan dengan Lim Kok Wing, Petaling Jaya

Teringin merasa masakan di Hotel 5 Bintang dengan suasana warong? di sini adalah tempatnya. Suasana memang Malaysia, meja disusun berderet2 sepanjang2 jalan. Bunyi kuali dan bunyi bising peanggan berbual. Meriah! Taukenya juga amat peramah (dia pergi meja ke meja berbual dengan pelanggan!).

Tentang makanan, Williams tidak menyediakan menu. Minta sahaja apa yang dihajat di hati, pasti akan ditunaikan. Dari makanan Western hingga ke masakan Melayu. Pesanan untuk mereka yang ingin mencuba, jangan tamak. Tidak akan ada Complain nasi sikit, daging lokek, air tak cukup dan sebagainya. Semua hidangan yang dimasak (termasuk air) adalah dalam kadar yang banyak. Jumbo SIZE!

Aku makan Nasi Goreng Ayam Pandan dengan air Durian belanda ice Blended Laici. Sedap, amat sedap. Aku dah makan separuh, tapi tak habis. Aku minta dia bungkuskan selebihnya, dapat penuh satu polisterin. amat banyak.

Selain itu, makanan yang pasti cuba di sini ialah Spaghetti Meetballs (Bebola dagingnya amat BESAR!), Triple H (Sandwich Daging/Ayam sebanyak 5 tingkat!! diisi dengan pelbagai benda), Nasi Goreng Ketam (Bukan isi ketam, tapi ketam2 kecil digunakan), Set Western mereka menggabungkan 4 jenis daging/ayam (Daging burger, steak, sosej besar dan daging hancur) dengan Kentang putar yang banyak di tengah.

Kalau anda tak tahu nak makan apa, minta saja mereka (waiter) pilihkan, pasti puas hati. Oh, mereka ada menu istimewa setiap bulan. Jangan malu bertanya.


Kadar harga satu hidangan : RM15.00


~Aku sudah semakin gemuk..

Jumaat, Mei 16

Guru : rumah

Aku ajar adikku, darjah 2 subjek Bahasa Inggeris hari ini. Sunguh banyak dia tak tahu rupanya. Huruf2 vokal, penggunaan 'a', 'an' dan 'The', 'past tense' dan 'present tense'. Aku tak salahkan guru yang mengajarnya, dia memang nakal dan pemalas. Terpaksa keluar ciri2 tegas seorang guru mengajar. Aku tak pukul pun boleh nangis, manja betul. 2 jam aku mengajar, berjaya mengupas penggunaan tajwid dan makna untuk 1 m/s sahaja. Sabar~ =.=

***

Sewaktu guru sandaran dulu, seminggu sebelum bersara sempat ak menyambut Hari Guru. Guru2 ada membuat undian untuk guru popular, guru garang, guru sporting dan sebagainya, di undi oleh murid. Macam pisang goreng panas, berebut2 murid kelas ambil borang tu. Walaupun dikenankan bayaran 30sen untuk setiap kertas undian, tak menghalang mereka membeli. Ada yang beli sampai 10 = RM3.00 ! Dulu sekolah rendah aku bawa 20sen, dapat beli satu pinggan mi. Budak sekarang..

Permulaan Hari guru, dimulakan dengan perimpunan dan ucapan pengetua. Diikuti dengan sesi memberi hadiah oleh murid. Dapatlah seketul dua hadiah. Syukur ada juga yang sudi beri hadiah pada guru baru 3 bulan. Selepas itu, penuhlah dengan aktiviti2 khas untuk guru. Guru2 tak buat persembahan, segalanya diberi kepada murid menghiburkan guru, kecuali sesi karaoke. Gelak2 budak tengok cikgu mereka pitching lari ala2 Akademi Fantasia. Aku sebagai cikgu baru, tak ditugaskan apa2. Jadi aku sangat 'Free' utuk menggelakkan persembahan sepuas hati. haha~

Dalam selang2 itu ada murid yang beri hadiah pada guru, malu nak beri waktu perhimpunan. Maklumlah, dalam sekolah budak yang paling ganas dan 'macho', tapi hati penyayang nak beri juga hadiah pada guru. Mereka baik sebenarnya, nakal cuma. Ramai pulak yang beri aku hadiah waktu duduk di kantin minum2. Murid yang aku tak pernah ajar pun bagi hadiah. Tersipu2 waktu hulur hadiah, lepas tu lari. Ini balas jasa ke, minat cikgu?

