Bakal : mertua
*entri ini agak panjang*
Orang dulu suka merewang kalau buat majlis perkahwinan, meriah yang amat. Makcik-makcik di dapur memotong sayur, bawang, kentang dan membasuh ayam, daging. Pakcik-pakcik di pangkin, memasak berkawah-kawah cukup untuk beri makan satu kampung dan cukup untuk berkat dibawa pulang. Sekali majlis kahwin, tahan dekat dua, tiga hari majlis berjalan. Lagi banyak duit hulur dapat. =)
Aktiviti utama aku dan sepupu, merasa lauk yang telah siap dimasak sambil mendengar cerita pakcik2 di pangkin. Orang lama, banyaklah ceritanya. Masing-masing buka cerita pengalaman diri. Ada cerita hantu, cerita alam ghaib, cerita malam pertama *blush* (mereka terlupa, aku yang suci ada di situ..). Antara yang paling aku minat ialah pertama kali jumpa mertua.
Disuruh jadi imam, ada yang disuruh ketuai tahlil di surau. Kalau aku, menggigil jugalah walaupun tahu. Paling kelakar dikejar parang, disangka perompak, nasib tak kena tetak. Bukan apa, orang dulu-dulu amat protective terhadap anak perempuan mereka. Tujuannya, hendakkan yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga.
~rewang = gotong royong kenduri, pangkin = pondok kecil dibina untuk kenduri.

***
*Minta maaf sahabatku, hanya berkongsi ceritamu untuk membuka mata*
Hari ini dah cukup dua tahun kita bersama, susah senang kita masih berdua. Hari ini ada majlis di rumah si tersayang, masa yang sesuai untuk berjumpa keluarganya. Boleh bertegur sapa, beramah mesra. Dalam perjalanan diberitahu majlis ini sebenarnya untuk aku, khas untuk aku seorang. Aku mula cemas.
Rumah besar tersergam sebiji di atas bukit, gadis ini tidak pernah memberitahu latar belakang keluarganya. Tergamam aku. masuk ke halaman rumah terlihat kereta-kereta mewah, teratur di hadapan rumah. Siapakah empunya tuan semua kereta itu. Si gadis tersenyum, mempelawa masuk.
Semua adik beradiknya di dalam, duduk di meja panjang seperti cerita istana "King Arthur". Belum sempat mengenalkan diri dan bersalaman, aku disuruh duduk. Terus ditanya, "ada apa2 ucapan?". Masih terkejut, aku tak tahu nak dijawab apa dengan pertanyaan itu. Aku bukan perdana menteri, hendak dipanggil berucap. "Jika tak ada, saya mulakan..Kami orang2 Kelantan yang 'educated' tapi orthodox!". Orthodox...bermaksud tradisional, atau mengekalkan cara lama. Aku tahu maksud itu, tapi apa tujuan percakapan sebegitu.
Aku disoal seperti penjenayah yang ditangkap polis. Segala latar belakangku dikorek, diselidik, ditapis. Aku yang masih belajar diperkecilkan, dipersendakan. Kesemua adik-beradiknya seolah-olah membaling pisau, dengan soalan2 mereka. Si tersayang duduk di tepi tunduk, hormat? takut? Aku tak sedia untuk semua ini. Ayat terakhir, "kamu tak sesuai untuk keluarga ini, lihat diri kamu.."
Keluar dari pintu rumah, tanganku menggigil. Bukan takut, bukan sedih. Tapi marah, terkejut. Pertama kali aku dilayan sebegitu. Si tersayang meminta maaf, kerna tidak memberitahu terlebih awal tentang keluarganya. Sudah terlambat, maruahku tercalar. Sepanjang perjalanan aku fikirkan, sebelum memutuskan. Ya, aku tidak sesuai untuk dia, jadi biar aku mengundur..

~Cerita ini benar2 terjadi, dicerita oleh sahabatku. Alhamdulillah dia sudah jumpa pengganti..
***
***
35 comments :
org kaya kalau tak kerek...bukan org kaya lah orgnyer....hado~~~
sungguh kesian kawan awak itu. and the family acting so rude. tahu la kaya. riak karang Tuhan tarik balik baru padan muka.
oh. aku lupa. kata-kata aku masin. kalau tiba-tiba dia jatuh miskin jangan salahkan aku.
huhuhu~
pieja>>tak semua orang kaya gitu..kawan saya ada juga yang kaya, tapi pemurah yang amat. cuma yang ini saja..huhu~
AyUmi>>itulah, i pun tak tau nak nasihatkan dia apa masetu, diam je..tak sangka ada lagi orang gitu kat dunia ni..
isk menggunakan daulat u nampak..XD biarlah tuhan yang menilai mereka..
pieja??...kukun? ko salah reply ke hape?..uuuuu....kechik hati~~~~~~
lydiarayyan>>ops...silap2..tengah ngantuks *alasan*..haha~ sorie2..ank gula? huhuhu~
tidak!!tidak!! aku nak merajuk jugak!!!
