Jumaat, Februari 8

Mangkat : Dijulang

Tak sangka di hujung sebuah lorong kecil, melalui kampung2, tersergam sebuah istana yang megah. Tinggi di puncak bukit, Seluruh sungai johor dapat diperhatikan. Memang sesuai utuk dijadikan kubu pertahanan. Tak peliklah serangan Portugis berjaya dipatahkan berkali2 di sini. Walaupun kalah pada akhirnya, askar2 portugis yang bersenjata api ketar2 lutut menentang pahlawanan2 melayu yang hanya bersenjatakan tangan kosong.
Kampung keliling dinamakan "kampung makam". memang banyak makam keliling kampung. Batu nesan yang diukir dengan penuh teliti, diserikan lagi dengan kain kuning. Setiap makam nampak unik. Bersemadi di sebelah Kubu Johor Lama ialah Sultan Mahmud shah II. Lebih dikenali dengan gelaran "Sultan Mahmud Mangkat : Dijulang".

***

Diceritakan dalam Tuhfat al-Nafis, tahun 1699, lanun bermaharajalela. (Luffy waktu tu xlahir lagi). Mersing, Teluk Penyengat, Riau semua pun kne bedal. Jadi dititahkan olehnya Sultan Mahmud kepada Lasmananya, Megat Sri Rama (Laksmana Bentan) menghentikan lanun2 dari terus berkuasa.
Hati berat sekali hendak meninggalkan isteri yang tersayang. Risaunya bertambah2 mengetahui isterinya berbadan dua. Jika anak lelaki, diasah menjadi lawan yg digeruni, pemimpin yang disegani. Jika perempuan, diasuh menjadi wanita yang mengasihi, rebutan setiap lelaki.
Isteri mengidam, tiada si suami. apakan daya. Penghulu kampung kasihan melihat, diabaikan larangan, buah belimbing di taman diraja dipetik untuk Wan Anum. Biasalah kalau manusia, bila dah dengki, syaitan menguasai diri. Pembesar yang pernah direject oleh Wan Anum terus mengadukan. Di api2kan. Memfitnah Wan Anum mahu mencabar kedaulatan Sultan. Mana mungkin rakyat biasa mahu melawan daulat seorang sultan. Sedangkan pokok2 di laluan turut tunduk, tanda hormat.
Hukuman!! Melutut, merayu. Air mata bercucuran, memohon belas. Apa lagi yang boleh dibuat seorang wanita yang teraniaya. Bayi dikandungan lebih2 lagi dirisaukan. Nyawa yang suci dan tidak berdosa.
Hukuman!! Termakan hasutan syaitan, hilang peri kemanusiaan. Perut dibelah sebagai bukti kebenaran. Titah sultan siapa yang berani melawan? Kolam darah, kelihatan bayi kecil yang tidak berdosa sedang memengang cebisan belimbing. Kebesaran Allah swt.
Kebenaran ditentukan, sesal tiada gunanya. Rahsia disimpan, nyawa sebagai taruhan.
Pulang dengan kebanggaan, disambut dengan perkabungan. Suami mana yang tidak gila. Sultan tak sultan. Hutang nyawa dibayar nyawa. Dendam menjadi kesumat.
Sultan Mahmud mangkat : dijulang. Dalam perjalanan pulang dari solat jumaat. Ditikam Laksmana Bentan. Segala akibat tidak dihiraukan. Zaman dahulu, daulat bukan mainan. Sebelum nafas terakhir dihembuskan, sumpahan diturunkan. Keturunan Laksmana Bentan muntah darah jika kaki dijejak di tanah Kota Tinggi. Berterusan 7 keturunan.
Sultan Mahmud mangkat : dijulang

***

~Xtau leh ke tak amik gamba makam..tapi aku ade amik..nak post x??m...

8 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    bagus dh bleh komen pn..baru aku tau cite pasal sultan mahhmud mangkat di julang nih..dulu denga name je

  2. ..::hamakakun::.. berkata...

    huhu..penat aku mencarik camne nak onkan comment..
    Kisah ni leh jadikkan teladan..
    1- nak petik buah, mintak kebenaran.
    2- Jangan ngidam benda yang pelik2.
    3- Jangan suke2 belah perut bini orang,walaupun ko sultan.
    haha..=P

  3. Tanpa Nama berkata...

    yg aku tahu, bini megat sri rama makan buah nangka untuk raja, yang ditebuk sedikit utk diambil seulas... semasa nangka tu dihidangkan kepada raja, terkantoi bahagian yang ditebuk tu... itulah versi cerita yang aku tahu...

  4. ..::hamakakun::.. berkata...

    m..boleh gak diterima pakai tue..
    nasib nangka yg ditebuk..
    kalau benda lain??haha..
    biasala sejarah melayu lama..
    orang dulu2 tak suka mencatat..
    semua secara mulut ke mulut..
    bila sampai ke org lain, bertambah/berkurang ar cerita tue..
    huhu..

  5. Crovax berkata...

    mmm... ok ok aku bole terima cerita Sultan Mahmud mangkat dijulang tu...
    TETAPI.... aku rasa Sultan Mahmud tu kat melaka kan ? tak ke gitu.. ?
    Abis ape kaitan ngan kubu kota johor lama yang ko cakap awal2 tu. . . bukan Sultan Alauddin Riayat Syah II ke ? Aku kompius ni. . .

  6. ..::hamakakun::.. berkata...

    erk..xde kaitan ker?
    aa...tgk tu blakang ko..UFO!!
    (lari sepantas kereta kancil)

  7. Crovax berkata...

    hahahah aku mana tau.
    dulu aku skolah tak tinggi..
    sejarah aku out..
    yang aku tau kalau tak silap kat kota tinggi tu betol kot.. bila sultan mahmud mati maka tamatlah keturunan sultan melayu melaka dan bermulalah kesultanan johor berdarah bendahara yang berterusan sehingga sekarang.... kan ??
    ke salah lagi ?

  8. Tanpa Nama berkata...

    hm. amazing style