Rabu, April 30

mahu : muka petak

*entri ini amat mengarut*

Ahmad : Sayang, kenapa muka kamu masam.
Sayang : Saya idamkan lelaki bermuka petak, tapi muka kamu bulat.
Ahmad : Muka bulat i kan kiut. *buat muka comel*
Sayang : Takmo, saya nak muka petak juga. Kalau awak sayang saya, petakkan muka!!
Ahmad : Apakah?..

Jika anda pernah menghadapi situasi di atas, ada beberapa cara untuk menyelesaikannya.


  • Hapuskan kesemua barang anda yang tidak petak.


Contoh barangan petak VS tidak petak

  • Makan makanan yang berbentuk petak.


Telur letak kicap..mashuk

  • Lihat permandangan yang petak.


Luangkan masa 20 minit di sini

Dengan berkat usaha anda itu, mungkin anda akan berjaya. Selamat mencuba~ !!

~Terimalah apa yang diberi seadanya

***

*Terjumpa gambar ini semasa selongkar fail2 dalam pc*


Muka kami bulat

~Siapa dapat teka gambar siapa ini.

Ahad, April 27

Bakal : mertua

*entri ini agak panjang*

Orang dulu suka merewang kalau buat majlis perkahwinan, meriah yang amat. Makcik-makcik di dapur memotong sayur, bawang, kentang dan membasuh ayam, daging. Pakcik-pakcik di pangkin, memasak berkawah-kawah cukup untuk beri makan satu kampung dan cukup untuk berkat dibawa pulang. Sekali majlis kahwin, tahan dekat dua, tiga hari majlis berjalan. Lagi banyak duit hulur dapat. =)

Aktiviti utama aku dan sepupu, merasa lauk yang telah siap dimasak sambil mendengar cerita pakcik2 di pangkin. Orang lama, banyaklah ceritanya. Masing-masing buka cerita pengalaman diri. Ada cerita hantu, cerita alam ghaib, cerita malam pertama *blush* (mereka terlupa, aku yang suci ada di situ..). Antara yang paling aku minat ialah pertama kali jumpa mertua.

Disuruh jadi imam, ada yang disuruh ketuai tahlil di surau. Kalau aku, menggigil jugalah walaupun tahu. Paling kelakar dikejar parang, disangka perompak, nasib tak kena tetak. Bukan apa, orang dulu-dulu amat protective terhadap anak perempuan mereka. Tujuannya, hendakkan yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga.

~rewang = gotong royong kenduri, pangkin = pondok kecil dibina untuk kenduri.

***

*Minta maaf sahabatku, hanya berkongsi ceritamu untuk membuka mata*

Hari ini dah cukup dua tahun kita bersama, susah senang kita masih berdua. Hari ini ada majlis di rumah si tersayang, masa yang sesuai untuk berjumpa keluarganya. Boleh bertegur sapa, beramah mesra. Dalam perjalanan diberitahu majlis ini sebenarnya untuk aku, khas untuk aku seorang. Aku mula cemas.

Rumah besar tersergam sebiji di atas bukit, gadis ini tidak pernah memberitahu latar belakang keluarganya. Tergamam aku. masuk ke halaman rumah terlihat kereta-kereta mewah, teratur di hadapan rumah. Siapakah empunya tuan semua kereta itu. Si gadis tersenyum, mempelawa masuk.

Semua adik beradiknya di dalam, duduk di meja panjang seperti cerita istana "King Arthur". Belum sempat mengenalkan diri dan bersalaman, aku disuruh duduk. Terus ditanya, "ada apa2 ucapan?". Masih terkejut, aku tak tahu nak dijawab apa dengan pertanyaan itu. Aku bukan perdana menteri, hendak dipanggil berucap. "Jika tak ada, saya mulakan..Kami orang2 Kelantan yang 'educated' tapi orthodox!". Orthodox...bermaksud tradisional, atau mengekalkan cara lama. Aku tahu maksud itu, tapi apa tujuan percakapan sebegitu.

Aku disoal seperti penjenayah yang ditangkap polis. Segala latar belakangku dikorek, diselidik, ditapis. Aku yang masih belajar diperkecilkan, dipersendakan. Kesemua adik-beradiknya seolah-olah membaling pisau, dengan soalan2 mereka. Si tersayang duduk di tepi tunduk, hormat? takut? Aku tak sedia untuk semua ini. Ayat terakhir, "kamu tak sesuai untuk keluarga ini, lihat diri kamu.."

