Ahad, April 20

lala : kerja ep.1

*diinspirasi oleh tata*

Aku Impikan sesuatu, tapi dapat melihat dari belakang cermin sahaja. Bila masanya aku akan ada duit untuk membeli barang2 itu. Nak minta dengan orang tua tak sampai hati, aku tahu kewangan mereka. Aku akan kerja bila cukup umurku nanti. Berusaha dengan peluh sendiri, untuk diri sendiri. Boleh belikan sesuatu untuk ibu kalau ada duit lebih nanti.

~fikiran seorang budak hingusan, darjah 4

***

Masa : cuti selepas SPM
Pekerjaan : ViVo pizza, Johor Bahru

Pertama kali datang kerja dah lewat. Tapi manager memang baik dan pandai menaikkan semangat, "bekerja di 'fastfood' semua pun kena 'fast', barulah boleh bekerja di restoran 'fastfood'. Tiap-tiap hari manager akan masak pizza istimewa untuk staff (topping dan cheese yang amat tebal).

Pernah gajiku mencecah RM2000+ menyebabkan bulan seterusnya, manager suruh balik awal setiap kali dan diberi cuti. Hanya kerana staff lain 'mengadu' gaji 'parttime' aku lebih besar dari mereka yang 'fulltime', nak balancekan gaji katanya. Melayu...

Dari pemerhatian aku, ramai orang memandang rendah pekerjaan kami. Apa sangat seorang pekerja kedai makan. Tapi satu benda aku belajar, jangan cari pasal dengan kami yang membuat makanan. Kami berkuasa keatas makanan kamu. =)

Dari washer, waiter, kitchen, delivery, semua aku pernah buat. Manager kata semua orang patut belajar semua 'department'. Kalau waktu kritikal boleh bantu-membantu. Kerja delivery paling enjoy. Dapat jalan-jalan menyedut udara bandar, dapat komisyen dan tips lagi.

Satu hari sewaktu delivery aku sedang menunggang dengan kelajuan biasa seorang 'deliveryboy' dan terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kereta. Betul apa orang cakap, detik 'satu saat' sebelum langgar, semua perkara terimbas di dalam kepala. Bang! *gelap*

Bila sedar, tengok darah yang banyak amat. Aku cuba pastikan satu persatu, tangan boleh bergerak, kaki juga boleh. Alhamdulillah tak patah. Jalan terhoyong-hayang aku berjalan dan duduk di tepi jalan. Mana datang darah yang banyak ni, mulut aku..er bibir koyak..gigi! gigi aku patah..

Tengok semula helmet dan motor semasa kemalangan tu, aku bersyukur aku masih hidup.
esok hari aku sambung kerja dengan badan yang masih sakit dan gigi yang sopek.
lala : kerja

***
~Iklan tv itu tidak tipu, helmet boleh menyelamatkan nyawa.
~bawak kereta sila bagi signal dalam jarak tiga tiang lampu sebelum masuk simpang.

26 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    nasib baik hamka hidup lagi. kalau tidak, tak dapat la kenal hamka macam hari ini. (alhamdullillah, syukur padaNya, itu yang penting)

    huhuhu.

    anyway, so.. u surely can cook a pizza for me? right?

    yummy~

  2. ..::hamakakun::.. berkata...

    laju betul..tak sempat edit.
    itulah, kalau tak tak dapat rasa sekey cik AyUmi macam hai ini. hehe~
    give me an oven, and let me do the magic..haha~ tapi lama tak buat, dah karat kot..huhu~

  3. Tanpa Nama berkata...

    huh? i thought dah lama posting. i told you i can know if something happen. ada instinct hahaha.

    oven? sure can..
    ingredients..?? sure can..

    ala. maybe a little rustic je. ape lagi, pegi la asahkan skill. you better do it fast before t.a.t.a or so'od pulak yang request mahu pizza. hahaha. (then you'll be in trouble dude.. hahaha)

  4. ..::hamakakun::.. berkata...

    women instinct yang kuat..dah nampak sifat ke'ibu'an tu..haha~

    haha,u buleh habiskan ke 8 piece pizza sorang? pizza i buat biasanya besar..masak sekali dah kenyang..XD

  5. Tanpa Nama berkata...

    8 pieces? gosh!

    err.. t.a.t.a, i need help.

    huhuhu.

  6. ..::hamakakun::.. berkata...

    makan..makan..hahahaha..
    *buat tanduk*

  7. Tanpa Nama berkata...

    stakat 6 keping tu aku anta pian je..hahaha

  8. Tanpa Nama berkata...

    edit..silap 8 keping..hoho

  9. ..::hamakakun::.. berkata...

    tanpa nama>>haha, pian 2 pan pun dia buleh makan..lagi2 kim..kuikui..
    m..let me guess..mary?

