Khamis, Oktober 23

Kelas akhir : terakhir

Kelas habis sudah, cuma menantikan peperiksaan akhir. Tugasan2 dan report masih terbengkalai, belum disentuh. Kalau ada pun hanya dua, tiga 'pages'. *hampeh*

Tapi aku tak sabar nak 'exam', biar habis semua. Baru tenang hati, terlepas satu tanggungan. 4 tahun setengah mengaji, baru nak khatam. Aku tak sabar nak berkerja!

Walaupun orang kata mengaji lagi seronok dari berkerja, tapi mengaji makan duit. Kerja? tambah duit dan aku akan rasa lebih tanggungjawab, konfiden, terurus dan berguna. Selama ni 'spender' pun parents belikan, sekarang masa aku pulak belikan 'spender' untuk diorang. Yang lebih bagus lagi hendaknya. Insyaallah~

~Kawan aku heboh2 satu internet nak beli kereta, Vios ke myVi. Macam kamu sorang jelah yang nak beli kereta kat Malaysia ni. =.=

~maybe im jealous. But WTH, you still sucks. ~show off..

Rabu, Julai 9

Kelas pertama : kali terakhir

Huargh~

Sekali lagi bermula hari aku terpaksa bangun pagi setiap hari. Nasib aku tak baling jam yang berbunyi lantang pagi buta tadi. Tapi bagus juga untuk perubahan, tak ada nak skip subuh. Tiap2 hari qada' Subuh, tak panjat2 la gitu. Qada' tak ditulis dalam Kalamullah Al-Quran. Rasul kita pun tak buat qada' ni. Qada' adalah sebagai tanda membayar balik apa yang kita tinggalkan, amalan itu diterima atau tidak, berserah kepada Allah. Lebih baik Qada' dari meninggalkan terus. *kalau salah tolong betulkan*

Selepas melarikan diri dari bantal, menyiram diri dengan air terjun yang sejuk, dan merempuh angin pagi yang sepoi2 bahasa, tiba aku di kelas. "Rimba Ilmu" terpampang di pintu gerbang. Pernah ada 'Junior' tanya, "kelas ni kita belajar kat hutan ke bang?". Nasib dia comel, kalau tak aku dah baling selipar 'Croc-Asadi' aku. Keliling tempat itu memang hutan, dan taman botani. Tapi ada juga bangunan 'admin' yang dalamnya ada kelas, makmal, etc.

Masuk kelas yang sejuk dengan penghawa dingin, aku tunggu hampir 20 minit. Sikit lagi mata aku nak terlelap, datang seorang 'bro' memberitahu kelas tak ada harini. Dengan hati yang panas, di pagi yang sejuk itu, aku memecut balik ke bilik, buat hasil nukilan ini dan aku mahu beradu semula. ~.~

Kelas pertama ku yang terakhir..

Isnin, Jun 2

Terima : kasih

Berbanyak terima kasih kepada saudara so'od dan saudari sindarella yang telah dengan murah hatinya menghadiahkan daku dengan hadiah yang amat 'best'. Mahu 'frame'kan macam tata, tapi nanti tak dapat nak guna pulak. hehe~

Hadiah saudari Sindarella masih tak di 'redeem' di pejabat pos. Dapat kad oren sebab tak ada orang di rumah semasa posmen menghantar posto. T.T


Hadiah : Novel, Kupon kepsi dan Kad Oren
(laptop itu bukan hadiah~)

***

Waktu aku kecil2 dahulu, ibu memang suka melukis. Banyak juga kerja rumah pendidikan seni aku ibu yang tolong lukiskan, aku warnakan. Selalu dapat A. Sampai tiba waktu, aku dah tak nak ibu lukis, aku nak lukis sendiri. Tapi sejak hari itu aku tak pernah dapat A untuk pendidikan seni. Tapi aku puas. Kenangan..

