Rabu, Julai 9

Kelas pertama : kali terakhir

Huargh~

Sekali lagi bermula hari aku terpaksa bangun pagi setiap hari. Nasib aku tak baling jam yang berbunyi lantang pagi buta tadi. Tapi bagus juga untuk perubahan, tak ada nak skip subuh. Tiap2 hari qada' Subuh, tak panjat2 la gitu. Qada' tak ditulis dalam Kalamullah Al-Quran. Rasul kita pun tak buat qada' ni. Qada' adalah sebagai tanda membayar balik apa yang kita tinggalkan, amalan itu diterima atau tidak, berserah kepada Allah. Lebih baik Qada' dari meninggalkan terus. *kalau salah tolong betulkan*

Selepas melarikan diri dari bantal, menyiram diri dengan air terjun yang sejuk, dan merempuh angin pagi yang sepoi2 bahasa, tiba aku di kelas. "Rimba Ilmu" terpampang di pintu gerbang. Pernah ada 'Junior' tanya, "kelas ni kita belajar kat hutan ke bang?". Nasib dia comel, kalau tak aku dah baling selipar 'Croc-Asadi' aku. Keliling tempat itu memang hutan, dan taman botani. Tapi ada juga bangunan 'admin' yang dalamnya ada kelas, makmal, etc.

Masuk kelas yang sejuk dengan penghawa dingin, aku tunggu hampir 20 minit. Sikit lagi mata aku nak terlelap, datang seorang 'bro' memberitahu kelas tak ada harini. Dengan hati yang panas, di pagi yang sejuk itu, aku memecut balik ke bilik, buat hasil nukilan ini dan aku mahu beradu semula. ~.~

Kelas pertama ku yang terakhir..

16 comments :

  1. _mmm_ berkata...

    haha..welcome backkkkkkk!!!!!!!!! btw aku dah bukak balik dah comment setting tu..hari tu aku godek2 pastu hilang plak bende tuh..sori [^-^]

  2. Tanpa Nama berkata...

    ehh dah sambung belajar balik dah??

  3. ..::hamakakun::.. berkata...

    gadis polka>>hehe~ welkam2..yeke, sama kes ngan aku dulu ar..haha..
    kk, nanti aku komen lg..

    AyUmi>>yup, 1st day of semester for the last time..XD
    hopefully ini sem yang terakhir..amin~
    gimana kamu tahu saya sudah update..?
    =.=

  4. t.a.t.a berkata...

    hai kaka. owhh saya paling tak suka kes mcm tu.

    pernah skali masa di koleh saya paksa abg saya hantar balik mlm tu jugak sebab esok pagi ada test. masa balik tu mmg dah tertulis yg kami akan accident dgn kereta lain. alhamdulillah tak de yg cedera. cuma bumper depan remuk teruk dan cuma poket abg saya je berlubang sbb kena byr kat org yg dilanggar. secara kebetulan langgar pak sarjan, so dia minta duit kopi la.

    dah tu esok nya tup² lecturer batalkan kelas. eee nak aje rasanya saya hayun buku tu kat muka dia yg konon nya comel la tu.. geram betul!

    apa pun benda dah berlaku, so sabar je la.

    p/s: kaka jgn lupa cd ya.. heheheh

  5. t.a.t.a berkata...

    *kolej
    bukan koleh...

    keyboard ni wat hal pulak!

  6. Tanpa Nama berkata...

    hahahaha...

    kau dan aku serupa...

    tapi aku 2nd day dah ade kuiz..boleh giler camni..mood tak sampai lagi, kuiz dah menunggu...

  7. Tanpa Nama berkata...

    kalo 1st week stat sem,sy mmg jarang gi klas..haha..gi fakulti utk amik mood je~

  8. ..::hamakakun::.. berkata...

    tata>>itu lagi sedey bunyiknya~ huhu..
    takpe2 dugaan tanda disayangi tu..XD

    owh cd itu..okie2, m..nak kne start gelodeh barang2 dalam kotak..
    tercampur2 ngan cd lain..hehe~

    zuriaf>>baru 2nd day dah ada kuiz?? mmg ko pelajar cemerlang r pasni..haha~

    cikf~>>hehe~itulah, biasanya minggu 2 baru start kelas ni..1st week utk register n test2 kelas..klu tak best, drop..XD

  9. Tanpa Nama berkata...

    oh hamka dah kembali!

    slamat study dgn rajinnya ye! kelas2 batal ni adatlah.. hehe..

  10. ..::hamakakun::.. berkata...

    selamat~
    perjalanan ke kelas yang batal itu boleh menambah masa untuk merehatkan diri di katail..haha~

  11. pandagumuk. berkata...

    jgn malas.sem baru azam baru.hahahha.poyo gile.

  12. Tanpa Nama berkata...

    hahaha, selamat belajar bro! Berusahalah!!!

  13. Tanpa Nama berkata...

    kukun?..kukun dah pulang?

  14. Tanpa Nama berkata...

    welcome back to school~ ekekeke

  15. Tanpa Nama berkata...

    hehe.. dugaan time study.. sabar jela ;-)

  16. shandye. berkata...

    assalamualaikum...
    di kala remang2 ramadhan mulai kelihatan...
    aku sebagai salah seorang hamba Allah yang sering sahaja datang menyinggah di blogmu ingin menyusun sepuluh jari kemaafan jikanya ada terbit khilaf dari tutur kataku, peri lakuku, mahupun apa jua yang terlintas...
    sama-samalah kita jayakan ramadhan ini...
    amin...