Yang paling 'best' seorang budak perempuan darjah tiga, beri hadiah berserta surat. Isi surat itu amat jiwang mengalahkan budak sekolah menengah bercinta (cuma tulisan dia sahaja yang menunjukkan dia darjah 3), isinya biarlah aku saja yang tahu. Amat berbunga2 hingga aku senyum membacanya. Oh, namanya Nur Nabila Orkid. Unik bukan? budaknya juga comel, dengan lesung pipit di kedua2 pipi.

Sesi petang ada perlawanan sukaneka antara guru. Belon air diikat di kaki dan cuba memecahkan belon lawan sambil menjaga belon di kaki sendiri. Pada mula aku bantai gelak dengan murid kelas, tapi disuruh 'join' kerana tak cukup orang. Hasil sorak sokongan para murid2 kelas, aku berjaya mendapat no. 2!

Sebelum penutup di sampaikan hadiah2 hamper hasil undian murid. Ya, aku dapat hadiah lagi, 'Guru Paling Bergaya' !. Aku tak bergaya mana pun, mungkin kerana aku seorang sahaja guru yang memakai beg converse bercorak retro ke sekolah beserta motor "Puteri Umi Aisyah" yang berbunyi kuat ala2 rempit jalanan.

~Bakul motor penuh dengan hadiah semasa pulang. =D
~Aku cuba cari surat budak darjah 3 itu, tapi tak jumpa. Hilang semasa pindah agaknya. T.T
~Selamat Hari Guru~!

Khamis, Mei 15

Ku : mahu

Semua orang seperti berperang2 dengan tag. Sana sini semua tag orang, meriah betul. Daulat Cik sumi telah sampai kepadaku lagi. T.T Jadi aku mulakan tag ini.

Lima hadiah pasti mahu :

  1. phD
  2. Guru Murshid
  3. Puteri bunian
  4. Kamera DSLR
  5. Kotak pensil double decker, berserta pensil pelbagai gred yang penuh di dalam.

Sebab mengimpikan :

  1. Aku mahu Doctrine di depan namaku.
  2. Aku mahu belajar ilmu alam dan akhirat darinya.
  3. Walaupun hanya boleh diikat 2 tahun, ia mesti sangat indah.
  4. Semua memoriku boleh diabadikan dalam gambar kaku, tidak hilang ditelan masa.
  5. Aku tak pernah punya kotak pensil seumur hidup, selalu simpan dalam poket beg.

Siapa gerangan si Tag : AyUmi

Lima impresi terhadap beliau :

  1. Makde yang penyayang *rindu cerita nazril*
  2. Garang tapi kiut~ *dia menumbuk bila dikata tua..hehe*
  3. Nakal
  4. Manja *dia kata*
  5. Gatal *hehe~ jangan sekey*

Ciptaan tersohor yang dikagumkan :

Alam itu sendiri. Bolehkah aku membongkarkan setiap rahsianya..

Kebencian terhadap :

  • Biar sepahit manapun kebenaran, aku sanggup telan. Tapi janganlah menipu, aku tak suka ditipu, aku boleh baca orang menipu. Sekali orang menipu aku, aku akan hilang hormat kepadanya. Biar jahat asal jangan menipu.
  • Orang kata aku terlalu baik sehingga orang lain ambil kesempatan. Aku tahu, tapi aku mampu untuk menolong. apa salahnya. Jangan nak minta tolong bukan2 sudah. Walaupun aku kurang suka orang mengambil kesempatan ni, aku lagi tak suka orang menipu.