Balik dari camping, nak baing atas katil puas-puas. Di hutan tidur atas batu, atas tanah, sakit badan aku. Tambah dengan latihan dan 'grading' di sana, bertambah2 sait badan. Aku berjalan dengan badan yang sengal dan sakit.

Sebelah bilik aku ada sinki, dan sinki itu telah membuat aku tergelak. Comel sungguh notis itu. Otot-otot badan aku aktif kembali kerana ketawa, bertambah sakit badan.


Ah~ sinki itu


Sedih sungguh

Esoknya aku 'curious' dan pergi bertanyakan, siapa yang buat notis itu. "ibu yang tampal, sinki tu dah rosak, ashik tersumbat je!". Ibu aku yang buat rupanya. Ibu masih berbakat. Aku gelak lagi~

~sakitnya badan

Jumaat, Mei 30

Yang : asal

Segan silu aku, dah lama tak datang gelanggang, tiba2 saja datang pertauliahan. Sebelum ini sibuk dengan tesis dan report. Sibuk dengan urusan dunia. Satu2 guru menegur aku, bertanyakan khabar. Silap aku tak beritahu mereka, hanya Pak Ujang sahaja yang tahu keadaan aku. Tetap aku rasa bersalah. Tapi aku masih diterima, tetap dilayan mesra, tetap disayangi. "Hamka2, semua orang sayang awak, lepas ni rajin2 la turun geanggang ya". Aku amat bersyukur.

Gerak dah makin sumbang, bunga langkah pun lupa. Penangan tak turun gelanggang 6 bulan. Pak Uzai merangkap guru dan juga sahabat dari sekolah, hendak melihat aku membuka gerak. "halun" dengan doa kepada tuhan yang esa, aku bawa juga gerak aku. memang sumbang. Selesai sahaja, tegang semua otot. urut sendiri la gamaknya, kawan2 tak pandai urut. Malam itu tidur dengan amat nyenyak.

***

Setiap kali pertauliahan, selain seronok dapat berjumpa kawan2 dari gelanggang lain, aku paling menanti saat tazkirah dari Ustaz Wan, Guru Pendekar Utama PGSM. Membuat aku sedar akan tujuan sebenar manusia. Kembali kepada yang asal, berdiri di atas diri, mencapai makam khalifah. Jika diukur diri ini, amat kecil dan jauh sekali hendak mencapai ke tahap itu. Hendak berdiri di kalangan orang yang beriman kelak, sebaris dengan para malaikat, memegang panji Rasul Muhammad SAW.

Pertama kali aku solat taubat, dan pertama kali juga aku menangis di dalam doa. Ustaz yang dosanya tidaklah banyak mana jika dibanding aku, boleh menangis teresak2. Apa lagi diri aku ini. Bukan aku seorang saja, kawan2 aku yang muka ganas pun menangis. Selepas tamat semua aktiviti, duk melepak sambil mengeteh (minum teh) dan gelakkan kawan2 yang menangis tadi. Jatuh saham. XD

***

Pada waktu siang ada sukaneka untuk kanak2, yang besar pun boleh turut serta. Nama pun hari keluarga PGSM. Aku dah hilang 'power' main congkak, '1st roud' dah kalah. Lawan aku, budak darjah 6...Alasan kekalahan aku, "jari aku besar, tak muat nak masuk lubang congkak tu". 'Tensen' kalah main congkak, aku tengok budak lawan skipping. Berkain pelekat dengan kotak rokok di tangan, aku dipaksa melompat. *huhu~* tapi aku berjaya membuat 11 lompatan. *hebat*

Program berakhir dengan baik, aku bersyukur dapat pergi ke perkhemahan ini. Pengisiannya paling banyak berbanding yang sebelum ini. Walaupun tak dapat naik bengkung, aku puas. Alhamdulillah.

~aku dapat minyak urut yang aku idamkan..yay~!

Jumaat, Mei 23

Berlari : ke hutan

Stress aku tengok 'final match Champions League' haritu..

berakhir dengan kekecewaan..

Tayar kereta kawan aku pancit..

