Khamis, April 24

lala : kerja ep.2 pt.1

"Pergi mana tu ka?" tak sempat aku nak keluar ayah dah panggil. "Keluar dengan kawan, cari kerja cuti ni" kawanku sudah menunggu di luar. Dia dah janji nak teman aku cari kerja sambilan cuti ni. Sementara menunggu panggilan universiti, baik isikan masa berkerja. Dapat juga 'income' lebih. "kerja dengan ayah nak?" Hatiku tergelak, lawak apakah ini. Jadi tukang kebun di sekolah ke? Tapi ayahku tak pernah melawak dengan aku, jadi ini serius. "Ayah ada borang nak daftar jadi guru sandaran. Sekolah ayah ada guru yang bersalin, memang nak pakai guru sandaran, ikut ayah datang pejabat esok kalau nak". Sedang aku mempertimbangkan, kawanku misscall, tanda lama menunggu.

***

Masa: Cuti panjang selepas matrikulasi
Pekerjaan: Guru sandaran, Sek. Keb. Sri Amar Johor Bahru

Nakal betul budak2 sekolah sekarang. Makin dilarang, makin rakus dia buat. Awal-awal lagi ayahku dah larang, "jangan pukul atau denda yang tak ada kaitan dengan pelajaran. Polisi kementerian pelajaran yang baru." bermakna, tiada rotan, pukul, atau denda berdiri atas kerusi, kutip sampah dan sebagainya. Nak denda, cuma boleh bagi kerja rumah lebih. Patutlah semua tunjuk belang, tak dapat nak jadi GTO di sekolah.

Cikgu2 lama di sini cerita dengan aku, ibu bapa kalau anak mereka kena pukul dengan cikgu, kecoh satu kampung. Mak bapak datang sekolah bawak parang, mengadu dekat berita, dekat surat khabar. Cikgu pula di'cop' jahat. Tak tahu anak mereka yang dikata 'baik' di rumah itu, pe'nakal' no.1 di sekolah. Sampai cikgu pun 'fobia' nak mengajar, sentuh anak murid. Dulu aku kalau mengadu dekat mak bapak kena pukul, mereka kata "bagus, cikgu menjalankan tanggungjawab". Kena tambah lagi 'ubat' lepas tu pun ada. Jadi kalau kena marah atau pukul dengan cikgu, faham2 sendiri, diam2.

Hampir semua subjek aku ajar. Yang mana memerlukan guru ganti, di situlah aku berada. Paling seronok ajar sains, sebab budak2 tak tau apa. "ooowh..." itu saja jawapan dia. Kita tipu pun dia "oowh..". Tapi aku tak jahat, aku ajar betul2, amanah. lagi seronok ajar pendidikan jasmani, campak satu bola, mainlah mereka. Boleh join sekali. perempuan bagi bola tampar atau bola jaring. Tapi selepas tu aku dimarah, "tak boleh begitu, perlu buat aktiviti bersama mereka, buatkan ala2 sukaneka" Lompat hoop, baling bola dalam hoop, baling hoop dalam skittle. bosan..

Satu hari aku ganti seorang guru agama, nak gelak aku bila budak2 panggil 'ustaz'. Tapi senyum saja. Berpeluh2 aku tulis jawi di papan hitam, sekolah agama dulu tulisan jawi dikategori yang paling buruk dalam kelas. Seorang budak tegur semasa aku menulis di papan hitam, "tulisan jawi cikgu kelakarlah. tajam-tajam". Selamba aku jawab "ini style" Satu kelas gelak, berjaya aku meng'cover' diri sendiri. Semasa hantar buku, aku tengok masing2 tiru tulisan jawi aku, tajam2. Aku patut rasa bersalah atau bangga? T_T




~minta maaf anak muridku...

27 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    that-very-nice.

    hamka good at teaching. so can u teach me jawi?

    hehehe. i nak belajar buat tulisan tajam-tajam. hahaha. ada style la!

  2. ..::hamakakun::.. berkata...

    ini satu pujian atau kutukan..haha~

    i still rasa bersalah..harap2 mereka telah bertemu guru jawi yang baik..huhu~

    meh i sekey u, sebagai yuran mengajar..*kluk*

  3. Tanpa Nama berkata...

    hahaha comel nya tulisan tu..
    lancip je hujung nya...

    pandai lak tu cover.. style konon!
    ahahahah

  4. ..::hamakakun::.. berkata...

    comel ke..cikgu sekolah agama cakap tulisan daku yang terburuk dalam kelas..huhu~

    budak2 senang kena tipu..hehe~

  5. Tanpa Nama berkata...

    no wonder la saya tertipu *garu garu kepala*

  6. Tanpa Nama berkata...

    Bestnya.. ada pengalaman jadi cikgu lg~ erm,boleh tahan tulisan jawi tu. =)

  7. Tanpa Nama berkata...

    cantik pulak bila pandang lama2. hahaha

    btw, huruf 'jim' tu tertinggal titik ;)

  8. Tanpa Nama berkata...

    hahaha.. woiii.. gila keji tulisan kau weiii...

    -apsal wau punya ekor tu ke dalam sangat macam nak tulis huruf kof??

    -apsal sin punya gigi sama besar je.. gigi ketiga tu besar la sikit oiii.. hehe

    -tulisan ko keras sangat weeehhhh.. tajam2.. tak luka ke tangan????? hihihihhi..