Mangsa tag :

Semua orang seperti dah buat tag ini. Jadi aku tiada modal untuk tag orang.

***

~Sebab ditanya perkara yang dibenci, aku jadi marah. huhu~ cuba tanya apa yang aku paling suka, "gelak dan makan".
~Minta maaf jika ada yang tersinggung, diriku penuh dengan celaan.

Rabu, Mei 14

Baca : orang

Menipu adalah satu cara untuk kita melindungi diri, 'Defence mechanism'. Kadang2 ia adalah untuk mengambil hati ataupun untuk menjaga sesuatu. Supaya tidak kehilangan atau mendatangkan buruk kepada diri. Adalah tipu jika kita berkata. "Aku tidak pernah tipu". Kita manusia, mustahil sempurna.

Kita menjadi lega atau seronok jika tidak diketahui (berjaya menipu). Tetapi apakah yang terjadi jika dibongkarkan? adakah akan ditutupi dengan satu lagi penipuan atau membuat pengakuan jalan yang terbaik?

***

Aku punya rakan yang ramai. Aku bersyukur. Mereka mengajar aku pelbagai benda, membuka mataku supaya melihat dari pelbagai sudut. Tidak tertumpu pada yang satu. Kawanku pelbagai ragam, pelbagai jenis. Aku tidak memilih, asalkan mereka berniat baik. Bagi aku Hati manusia adalah kelabu, tiada hitam, tiada putih. Semua aku terima, semua aku hargai, semua aku tolong. Mereka mengajarku apa itu kehidupan dunia, apa itu dunia sebenar. Mengajar aku akhirat, Mengajar aku makrifat.

Dari situ aku belajar membaca : orang. Kita berkata, seronok bukan dapat membaca : orang? tapi sakit bukan apabila dapat tahu tipu daya orang keliling kita? Lebih2 lagi orang yang rapat dengan kita, yang kita anggap sebagai kawan sejati. Yang kita anggap suci.

***

Ada yang boleh dibaca secara zahir, tetapi keseluruhannya adalah intuisi.

Bila berbual berdepan dengan seseorang, lihat matanya. Mata adalah bahasa badan yang paling mudah dibaca, kerana itu orang melindung mata jika menipu. (jika dia tahu)

  • Orang yang menipu akan memandang ke "atas, kanan" ketika sedang mencipta penipuan.
  • Orang yang sedang cuba mengingat semula, akan memandang ke atas kiri.
  • Mata kan pandang ke bawah jika ia sedang mengingati sesuatu yang menyentuh hati atau sedih.
  • Anak mata mengecil (menumpu) apabila dia menaruh perhatian atau minat dan sebaliknya jika bosan.

Kalau tak percaya cuba dengan seorang rakan, dan lihat matanya. Walupun dia tahu dan cuba melawan gerak matanya, tetap ia akan tertunjuk. (bila dia cuba melawan gerak matanya, dia kan tergagap2 atau berfikir lama untuk menipu)

Selamat mencuba, Enjoy!

~Aku paling benci orang yang menipu demi kepentingan sendiri. Tambah2 aku dapat baca niat hati orang, aku dapat nampak ia datang. Tapi aku degil, Selalu aku fikir orang akan berubah. Aku yang naif, Sehingga kini. Bolehkah manusia berubah?

~tag akan aku susuli.tunggu ya AyUmi.

Ahad, Mei 11


Keliling : bumi

Matahari, kelilingilah bumi,

Menghangatkan hati yang resah, mengeringkan air mata yang basah,

Menerangi jalan yang kelam, supaya tidak tenggelam.


***


aku dan kawan keliling malaysia.

Makan, tidur dan enjoy.

Menghabiskan sisa2 cuti.

setiap kali berhenti, daku akan cuba menemani.