  10. ..::hamakakun::.. berkata...

    sori ar kalau salah teka..main hentam je..haha..

  11. Tanpa Nama berkata...

    alahai,selalu ketinggalan jamban nk komen2. hahaha

    oh,no wonder la awak pandai buat pizza.. penah keja kat fastfood rupanya~

    psst,where's my pizza? ;)

  12. Tanpa Nama berkata...

    delivery boy berdarah...mcm ngeri je nak order delivery

  13. ..::hamakakun::.. berkata...

    pizzalover?>>terbau pizza di sini?haha..
    nak pizza?, sila beratur..hehe..

    lydiarayyan>>balik terus pastu..kawan tolong deliverkan..huhu~
    mesti seram kalau datang berdarah2 baju koyak2..macam zombie..graw!

  14. Tanpa Nama berkata...

    alaa.. kena beratur ke? tapi saya dah lapar ni. uhuk!

  15. Tanpa Nama berkata...

    eh,delete komen atas tu. salah URL la.tq

  16. ..::hamakakun::.. berkata...

    pizzalover>>delete satu jer,blh? terliur pizza sampai posting 2 kali n salah url..haha~
    mi kari tomyam pun tak rasa lagi..=D

  17. Tanpa Nama berkata...

    bukan terposting 2 kali.. masa post tu br pasan salah taip URL. try edit masa dh klik submit tp tk sangka kuar dua2 komen. hehe

    haaa.. mee kari tomyam! baru teringat. so,bila mau blanje? =p

  18. pandagumuk. berkata...

    bayangan die punye eksiden mcm da teruk gile2 je.skali leh lak esok smbung kerja.

    kerja kat kedai fast fud besh kan.tp yg paling x besh bile die potong hours la.mcm siot je tgk gaji ciput.haha.

  19. ..::hamakakun::.. berkata...

    ixora>>Yeke, takpe dah delete..
    datang la tengok2 um..mi kari tomyam sentiasa menunggu..ngehehe..

    pandagumuk>>memang teruk..visor pecah habis..helmet langgar boot kereta, kemek..motor, sedih kalu tengok..huhu~
    nasib the concussion tak kuat..syukur~
    supposely dapat mc, tapi duit nyer pasal..rugi kalau cuti..hehe~

    Itulah, kita kerja keras. orang lain pulak tak puas hati..patutnya dia pun kerja la keras sama..

  20. pandagumuk. berkata...

    uiks.teruk2.duet punye pasal sanggup die g kije.ish3.

  21. Tanpa Nama berkata...

    mana-mana kerja pun sama.. asalkan halal dan berkat.. :)

  22. ..::hamakakun::.. berkata...

    pandagumuk>>biasalah, nak bagi makan anak2..kuikui tapi the money dah habis buat bayar hutang UM..huhu~

    pija>>call u pija leh?easier..XD yup, tapi tak semua berfikiran begitu..boleh nampak kalau orang pandang rendah bila kita buat kerja..hm..

  23. Tanpa Nama berkata...

    Alhamdulillah, idup lagi enche hamakakun yang comel itu, kalo tidak tak dapat la visit your blog ni.

    Er...Kenapa kisah hidup kita macam sama? Dulu Mr Ah Fa keje fast food gak, keje delivery sume...

    Berusahalah hamakakun ituuuu!

  24. ..::hamakakun::.. berkata...

    mr ah fa>>itulah..syukur sangat..
    iyer ke, mmg jadi apprentice mr ah fa la gini..get a doctrine and go aussie..*swoosh* tapi tak ada yang temankan seperti puan dy yang feewit itu..huhu~

  25. Tanpa Nama berkata...

    Alhamdulillah tiada apa berlaku pd hamka, kalau tidak takde sape la nak rindu kat saya.. hahahah..

    but really bersyukur anda tiada apa. sy boleh bayangkan perasaan anda masa accident tu. sy pun pernah alami nya, and after that setiap kali berada di jalan raya, i feel so fragile! kena selalu berhati². dan mulut serta dlm hati tak berhenti² terkumat² surah dan bacaan yg patut utk lindungi diri sepjg perjlnan.

    sangat takut perkara itu berulang kembali.

  26. Tanpa Nama berkata...

    hamkaaa... anda rindu saya kan? hehehhe
    bila nak blanja pitza? hahahah lapo nih!!

    AyUmi tolong la pujuk hamka... dia buat dek je tu.. huhuh