tak men la geguler...
isk2.. sedih siot kene layan camtu..
bila famili dah campurtangan, susah la skit.. serba x kene jadinya.. apa tu org kata, diluah mati mak, ditelan mati bapak? (betul ke eh? kalau salah kang x pasal2 aku jadi geng pat plak.. ekeke..)
aku pernah rasa penangan famili berkuasa veto ni.. apa lg, gostan lorrr..
lydiarayyan>>huhu~ taknak gule2 ke..m..jajan nak?jajan ngan gegula? takkan nak luku cam AyUmi gak..*tadah kepala*.. XD
so'od>>haha, butul la tu..
mesti ko sedih..tapi kalau tak boleh nak bermesra dengan famili dia susah gak nanti..gostan sebelum kena clamp.. XD
bile kamu bercinta,kenelah bercinte dgn seluruh keluarganye kan?
pandagumuk>>itulah yang sebaiknya..melafaz cinta memang mudah, menghayatinya pula adalah satu perkara yang berbeza..
erm....
owhh.. kata-kata hamka pada panda sungguh menusuk ke hati ku ini..
huhuhu (kena rejek 5 kali huhuhu)
(hahaha. menang rekod dr hamka. yes!)
mcm ape je famili tu. sy harap sy takkan jumpa org cmtu nnt. baik kawin ngn anak pak mat ujung kg.at least dh tau latar blkg dh. huhuhu
mary>>hurmm..
AyUmi>>jangan sampai berdarah..susah nak baik nanti..
shh..cerita kena reject jangan crita..jatuh saham nanti..haha~
ixora>>haha,pak mat tu ada anak perempuan tak?*blush*
lain orang lain ragamnya..
Hmm..ciannya kawan itu, takpela. Things happen for a reason. Adalah hikmahnya. Bagusla dia da ada pengganti:)
abg aku kate.to build love easy.nak maintain..phew~
Haha.. Kot ye pun rindu aku.. tak payahla sampai salah2 nama.. hahahahaah lagi sekalikkk..
Ape daaaaa.. Nama terang2 lydiarayyan, ko belasah jadi Pieja ape kess?? Itu petanda jelas ko kena tambah power spek mata tahu tak?? haha
ok, ni baru betul komen daripada aku:
Rasanya keluarga tu bukan tgk pada status sosioekonomi kawan awak tu.. but lebih kepada perawakan dan latar belakang agama.. n may be jugak dia nilai dari segi kematangan.. kalau keluarga perempuan tu mementingkan 'status', rasanya dari awal lagi dia takkan dibawa balik oleh perempuan tu.. Coz Im a woman too.. Aku sendiri tahu apa yang parents aku pandang pada seorang lelaki yang nak dijadikan menantu.. Aku juga faham dan tahu jenis lelaki macam mana yang boleh masuk dalam keluarga aku.. yang aku yakin abah aku boleh terus 'berkenan' time kali pertama berjumpa..
So, dalam kes ni.. pompuan tu tentu tahu yang parents dia tidak memilih status, so dia berani bawa ke rumah untuk kenalkan.. tp of course ada hal2 lain yang turut dijadikan pertimbangan.. n mungkin kawan kau fail dalam hal-hal itu... x semestinya sebab status.. :)
paling penting, aku percaya penilaian parents perempuan itu terhadap kawan kau tidak semestinya menunjukkan bahawa kawan kau tu TAK OKAY cuma mungkin TIDAK SERASI dengan anaknya sebab parents biasanya lebih faham dan tahu jenis orang bagaimana yang boleh serasi selamanya dengan anak yang mereka dah pelihara sejak kecil.. yang mereka benar2 kenal dan faham sikap baik dan buruknya..
SEMUA Ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak mereka kan? :)
So yeahh.. Alhamdulillah kawan kau dah berjumpa dengan wanita sebenar yang selayaknya untuk dia.. Baguslah.. Moga berkekalan.. :)
liyana>>cian dia kan..penggantinya jauh lagi baik pulak tu..jeles2..haha~
pandagumuk>>betullah apa yang dikatakan dia..
sebab itu perlu menghayati cinta itu, maksudnya, isinya dan peritnya..barulah kita boleh menerima cinta itu lebih dari hanya sebuah kata lafaz dan isian jiwa.
panjangnya komen kamu pieja>>aku bukan sengaja tersalah..huhu~ sebab aku tengah komen blog ko masetu..huhu~ SORI lagi skali lydiarayyan..ampun~
membe aku tu memang agak sengal2 sikit. Dia pun lambat sedar *macam aku* menyebabkan extend belajar. Tapi itu tak bermaksud dia tiada perasaan.