~kalau ada cc..=)

Khamis, Mei 8

Pertama : kali

*pertama : kali membuat entri yang amat panjang*

Aku seorang yang suka akan benda baru. Aku tak takut hendak mencuba, selagi nyawa dikandung badan. Bila orang tanya kelak, boleh menjawab dengan bangga "aku dah pernah cuba". Benda yang baik kita simpan, buat amalan, kita sebar-sebarkan. Yang buruk kita hindarkan dan kita saling mengingatkan. Itu sahaja tujuannya tiada lebih, tiada kurang. Jadi setelah di tag oleh AyUmi yang berdaulat, daku dengan ini mengimbau lima pengalaman pertama : kali ku dalam segalanya.

***

Pertama : kali dipeluk cikgu yang menangis. *yang terakhir pun*

Pertama sekali bersekolah, aku dimasukkan ke tadika Arqam di Felda, Mersing. (ye, saya budak felda dan Arqam) Seronoknya sekolah arqam ni, semua murid dapat kopiah yang di tempah khas dengan nama di keliling kopiah tersebut. Aku punya berwarna hijau pekat dan disulam dengan namaku besar2 "HAMKA". Seronok aku pakai kopiah tu, taknak cabut.

Satu hari ni ustazah suruh buat bulat2 banyak2 dekat kertas lukisan. Katanya untuk latihan menulis alif ba ta. Ibuku seorang yang pandai mengaji dan berzanji. (Selalu menang kalau pertandingan, tapi tak waris pada anaknya) Jadi di rumah memang aku dah di ajar mengaji dan menulis alif ba ta. Tak logiklah nak buat bulat2 tu sedangkan aku dah boleh menulis. jadi aku terus tulis alif sampai ya. Ustazah tengok terus istigfar dan peluk aku. ada puji2 dan dia tunjuk hasil tulisan buruk aku pada semua orang. *malu*

Jadi bila aku dipeluk dengan tangisan seorang ustazah? Bila aku terpaksa pindah ke Muar. Dia peluk dan menangis dengan esak, aku tak tahu nak buat apa. *kaku* Pesanan dia bisik, "kamu jadi budak yang baik ya". Umur, 5 tahun.

***
Pertama : kali bergaduh dengan anak orang.

Di Muar aku sekolah TASKI. Kelas di sini tebahagi kepada dua, dan aku dapat kelas pertama sebab cepat tangkap menulis jawi. Kelebihan kelas pertama, dekat dengan pintu keluar. Jadi tiap kali rehat, aku dapat cop buaian dulu. Aku selalu tengok ada satu budak dari kelas dua buli budak perempuan dari kelas satu. Aku yang sedang berhayun buaian itu menjerit, "Jangan kacau budak perempuan! tak baik!". Budak tu terus pergi padaku dan menghentikan buaianku. Tak cukup dengan itu, dia tolak aku sampai terjatuh atas taik burung. Kotor jubah putih aku!

Dengan geramnya aku tolak dia balik dan bergelut macam kucing. Belum sempat tentukan menang kalah, cikgu dah datang. Budak perempuan yang dibuli tadi 'backing' aku, jadi aku tidak disabit kesalahan. Balik ke rumah, arwah abang aku tegur, kenapa baju kotor. Aku cakap gaduh, tapi digelakkan. "Budak baik gaduh? tipu!". Aku sengih. Umur 6 tahun.

***

Pertama : kali nampak kereta bersayap.

Aku berjalan kaki ke sekolah rendah dahulu. Terasa amat dekat dari rumah, tetapi setelah besar ini aku menjejaki jalan itu semula, jauh sebenranya! Tak sangka aku berjalan sejauh itu ke sekolah setiap hari. Kadang-kadang malas nak balik rumah terus selepas sekolah. Kawan2 di sekolah ramai, boleh bermain.

Satu hari sedang duduk kepenatan bermain kejar2 datang sebuah kereta 'sport' berwarna kuning jagung. Bila dibuka pintunya, ia tidak ketepi seperti kereta biasa. Ia ke atas! Bila dibuka kedua2 pintu ia seperti kepak yang sedia untuk terbang. Aku mengharapkan kereta itu terbang, tetapi ia meluncur dengan lajunya. *aku kecewa* Umur 7 tahun.