Keluar dari pintu rumah, tanganku menggigil. Bukan takut, bukan sedih. Tapi marah, terkejut. Pertama kali aku dilayan sebegitu. Si tersayang meminta maaf, kerna tidak memberitahu terlebih awal tentang keluarganya. Sudah terlambat, maruahku tercalar. Sepanjang perjalanan aku fikirkan, sebelum memutuskan. Ya, aku tidak sesuai untuk dia, jadi biar aku mengundur..

~Cerita ini benar2 terjadi, dicerita oleh sahabatku. Alhamdulillah dia sudah jumpa pengganti..

***

Sabtu, April 26

Tongkeng : lipas

Sedang tengok perlawanan bola, komantator itu bersuara "ya, dia berlari ligat seperti lipas kudung!". Tiba-tiba seorang kawanku bertanya soalan yang agak pelik.

pat : Laju ke lari kalau makan lipas kudung.
aku : ha? makan? *gilo apo*
pat : lipas kudung bukan makanan ke? boleh makan.
aku : er..ha'ah, lipas kudung boleh makan. Lari laju macam cheetah nanti. *saja buat lawak*
pat : itulah kawan aku ada cakap gitu jugak.
aku : . . . . *dia serius tak tahu rupanya*

Pertama kali hidup aku, jumpa orang tak tahu lipas kudung. tak tahu aku patut gelakkan atau kesiankan. Aku gelak hahaha~

~lipas kudung : lari laju

***

Semasa barbekiu yang lepas, aku dan kawan2 peram ayam nak bakar esok. Aku suruh kawanku yang basuh ayam supaya buang tongkeng ayam. Kotor kalau tak basuh betul2 dan aku taknak ambil risiko meracunkan 30 orang budak. Orang yang sama bersuara.

pat : tongkeng ayam bahagian yang mana?
aku : er..bahagian bahu..dekat bawah ketiak dia.. *soalan apa kau tanya ini*
pat : kena buang ke? tak tau pulak aku.
aku : . . . . *nasib bukan kau yang basuh ayam*

Kawan2 lain dah gelak besar. Aku kesian tapi simpan dulu. Aku guling2 gelak hahaha~

~tongkeng ayam : buntut ayam..*aku tak tahu bahasa yang lagi sesuai*

***

~Sejahat2 aku, aku beritahu dia lepas aku gelak.
~tak berniat menyinggung sesiapa, cuma aku suka kenakan orang. Minta maaf kawanku, hiburkan daku selalu..hehe~

Khamis, April 24

lala : kerja ep.2 pt.1

"Pergi mana tu ka?" tak sempat aku nak keluar ayah dah panggil. "Keluar dengan kawan, cari kerja cuti ni" kawanku sudah menunggu di luar. Dia dah janji nak teman aku cari kerja sambilan cuti ni. Sementara menunggu panggilan universiti, baik isikan masa berkerja. Dapat juga 'income' lebih. "kerja dengan ayah nak?" Hatiku tergelak, lawak apakah ini. Jadi tukang kebun di sekolah ke? Tapi ayahku tak pernah melawak dengan aku, jadi ini serius. "Ayah ada borang nak daftar jadi guru sandaran. Sekolah ayah ada guru yang bersalin, memang nak pakai guru sandaran, ikut ayah datang pejabat esok kalau nak". Sedang aku mempertimbangkan, kawanku misscall, tanda lama menunggu.

***

Masa: Cuti panjang selepas matrikulasi
Pekerjaan: Guru sandaran, Sek. Keb. Sri Amar Johor Bahru

Nakal betul budak2 sekolah sekarang. Makin dilarang, makin rakus dia buat. Awal-awal lagi ayahku dah larang, "jangan pukul atau denda yang tak ada kaitan dengan pelajaran. Polisi kementerian pelajaran yang baru." bermakna, tiada rotan, pukul, atau denda berdiri atas kerusi, kutip sampah dan sebagainya. Nak denda, cuma boleh bagi kerja rumah lebih. Patutlah semua tunjuk belang, tak dapat nak jadi GTO di sekolah.

Cikgu2 lama di sini cerita dengan aku, ibu bapa kalau anak mereka kena pukul dengan cikgu, kecoh satu kampung. Mak bapak datang sekolah bawak parang, mengadu dekat berita, dekat surat khabar. Cikgu pula di'cop' jahat. Tak tahu anak mereka yang dikata 'baik' di rumah itu, pe'nakal' no.1 di sekolah. Sampai cikgu pun 'fobia' nak mengajar, sentuh anak murid. Dulu aku kalau mengadu dekat mak bapak kena pukul, mereka kata "bagus, cikgu menjalankan tanggungjawab". Kena tambah lagi 'ubat' lepas tu pun ada. Jadi kalau kena marah atau pukul dengan cikgu, faham2 sendiri, diam2.

