Isnin, Februari 4

Nak : taknak

Sejak diri dinamakan pesilat, berbagai2 benda datang. perigatan, dugaan, pemberian. Bukan yang biasa, tapi yang bermakna. Yang membuat kita sedar akan kesilapan, terdetik akan kebesaran tuhan, mengingatkan kita akan kelalaian. Kalau pada boss, dah kena buang kerja. Dalam study, dah fail. Dalam hubungan, dah clash. tapi maha pengasih dan penyayangnya tuhan, peluang sentiasa diberi, pintu sentiasa terbuka, jalan telah ditunjukkan. Kita hanya perlu bergerak. Melawan nafsu, dan hasutan. Menggunakan hati dan otak yang telah diberi. Menilai setiap sesuatu akan baik buruk, kebenaran dan kepalsuan.
Persoalannya hanya Nak : taknak.

***

Aku dah mengalah. Badan dah letih. Hati dah kacau. Otak dah bercelaru.
Datang hamba Allah, mengenalkan diri,
Sham, asalnya Kota Tinggi,
Bercerita tentang hidup, bercerita tentang masa depan,
Bercakap seperti orang lama, ilmu penuh di dada,

"Orang kita selalu mengalah, orang kita tiada keyakinan"
Berbuat sesuatu perlulah sepenuhnya, bukan takat nak cukup makan.
Pasang niat, kuatkan semangat,
Setiap masalah diciptakan penyelesaian,
Jangan mengalah, terus ke hadapan.

Setiap perbualan seperti dirancang,
apa yang kufikir, semua dibentang,
ditunjukkan jalan, untukku berjalan,

Allah maha pengasih, maha penyayang,
Pada makhluk sekalian alam,
Walaupun amalan sebiji kacang,
kasihnya tetap mendalam.
Semangatku memuncak, Badanku tegap, Hatiku waja, Otakku pantas.

***

0 comments :