***
Pertama : kali terasa doa makbul. *aku rasa la*

Suatu masa dahulu negara kita menghulurkan bantuan kepada mangsa perang di bosnia. Selain itu ada juga yang memberikan perlindungan kepada mereka di Malaysia dengan program keluarga angkat. Selepas rancangan Power Rangers, ayah aku akan tengok berita. Aku yang tumpang sekaki, sedih tengok di kaca tv, orang kena tembak, kebulur.

Aku yang sangat naif pada waktu itu ingin mengubah dunia, jadi selepas solat aku berdoa agar mereka semua diberikan keamanan dan semoga kesenangan dan kekenyanganku dikongsi bersama mereka. Tak tau doa aku makbul atau tidak, tetapi aku menjadi semakin kurus selepas itu dan semakin kurus. Umur 8 tahun.

***

Pertama : kali pakai cermin mata.

Darjah tiga aku rasa mata aku semakin kabur. Tiap kali aku perlu duduk di barisan hadapan sekali semasa menyalin di papan hitam. Tukar tempat duduk sementara dengan kawan. Aku tak suka duduk depan, nanti cikgu tengok kerja aku dulu dan tak boleh berbual. Semakin lama semakin sakit mata aku. Jadi cikgu yang nampak mata aku berkerut2 membaca tulisan di papan hitam, menyuruh aku beritahu ibuayah pergi membuat pemeriksaan mata. Balik tu aku tak cakap, takut di marah. Tapi cikgu prihatin itu dah siap2 telefon rumah beritahu keluarga aku. Nak ke tak, aku terpaksa.

Esoknya aku pergi ke sekolah dengan cermin mata bulat yang besar. Ayahku yang pilih. Aku yang kecil itu manalah tahu tentang fesyen. Tapi kawan2 tak gelak, ok lah tu agaknya. Umur 9 tahun.

***

Pertama : kali tag orang.

Sindarella~ Mari mencemar duli blog kamu itu..hehe
Lydiarayyan~ bubu, hontouni gomennasai. kanbate ne~ Tanom~
t.a.t.a~ kamu tau kan daku perlu tag kamu. *sambil menangis*

***

~minta maaf jika ada yang tersinggung atau merasakan diriku menunjuk2. Jauh sekali niatku dari situ. Aku hanya berkongsi pengalaman.

Rabu, Mei 7

Speed : racer

*daku cuba buat ulasan tanpa spoiler*

Lama tak pergi ke panggung wayang. Maklumlah semester ini agak sibuk dengan report dan tesis yang bertimbun dan mungkin kerana tak ada orang ajak pergi. Aku tak gemar menonton wayang seorang diri. Aku suka mengkritik sebuah filem selepas menonton, dari situ aku dapat kepuasan menonton sesebuah filem. Ala ala 'post mortem' bersama kawan2. Dari pergi seorang, lebih baik aku muat turun dari torrent dan tengok di komputer sambil makan nasi. Perut kenyang, duit tak terbuang.

***


Tiket percuma daku~

Seronok aku mendapat tiket percuma tayangan perdana Speed Racer malam tadi. Mungkin ramai yang membuat spekulasi, filem 'live action' adaptasi kartun dan komik mesti di bawah tahap memuaskan. Contoh hasil gagal seperti, 'The hulk' dan 'Ghost Rider'. Tapi aku tetap hendak menonton, teruja dengan kereta putih Speed Racer (idaman sejak kecil) dan kerana pengarah filem ini adalah pengarah filem trilogi 'The Matrix'. Jadi semestinya ada kelainan.

Diskriminasi kaum terancam...

Filem ini berkait dengan kisah hidup keluarga Racer (nama famili mereka Racer) yang sangat meminati bidang perlumbaan. Bapa mereka Pops adalah seorang mekanik yang membina dan mengubahsuai kereta. Teruja untuk menyertai perlumbaan, dia mencipta kereta mereka sendiri yang diberi nama 'Mach 5'. Dipandu oleh anak sulungnya Rex Racer dan berjaya menempa nama dalam masa yang singkat di dalam perlumbaan. Legasi itu diteruskan oleh Speed Racer, anak kedua mereka selepas abangnya terkorban dalam satu kemalangan yang dashat semasa berlumba. Bagaimana Speed Racer mengejar impian abangnya untuk ke 'Grand Prix' dan misteri kematian abangnya boleh anda tonton sendiri di pawagam pada 8 Mei 2008.