Hampir semua subjek aku ajar. Yang mana memerlukan guru ganti, di situlah aku berada. Paling seronok ajar sains, sebab budak2 tak tau apa. "ooowh..." itu saja jawapan dia. Kita tipu pun dia "oowh..". Tapi aku tak jahat, aku ajar betul2, amanah. lagi seronok ajar pendidikan jasmani, campak satu bola, mainlah mereka. Boleh join sekali. perempuan bagi bola tampar atau bola jaring. Tapi selepas tu aku dimarah, "tak boleh begitu, perlu buat aktiviti bersama mereka, buatkan ala2 sukaneka" Lompat hoop, baling bola dalam hoop, baling hoop dalam skittle. bosan..

Satu hari aku ganti seorang guru agama, nak gelak aku bila budak2 panggil 'ustaz'. Tapi senyum saja. Berpeluh2 aku tulis jawi di papan hitam, sekolah agama dulu tulisan jawi dikategori yang paling buruk dalam kelas. Seorang budak tegur semasa aku menulis di papan hitam, "tulisan jawi cikgu kelakarlah. tajam-tajam". Selamba aku jawab "ini style" Satu kelas gelak, berjaya aku meng'cover' diri sendiri. Semasa hantar buku, aku tengok masing2 tiru tulisan jawi aku, tajam2. Aku patut rasa bersalah atau bangga? T_T




~minta maaf anak muridku...

Isnin, April 21

Pasti : mahu

*dimana kamu tata*

5 tahun sekolah 'all boys' menjadikan aku seorang 'gay' ( happy) yang berjaya. Kejutan budaya seketika sewaktu di asasi sains. kiri, kanan, ramai bukan main hawa-hawa. Bagaimanakah hendak berkomunikasi dengan mereka, bagaimanakah pemikiran mereka, sehingga sekarang masih misteri.

Hari pertama sudah kelihatan kumbang2 berterbangan mencari bunga. Sudah ada pun yang menjadi balangkas, 'casanova' sejati. Tapi aku dilahir pemalu, tengok dari jauh sahaja. Kaji dahulu sebelum mendekati, takut disengat. Aku takut akan kaum hawa. ini cerita betul.. XD

Kegilaan budak2 pada zaman ini adalah bermain 'miscall'. Macam jadi rutin harian miscall orang. Katanya bila misscall menunjukkan kita "rindu" padanya atau sebagai kata "hai!". Lagi pelik budaya 'bercakap tiga saat', kerana tak mahu kehilangan kredit. Sepelik2 aku kepada kaum hawa, yang ini aku lagi pelik.

Satu hari sedang aku sibuk belajar main gitar, terdengar cerita kawan-kawan meranking perempuan2 pasti : mahu di Asasi. Aku tumpang dengar, besarkan telinga :
tak ikut turutan, aku tak ingat..

  1. Shuhada a.k.a karat >> Rambut dye melampau..1st day dicop karat..
  2. Arab (lupa nama) >> Muka arabic, kaum sharipah
  3. Tiara >> Aku tak nampak apa2 yang special, tapi dia baik.
  4. Amira >> Muka mix europe, iras2 Avril Lavinge. *aku pernah date ngan dia*
  5. Jaja >> Muka iras Maya Karin.
  6. Dd >> er..dia punya tarikan berdasarkan namanya..*aku bukan pervert, aku dengar saja*
  7. Aimi >> tinggi ala2 model, mix chinese. *menang 'queen' dinner asasi*
  8. Kakchik >> dia kiut dan pendiam. *bangga kawan aku masuk ranking*

mungkin ada lagi, tapi aku lupa. Jadi datang kepada persoalan keduaku. Kenapa mereka menjadi tarikan, apakah definisi kecantikan?

~Mempelajari manusia lebih sukar dari matematik..
~minta maaf jika ada yang tersinggung...

Ahad, April 20

lala : kerja ep.1

*diinspirasi oleh tata*

Aku Impikan sesuatu, tapi dapat melihat dari belakang cermin sahaja. Bila masanya aku akan ada duit untuk membeli barang2 itu. Nak minta dengan orang tua tak sampai hati, aku tahu kewangan mereka. Aku akan kerja bila cukup umurku nanti. Berusaha dengan peluh sendiri, untuk diri sendiri. Boleh belikan sesuatu untuk ibu kalau ada duit lebih nanti.

