lala : kerja ep.2 pt.1
"Pergi mana tu ka?" tak sempat aku nak keluar ayah dah panggil. "Keluar dengan kawan, cari kerja cuti ni" kawanku sudah menunggu di luar. Dia dah janji nak teman aku cari kerja sambilan cuti ni. Sementara menunggu panggilan universiti, baik isikan masa berkerja. Dapat juga 'income' lebih. "kerja dengan ayah nak?" Hatiku tergelak, lawak apakah ini. Jadi tukang kebun di sekolah ke? Tapi ayahku tak pernah melawak dengan aku, jadi ini serius. "Ayah ada borang nak daftar jadi guru sandaran. Sekolah ayah ada guru yang bersalin, memang nak pakai guru sandaran, ikut ayah datang pejabat esok kalau nak". Sedang aku mempertimbangkan, kawanku misscall, tanda lama menunggu.
***
Masa: Cuti panjang selepas matrikulasi
Pekerjaan: Guru sandaran, Sek. Keb. Sri Amar Johor Bahru

Nakal betul budak2 sekolah sekarang. Makin dilarang, makin rakus dia buat. Awal-awal lagi ayahku dah larang, "jangan pukul atau denda yang tak ada kaitan dengan pelajaran. Polisi kementerian pelajaran yang baru." bermakna, tiada rotan, pukul, atau denda berdiri atas kerusi, kutip sampah dan sebagainya. Nak denda, cuma boleh bagi kerja rumah lebih. Patutlah semua tunjuk belang, tak dapat nak jadi GTO di sekolah.
Cikgu2 lama di sini cerita dengan aku, ibu bapa kalau anak mereka kena pukul dengan cikgu, kecoh satu kampung. Mak bapak datang sekolah bawak parang, mengadu dekat berita, dekat surat khabar. Cikgu pula di'cop' jahat. Tak tahu anak mereka yang dikata 'baik' di rumah itu, pe'nakal' no.1 di sekolah. Sampai cikgu pun 'fobia' nak mengajar, sentuh anak murid. Dulu aku kalau mengadu dekat mak bapak kena pukul, mereka kata "bagus, cikgu menjalankan tanggungjawab". Kena tambah lagi 'ubat' lepas tu pun ada. Jadi kalau kena marah atau pukul dengan cikgu, faham2 sendiri, diam2.
Hampir semua subjek aku ajar. Yang mana memerlukan guru ganti, di situlah aku berada. Paling seronok ajar sains, sebab budak2 tak tau apa. "ooowh..." itu saja jawapan dia. Kita tipu pun dia "oowh..". Tapi aku tak jahat, aku ajar betul2, amanah. lagi seronok ajar pendidikan jasmani, campak satu bola, mainlah mereka. Boleh join sekali. perempuan bagi bola tampar atau bola jaring. Tapi selepas tu aku dimarah, "tak boleh begitu, perlu buat aktiviti bersama mereka, buatkan ala2 sukaneka" Lompat hoop, baling bola dalam hoop, baling hoop dalam skittle. bosan..
Satu hari aku ganti seorang guru agama, nak gelak aku bila budak2 panggil 'ustaz'. Tapi senyum saja. Berpeluh2 aku tulis jawi di papan hitam, sekolah agama dulu tulisan jawi dikategori yang paling buruk dalam kelas. Seorang budak tegur semasa aku menulis di papan hitam, "tulisan jawi cikgu kelakarlah. tajam-tajam". Selamba aku jawab "ini style" Satu kelas gelak, berjaya aku meng'cover' diri sendiri. Semasa hantar buku, aku tengok masing2 tiru tulisan jawi aku, tajam2. Aku patut rasa bersalah atau bangga? T_T