Surti dan Tejo

Filem ini mengguna hampir 90% 'blue skrin', tetapi ia sangat blend dengan watak dan objek menjadikan ia sempurna. Tidak nampak seperti dibuat2. Dengan warna yang terang dan segar digunakan untuk latar dan efek2, menghidupkan mood zaman retro dalam filem itu. Sudut kamera (camera angle) amat cantik, sehingga kita merasakan diri kita berada bersama beliau semasa berlumba, sungguh adrenalin. Jalan cerita juga tidak jauh lari dari kartun yang asal, menjadikan nostalgia Speed Racer masih mencengkam. Rain telah berbahasa inggeris agak fasih, tahniah. (kebanyakkan orang jepun dan korea mempunyai masalah berbahasa inggeris, lidah mereka pendek)


"aiseh duit jatuh..*kenapa seram sejuk je ni..*"

Aku beri 5 BINTANG (*****) untuk filem ini! sehingga sekarang aku masih dapat membayangkan perlumbaan itu di dalam kepalaku sambil berlatarkan lagu tema filem speed racer yang telah di'rap'kan dalam 5 bahasa. Filem yang wajib ditonton sekurang-kurangnya sekali dalam hidup, dan aku gembira menjadi antara orang pertama yang menonton.

Di'pau' dalam perjalanan ke tandas

Peringatan:

  • Efek dan warna yang digunakan mungkin akan menyebabkan sakit mata kepada sesetengah orang lebih2 lagi mereka yang rabun warna. (banyak bermain ton warna)
  • Di adaptasi dari kartun, filem ini juga adalah kartun. Jadi jangan mempersoalkan kelogikan fizik di dalam filem ini. Ia adalah dunia yang bukan realiti.
  • Buka mata, minda dan enjoy!


Memandu 'Mach 5' ku

~Rex mengingatkan aku tentang arwah abangku. aku bergenang.
~minta maaf jika ada yang tersinggung.

Isnin, Mei 5

Sedikit : daulat

Peperiksaan akhirku untuk semester ini berakhir dengan kegembiraan yang amat. Semua yang aku baca dan spot telah keluar. Semuanya! Aku amat gembira sehingga aku bercadang untuk melaksanakan perkara pertama yang telah dirancang selepas habis peperiksaan, beradu senyenyak-nyenyaknya. =.=

~terima kasih di atas 'LucK' (daku panggil daulat) yang telah diberikan sebelum daku pergi peperiksaan.

***

Habis peperiksaan barulah ada masa terluang untuk melayari internet dan singgah di blog2. Tiba di sebuah blog gadis lolita, aku dijamahkan oleh sebuah klip lagu yang diletakkan di situ. 'Arctic monkeys-certain romance'. Sekali dengar terus menusuk masuk ke dalam telingaku. Halunan drum (drum roll) yang di buat sangat segar, walaupun ada sedikit seperti 'the strokes'. Terus tercetus idea baru yang selama ini terpendam di dalam tangan dan nadiku. Kebetulan malam itu semua dalam mood main lagu pelik2, bukan yang biasa dimainkan. Seronok aku berkeroncong bersama kawan2 malam tadi.

~kawan2 pula yang penat, sedangkan tanganku masih mahu memukul.


***

Sedang duduk memikirkan apa yang hendak dilakukan hari esok, rakanku mengumumkan di 'ym'. "siapa nak tiket free untuk tengok Speed Racer esok malam !" Terus aku sambar 5 keping. Jadi malam ini, aku dan kawan2 merupakan antara VIP yang menjadi orang pertama menonton Speed Racer. Tayangan umum adalah pada 9hb Mei 2008.


Go Speed Racer GO!!

