~along masih tersenyum.
Hampir sebulan bermimpi arwah along selepas pemergiannya. kadang2 dengan dialog tapi tidak dibalas. Kadang2 tak terkeluar suara, Hanya mampu melihat. yang penting, sentiasa dia tersenyum.
"ka, bangun. dah subuh. siap pergi sekolah"
~dengan mata yang kuyu, ke bilik air.
Ringkas dialog antara kami. Tak kutahu ini perbualan kami yang terakhir. kalau ku tahu, aku peluk beliau erat2, aku tak bagi beliau pergi kerja. Biar kami berbual sehari suntuk. Biarpun dapat dilambatkan sehari, aku bersyukur.
"Pukul berapa ni, along tak balik2 lagi" ibu mula risau.
~Aku faham sangat along, mesti lepak dengan kawan2..duduk rumah terkongkong..
"Assalamualaikum makcik, Abu eksiden. Kami jumpa terbaring tepi pokok tadi"
Ibuku tabah, air mata menitis terus mencapai tudung, bergesa mengejut tidur petang ayahku. Terus pergi, meninggalkan aku tertanya. Angah sudah teresak-esak dengan kain lipatan menjadi kain basahan. Aku terdiam, difikiranku segalanya biasa.
"Cakap dengan adik-adik, ibu dan ayah teman along di ICU, jangan lupa doakan along"
~Jam detik 12. Angah tak sedap hati, beriya minta mereka pulang. Angah nak ikut!
"kaka, nak ikut angah?"
~Pelawa angah ditolak. Aku ada ujian esok, balik sekolah nanti boleh pergi.
"Aah, Along kuat! musuh berpuluh, dia boleh urus. inikan pula eksiden, benda kecil."
~Begitu naif fikiranku.
Pagi subuhku dikejutkan oleh deringan telefon. Ibu dan Ayah masih di wad rupanya. Aku bersiap mandi, aku kejut adik-adikku yang lain. Saat kakiku menyarungkan kasut, telefon berdering, disambut oleh angah.
"Angah, along baru meninggal.."
~Kata ibuku yang seringkas itu membuat angah terduduk seperti hendak meraung.
"ka, tak payah pergi sekolah. Kita tengok along. Along dah meninggal. Along dah tiada!"
~Aku terkedu, sebak. Tapi aku tahan. Mengarut! Doktor silap! Along masih hidup!
"betul ke angah? along ok la tu..nanti kaka balik sekolah kita pergi tengok sama2 k?"
~Aku terus ke sekolah..
Realiti mana boleh diubah. 6hb julai 2000, satu-satunya abangku telah tiada. Orang yang paling aku sayangi dalam adik beradikku. Dua minggu selepas ulangtahun kelahirannya ke 18. Inikah hadiah hari lahirnya? Sedih tiap kali memikirkan. Sedalam mana sayangku padanya, ternyata tuhan terlebih lagi menyayanginya. Aku redha.
~kaka, ka = aku.~Sedekahkan alfatihah kepada allahyarham Abu Luqman bin Kamaruddin, semoga beliau sentiasa dicucuri rahmat dan berdiri di kalangan orang yang beriman. amin.
~satu rindu yang amat untuk abangku.