~fikiran seorang budak hingusan, darjah 4

***

Masa : cuti selepas SPM
Pekerjaan : ViVo pizza, Johor Bahru

Pertama kali datang kerja dah lewat. Tapi manager memang baik dan pandai menaikkan semangat, "bekerja di 'fastfood' semua pun kena 'fast', barulah boleh bekerja di restoran 'fastfood'. Tiap-tiap hari manager akan masak pizza istimewa untuk staff (topping dan cheese yang amat tebal).

Pernah gajiku mencecah RM2000+ menyebabkan bulan seterusnya, manager suruh balik awal setiap kali dan diberi cuti. Hanya kerana staff lain 'mengadu' gaji 'parttime' aku lebih besar dari mereka yang 'fulltime', nak balancekan gaji katanya. Melayu...

Dari pemerhatian aku, ramai orang memandang rendah pekerjaan kami. Apa sangat seorang pekerja kedai makan. Tapi satu benda aku belajar, jangan cari pasal dengan kami yang membuat makanan. Kami berkuasa keatas makanan kamu. =)

Dari washer, waiter, kitchen, delivery, semua aku pernah buat. Manager kata semua orang patut belajar semua 'department'. Kalau waktu kritikal boleh bantu-membantu. Kerja delivery paling enjoy. Dapat jalan-jalan menyedut udara bandar, dapat komisyen dan tips lagi.

Satu hari sewaktu delivery aku sedang menunggang dengan kelajuan biasa seorang 'deliveryboy' dan terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kereta. Betul apa orang cakap, detik 'satu saat' sebelum langgar, semua perkara terimbas di dalam kepala. Bang! *gelap*

Bila sedar, tengok darah yang banyak amat. Aku cuba pastikan satu persatu, tangan boleh bergerak, kaki juga boleh. Alhamdulillah tak patah. Jalan terhoyong-hayang aku berjalan dan duduk di tepi jalan. Mana datang darah yang banyak ni, mulut aku..er bibir koyak..gigi! gigi aku patah..

Tengok semula helmet dan motor semasa kemalangan tu, aku bersyukur aku masih hidup.
esok hari aku sambung kerja dengan badan yang masih sakit dan gigi yang sopek.
lala : kerja

***
~Iklan tv itu tidak tipu, helmet boleh menyelamatkan nyawa.
~bawak kereta sila bagi signal dalam jarak tiga tiang lampu sebelum masuk simpang.

Khamis, April 17

Kepala : cendawan

Saat titik terakhir ditekan di papan kekunci, terasa amat puas dan lega. Pertarungan dengan masa telah dimenangi. Seminggu ditumpukan sepenuhnya pada tesis dan report. Walaupun Kemanisan kemenangan dirasai, aku turut hilang banyak benda di sekelilingku:

  • Scorpie kesayanganku mati kelaparan.
  • Bendalir badanku tidak stabil kerana tidur 2-3jam sehari.
  • Dicop anti-sosial oleh rakan-rakan
  • Dimarah cik AyUmi kerana tidak mengemaskini blog. T_T

Teringat kata-kata seorang sahabatku di sekolah dahulu.

>wah 100% for add math..miracle..what you do?
::No miracle la my friend. You want 100% also?
>of course la..
::Easy, make sacrifices..
>kill people??..like ritual?
::No la psyco..let go of things. Your play time, your eat time, your girlfriend time.
>no life la like that..
::Just for a moment only maa..after exam you will have all the time in the world. Unless you die the next day la..haha..
>im still good, you can go first..haha

Perbualan ini mengubah haluan hidupku dari penjual burger kepada seorang penuntut universiti. Cikgu matematik tambahanku sendiri tidak percaya, murid yang sentiasa gagal dalam matematik tambahan mendapat B3 dalam SPM. Apakah pengorbananku pada waktu itu? Agama Islamku C5....

***

ECOLOGY DIVERSITY AND BIOLOGY EXPLOITATION OF CAPPED FUNGI IN GUNUNG NUANG NATIONAL PARK, SELANGOR



Fig. 1: kebuk wasap yang diguna untuk inokulasi kulat (kiri)
Fig 2: Botol biru itu berisi alkhohol, guna pelita lagi jimat dari penunu bunsen (kanan)




Fig 3: Media PDA, NA, MEA dan CMA diguna untuk penkulturan kulat (kiri)
Fig 4: Mycena Austrororida dari Filum Basidiomycota (kanan)


***
~peperiksaan akhir menanti, bila pula nak pergi 'joli'...