Beberapa hari ini aku gembira, tiada apa sebab, hanya semakin ceria.
Mungkin kerana rakan-rakan, mungkin cukup makan, tak tau nak terangkan.
Allah maha penyayang, kuhilang satu diberi seribu.
menutup lompong jiwa, sehingga tiada lagi luka.
Terima kasih kepadanya, yang esa, yang berkuasa.
Terima kasih kepada sahabatku.
Beberapa hari ini aku rasa amat merendah diri.
Terasa diri sekecil : semut api.
Semua orang telah berjaya, mengukir nama, menggerak dunia.
Tapi aku disini, baru hendak mengenal diri, 'nobody'.
Belajar pun taklah 'gaban', jauh sekali anugerah dekan, sendiri berasa segan.
Aku hanya biasa, tiada yang sempurna, tiada apa-apa.
Diri ini bukanlah tidak redha, bukannya mengadu domba.
Bukannya tiada keyakinan, tak mahu melawan.
Malah, aku jadikan ini sebagai bahan bakar, sebagai bahan lakar.
Semangat yang berapi, menghasilkan lukisan hidup yang penuh erti.
Membuktikan dunia, aku siapa, bukannya manusia biasa.
Nantikanlah dunia, nantikanlah semua.
beriring doaku kepadamu, engkau gerakkanlah aku.
berikanku kekuatan dan keyakinan.
Allah swt, tuhan sekalian alam.
Tapi aku masih sangsi, sanggupkah dia tunggu akan waktu yang nanti.
Yang masih lagi sebuah janji, bukan realiti.
Diri ini baru belajar berdiri, dia sudahpun berlari,
Aku masih disini, dia sudahpun pergi.
Aku, sekecil : semut api.
***
Sebesar2 scorpie rupanya takut semut. Kesian pulak tengok. Siramkan air sikit, baru semut2 tu lari. aku letak cengkerik 3 ekor, esok dah habis. Kuat betul makan. minggu depan baru bagi lagi ok scorpie. aku bukan buli, scorpion memang makan sekali seminggu.
Gaya menyerang lepas kena usik