Speed Racer merupakan rancangan kartun yang telah membuat aku terpukau sewaktu kecil. Keretanya yang penuh dengan 'gadget' moden dan unik digunakan sepanjang perlumbaan untuk melepasi halangan dan menangkis taktik kotor lawan. Sekarang dah jadi 'live action', jadi mesti tonton. Siapa peminat Rain mesti nak tengok dia, aku hanya nak tengok kereta putih itu beraksi. Go speed racer GO~~!!


nama saya Speed, putih warna kegemaranku

~kereta putih speed racer itu ada jual di mana2 tak?

***

Updated!!

Bangun dari tidur pagi tadi, sambung melayari internet seketika. Mengambil mood untuk mandi. Dengan tahi mata yang masih melekat, aku membaca entri so'od yang terbaru. Daulat padaku masih belum berakhir!, pagi ini menang cabutan bertuah hasil tangan emak so'od yang berdaulat. Kerana gembira sangat, daku menggunakan ayat gembira tuan punya daulat..hoyeah~

~Sedikit : daulat membuat hariku sempurna..haha ~.~

Jumaat, Mei 2

Pengakap : muda

Bahawa Dengan Sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:

  • Taat Kepada Tuhan Raja dan Negara
  • Menolong Orang Pada Setiap Masa dan
  • Menurut Undang-undang Pengakap.

~aku baca ikrar ini dengan kuat dan bersemangat!!


***

Tengok gambar aku dan arwah abangku, teringat sewaktu kecil dahulu. Kami pergi sekolah naik basikal bersama (aku membonceng di belakang). Satu hari dalam perjalanan ke sekolah, kami yang comel dikejar oleh 3 ekor anak anjing yang amat bising. Arwah mengayuh basikal dengan kelajuan tertinggi sehingga tiba di lorong simpang tiga. Baru hendak masuk 'corner' baring, seorang 'ah so' melintas tanpa melihat kiri dan kanan. Usaha mengelak 'ah so' itu, kami berlanggar dengan pagar jaring. Anak2 anjing serta 'ahso' itu pula pulang ke rumah masing2 tanpa rasa bersalah.

Aku cedera di lutut sedikit, kerana terseret di pagar. Arwah along, luka yang banyak di siku, lutut, dan baju terkoyak di bahu. Tapi dia kata "ok" dan terus menuju ke sekolah. Fikiran aku waktu itu, "along kool dan kuat.."

***

"Wah, mereka amat bergaya dengan baju pengakap mereka!". Kerana berfikir begitu, aku pun terus menyertai persatuan pengakap : muda. Seronoknya pengakap pada waktu itu ialah dapat berjumpa rakan2, aktiviti berkumpulan dan yang membuat aku paling teruja, 'Mengumpul lencana!'. Ada papan notis yang meletakkan semua lencana yang boleh dimiliki oleh seorang pengakap. setiap kali aku berpeluang, aku akan melihat lencana2 itu dengan mata yang bulat. "aku mahu semuanya!"

Lencana yang berjaya aku peroleh :


Lencana Gangsa
(telah mempunyai dua atau lebih lencana kegemaran/hobi dan telah melepasi penilaian)

Dari kiri : lencana hobi penunggang, lencana hobi melukis, lencana hobi pertahanan diri


Lencana idamanku (waktu itu) :


Dari kiri : lencana hobi bersukan, lencana hobi mengail, lencana hobi muzik


Lencana Tertinggi bagi pengakap : muda

Dalam masa 6 bulan menyertai Pengakap : muda, aku berjaya memperoleh lencana gangsa dan 3 lencana hobi. Tetapi sebulan selepas itu, aku berpindah dari Sekolah Ismail Satu, Muar ke Sekolah Majidee Baru, Johor Bahru. Sampai di sekolah baru, aku terus mendaftar Pengakap : Muda. Tetapi orang bandar tak aktif pengakap. Harapan aku untuk memperoleh lencana idamanku, terkubur.

~aku masih mahu lencana itu...Pesatuan Pengakap Tua ada tak?