Pintu kereta tak boleh buka..

Tidur lewat dengan badan yang penat,

kepala yang berat dan hati yang...lumat?

Aku nak tenangkan fikiran, hendak balik ke alam semulajadi..

bosan aku dengan penat..

Berlari ke hutan, teriakku..

Jeram Gading ketemu aku di situ..

~ah~~ 3 hari menghirup udara segar hutan... ~.~

Rabu, Mei 21

Bila :bosan


Bosan Bored Aburrido Ennuyé Gelangweilt Annoiato



Verveeld Entediou Скучающий Uinteressert



被厌倦 ملول βαριεστημένος ऊबा हुआ



退屈した 지루하다 plictisit



znuděný dosađuje se



Bosan dong!



~kenapa?aku hanya amat bosan.

Isnin, Mei 19

Log : makan

*mungkin ini agak lambat, tetapi baru ada masa untuk meng'log'kan*

Cuti dah bermula! Kemana hendak pergi? kaki dah mula tak boleh duduk diam. Selama ini kaki kaku di kerusi, berjalan di dalam buku sahaja. Kali ini hendak aku berjalan di alam nyata. Sedang merancang, Sahabat dari Johor Bahru tiba di Kuala Lumpur. Hendak menjemput aku pulang sambil menguruskan urusan mereka di sini. "Aku culik ko, then kita jalan2 Malaysia". Langah kanan.

Tak ada pun satu Malaysia, hanya area KL. Pada mula nak singgah PD, Melaka mungkin, tapi menguruskan urusan di KL ini, masa tak mengizinkan. Tempat2 area KL, apa yang menarik? tak ada yang boleh di ulas, semua telah jelas. Bandar, Up Town, Down Town, Asian Heritage Row, Lorong Haji Taib *hehehe~*. Jadi, selain hiburan, apa lagi yang menjadi tarikan dan idaman orang2 Malaysia dan pelancong2 luar? Ya, Makanan!

***

Williams
SS26/8
Berdekatan dengan Lim Kok Wing, Petaling Jaya

Teringin merasa masakan di Hotel 5 Bintang dengan suasana warong? di sini adalah tempatnya. Suasana memang Malaysia, meja disusun berderet2 sepanjang2 jalan. Bunyi kuali dan bunyi bising peanggan berbual. Meriah! Taukenya juga amat peramah (dia pergi meja ke meja berbual dengan pelanggan!).

Tentang makanan, Williams tidak menyediakan menu. Minta sahaja apa yang dihajat di hati, pasti akan ditunaikan. Dari makanan Western hingga ke masakan Melayu. Pesanan untuk mereka yang ingin mencuba, jangan tamak. Tidak akan ada Complain nasi sikit, daging lokek, air tak cukup dan sebagainya. Semua hidangan yang dimasak (termasuk air) adalah dalam kadar yang banyak. Jumbo SIZE!

Aku makan Nasi Goreng Ayam Pandan dengan air Durian belanda ice Blended Laici. Sedap, amat sedap. Aku dah makan separuh, tapi tak habis. Aku minta dia bungkuskan selebihnya, dapat penuh satu polisterin. amat banyak.

Selain itu, makanan yang pasti cuba di sini ialah Spaghetti Meetballs (Bebola dagingnya amat BESAR!), Triple H (Sandwich Daging/Ayam sebanyak 5 tingkat!! diisi dengan pelbagai benda), Nasi Goreng Ketam (Bukan isi ketam, tapi ketam2 kecil digunakan), Set Western mereka menggabungkan 4 jenis daging/ayam (Daging burger, steak, sosej besar dan daging hancur) dengan Kentang putar yang banyak di tengah.

Kalau anda tak tahu nak makan apa, minta saja mereka (waiter) pilihkan, pasti puas hati. Oh, mereka ada menu istimewa setiap bulan. Jangan malu bertanya.


Kadar harga satu hidangan : RM15.00


~Aku sudah semakin gemuk..