Orang melayu sepatutnya penuh dengan sopan santun dan beralas dalam kata2. Tidak orthodox lah gitu kalau meng'kondem'kan budak undergrad terlajak macam kami ini.
parents dia takde masetu, juz adik beradik. salah satu kata2 yang membe aku crita "nasib parents kami tak ada, pergi aussie. kalau tak mesti lagi teruk kamu kena". apakah maksud itu??
betul,mereka tak pandang status. tapi pandang rendah terhadap orang. itu je yang buat aku marah. Kalau iye tak sesuai, cakap la baik2. beralas. nasib mmbe aku tak bakar rumah tu..=p
aku pulak dah komen lagi panjang..huhu~ moga kekal, amin~! kalu tak kekal mesti dia datang jumpa aku, crita..haha~
owh.. cam tu ke.. hmmm.. memang tak betullah cara tu.. kita orang Melayu ada cara dan adab untuk menyampaikan sesuatu.. Aku rasa keadaan mungkin berbeza kalau parents perempuan tu ada. Budak2.. tahu je la.. akal tak panjang lagi.. mudah rasa tinggi diri.. tp tak semua.. ramai je anak orang kaya yang humble..:)
K. kalau ada update ttg kawan kau tu, citerla lagi.. hahahaha.. macam mami jarum pulakkk.. hihi~
Kalau aku jadi bapak diorang, aku pelangkung sorang2..kuikui~
rasanya die bahagia kot tu..tak masuk blog aku lagi..jangan la dia masuk, mesti dia datang hentam aku kat bilik..haha~
ish..takut aku bila baca entri kau nih...susah gak kalau keluarga tak restu ni kan...
fairuz : don't worry sayang. family i suke you.
keh.keh.keh.keh.keh.. (!!!)
erk...mcm bagus je...
anak die dapat org yg bukan2 baru tau~huhu
AyUmi...!! ehem! ehem!
ka: masih ada lagi ke family camtu kat dunia zaman skang ni? kesian kawan ka tu kan. alhamdulillah dah jumpa pengganti, mesti mereka sepadan.
biasa nya org yg begitu bila jumpa penggantinya dia akan lebih menghargai pasangan nya.. huhuh
harap² nya cam tu la..
hamba panggil ka,
AyUmi panggil kaka
siapa panggil kakaka,
owh btw ka,
org zaman skang masih lagi merewang ya bila ada kenduri² ni.
mak saya selalu dipanggil utk memasak kat kenduri² sebegitu..
mak saya terror masak
anak mak saya kurang terror masak.. huhuh~
T.a.t.a: hmm. tu la kan.. mak saya pun pandai masak.. anak dia.. err.. i mean.. anak kedua dia.. hmmm.. no komen.. hee~
fairuzmokti>>nak tackle perempuan satu hal, nak tackle family dia satu hal lagi. Kita ni banyak kena lengkapkan diri..huhu~
AyUmi>>betul tu, dun wurry bro family i suka u jugak...
huahuahuahua~
f~>>kalau interview macam tu, rasanya yang terbaik sahaja terpilih kot..XD
tata>>tak sangka ada lagi orang begitu kan?
kakaka dh macam gelak pulak..
kakakakakaka~
lagi tata>>tapi dah tak banyak macam dulu, orang sekarang suka catering, pantas dan mudah. kalu majlis saya, saya nak buat rewang..panggil satu kampong, weee~
tata n pieja>>air tangan masak seorang isteri adalah pengasih buat suami. makin dia makan, makin sayang..hehehe~
*tapi diserta doa =)*
macam pernah dengar cerita ni..tapi di mana ya? agak2nya...cerita yang sama boleh berlaku tak dengan orang yang berlainan?
once i had a friend yang ada masalah macam ni jugak - but the family wasn't acted rude, just nampak la they don't like the girl. i told this girl, if you really like the guy and you think he's your soulmate, and you think you willing to bear living with him and his family then try to accept his family yang kaya tu. but if you think you will suffer in future, then beralah la. maybe it's the best before you suffer mana la tahu kan..
but for me, kalau the family tak suka and treating you like shit, by beza-bezakan ur level - the guy may treats me well, tapi in future you have to face his family for the rest of your life. sorry to say. cinta separuh mati pun saya tak rela. bubye then~
(love is all about accepting. not by the guy/girl but the rest of the family as well)
oh by the way, it's not good membeza-beza level manusia. semua sama je. kalau calar tangan semua darah warna merah. takde beza. huhuhu.. tapi kalau warna putih.. waa..waa..waa.. jangan sumpah i tujuh keturunan you... hahaha..
Si manis 17>>terharu dengar u berhujah dan berkata2..uhuk uhuk..
m, betul tu..the partner family is as important our partner..kena tackle and ambil hati both.
u kan ada daulat u sendiri, lawan la..mahsuri..=P
ello... 1st time here, tumpang lalu nak bg komen...
sedihnya baca citer tuh... kesian your kawan... diorg tak patut treat tetamu macam tuh!! sungguh jahat!!
buzzybug>>silalah, makanan dan minuman belah sana ya..XD
mungkin mereka overprotective sangat..at least mereka menjadikan kawan saya itu lebih kuat dan bersedia..haha~
bagus2... sgt tabah kawan awak itu... hehehe...
Catat Ulasan