    - tu perkataan last tu ko nak buat bunyi huhu ke?? Ni first time aku tgk orang eja (huhu??) guna tulisan jawi... --> aku belajar perkataan baru la hari ni kiranya..

    anyway, nice try... hehehe=p

    -oh, ko patut rasa er... bersalah. sori for being blatantly honest.. heheehee=p

  9. Tanpa Nama berkata...

    hamka, tulisan buruk tapi hati baik. it's ok.. *smile*

  10. Miss Mary berkata...

    aku nak blajar la..hamka, ajar aku..huhu..x kesah la...tajam ke..tumpul ke tulisan jawi ko tu..

  11. Tanpa Nama berkata...

    ekeke.. tajam pun tajam la.. asal betul tajwidnya..

    erk! tulisan jawi ade tajwid ke? ekeke..

    bagusla jd chegu.. aku paling hormat org yg sanggup jd chegu..

  12. ..::hamakakun::.. berkata...

    AyUmi>>hehe~ nak kata u little girl la ni..=p

    ixora>>semua puji tulisan jawi tu..terharu..huhu~

    ops, tertinggal titik..itu memang disengajakan..'hawi'..
    *cover2.hehe~*

  13. Tanpa Nama berkata...

    pernah ada cita2 nak terajang budak...memang takleh jadik cikgu

  14. ..::hamakakun::.. berkata...

    minta maaf lambat balas komen..
    Aku sempat balas satu komen, lepas tu internet putus..huhu~

    pieja>>*panjang komen kamu*
    -sebab aku keji..haha~

    -senang, kalu nak buat kof tambahkan titik..haha~

    -tak baik membeza2kan besar kecil sama saja..yang penting hati..XD

    -keras itu lelaki sejati. keras, mutu, keunggulan.

    -comel kan..pernah gelak pakai tulisan jawi? (ha simpul)(alif)X4 hahahaha~

    -jangan mengingatkan aku..huhu~ *duduk cangkung di penjuru*

    AyUmi>>*Blush* saya suka kamu..haha~

    mary>>buleh, senang je tulisan jawi ni..susunan p[erkataan macam A-Z..=)

    so'od>>aku pun sangat menghormati guru, tugas yang mulia..sebab tu masa ayah aku offer, aku rasa serba salah, aku...tak mulia..huhu~

    lydiarayyan>>isk, jangan pukul budak..masuk paper nanti..haha~

  15. Tanpa Nama berkata...

    quote: "tak baik membeza2kan besar kecil sama saja..yang penting hati..XD"

    hoiiii.. justifikasi tak bley blaaa la weiii..hahaha soke2 hati kau je ehh.. *piat telinga*

    ayumi: yer.. betol2.. *sambil tunduk pandang lantai*

  16. ..::hamakakun::.. berkata...

    pieja>>haha~ cekgu kena pandai 'counter' anak murid..kamu musti sudah fikir bukan2..hehe..

    wah, gaya insap tu..kuikui..

  17. Tanpa Nama berkata...

    Haha.. Aku rasa..kau yang telah berfikiran yang bukan2.. aku masih jawab komen based on isu gigi huruf sin.. hahaha~~

    --> kau mmg keji. Titik.

  18. ..::hamakakun::.. berkata...

    pieja>>haha~ kamu baru tahu..
    *ketawa bercekak pinggang*

  19. pandagumuk. berkata...

    tulisan jawi aku pun buruk.tp lawa sket la dr ko :P

  20. Tanpa Nama berkata...

    serius? wooowwww.. "i soke orang keji tauuuuu.." *nada sehabis gedikk plizz*

    A/S/L pleaseeEEEEE...

    hahahaa..


    Tak koserrr makkk.. huhu~~

  21. ..::hamakakun::.. berkata...

    pandagumuk>>huhu~ aku belajar tulis jawi dari ko la gitu. Bagi canik sikit aku punyer..haha~

    Pieja>>suke ke? aww..itu pun zifi suka..baik punye..hehe~

  22. Tanpa Nama berkata...

    zifi?? host raja lawak tu ker??

    yewwwwwwww.. itu.. tak baik punyeeee.. hahahaha

  23. Tanpa Nama berkata...

    haha..comel je tulisan jawi..
    dah lama tak tulis kan?

    last sekali, masa zaman sekolah dulu, ada pelajaran JAWI dan kat sekolah agama petang..(tu mesti la tulis JAWI kan..)

  24. t.a.t.a berkata...

    hamka:
    *canik ke *cantik?
    anda kena usaha lagi ejaan anda ya. buat semula perkataan tu sebyk 10x. sy nak esok ada atas meja saya! faham!
    oh BTW sy nak dalam JAWI. faham tak ni?

  25. t.a.t.a berkata...

    nana:
    bila dah duduk asrama kan, kdg² bila tulis surat tulisan jawi yg ada cuma bismillah dgn assalamualaikum je.
    at least masih lagi mengekalkan ciri² melayu.. hahaha

  26. A t i Q a h berkata...

    Mwahahaha..
    Kelakar OK!
    Siap ada hu hu lagi.

  27. ..::hamakakun::.. berkata...

    pieja>>iye..betul..baik punye..haha~

    nana>>sekolah agama komfem tulis jawi..dekat johor sekolah agama wajib..tiap2 hari tulis jawi, begitu sajalah hasilnya..huhu~

    tata>>cantik, suppose to be cantik..baik cikgu..huhu~ buleh apply jadi ustazah kat sekolah ni..XD

    m..tulisan jawi dalam bismillah dan salam..boleh amalkan ni..=)

    atiqah>>seronoknya gelakkan orang..tengok kamu punya sikit..haha~