Sabtu, Februari 23

Sudah : sudah

Demam dah elok, selsema datang. Ustaz pernah cakap, penyakit tu pembasuh dosa di dunia. Banyak dosa aku sebenarnye.
Kali terakhir aku buat baik, aku seorang. Tapi bila aku buat jahat, hati pulak tak senang.
Rasa hidup kurang je, xpernah bersyukur dengan apa yang ada.
merungut hari-hari, tak puas denngan diri sendiri.
Kalau tengok dekat tv, tembak menembak, pembunuhan beramai, dihalau dari tanah sendiri, miskin papa kedana.
Siapa yang beruntung sebenarnya?bukan aku?

~Aku cuba tunggu. tgk dulu. xkesah brape lama. mungkin boleh.
cakap di hati hanya menanti, tapi jasad ligat pergi.
"dating" diganti "keluar". "seducing" diganti "gurau".
tipu diri sendiri ke? oppoturnist, selfish.
tak gentleman langsung, lawan kau lagi gentleman.
sudah : sudah lah tu.

Dulu aku kayu, tengok je dari jauh.
Dilahir pemalu, tak berani nak sentuh.
Hadiahkan tali pun dah rasa jantung berhenti.
Tapi kenapa pilih jalan lain?terlalu sukar nak explain.
Tapi ikhlas dari hati, kalau diberi peluang sekali lagi.
Diputar tuil masa, kembali ke masa silam.
Akan aku garap cerita, yang hanya kita.

Tujuh orang kata "GO", 2 orang kata "NO".
samaada nak jaga hati, atau memberi semangat?tak tahulah.
Tapi seorang berjaya menukar cerita.
Hidup berpusing bak roda,
Buat orang harini, esok ekau pulak yang rasa.
Padan muka!!

Aku nak jadi budak yang baik, tak nak ganggu orang dah.
Jikalau ada ruang, aku rela perjuang.
Tapi kalau mengundang musibah, aku mengalah.
biar orang kata aku lemah,
Tak mahu kehilangan kawan, hanya kerana perasaan,
Sudah : sudah .

-surat yang tidak kesampaian.posmen pulang sebab setem xcukup..kuikui

***

Lama tak masuk entry. Tapi masuk-masuk je, dah mengarut. Minat dah mula bertukar.
Membela binatang atau english, PET.
Dengan harga yang berpatutan, "Scorpie" dah jadik binatang peliharaan. Seekor kala jengking hitam. Black Asian Forest Scorpion, atau nama nickname, Scorpie.

Hidup semakin ceria dengan teman baru. Makan banyak leh tahan walaupun orang tu cakap "Bagi makan 2 kali saja seminggu". Hasil dari jagaan yang mantap, berat scorpie dah naik!
Nak tengok dia bersalin kulit. mesti comel dah gagah.

Barang mengarut atas meja :
~Jam bulat tong bagi (hadiah kejut dia tdo tiap2 hari), bekas media, ashtray Kim, Aquarium scorpie, botol vitagen kosong, minyak gamat, 2 tiket floppoppy (dh expired).

***
sama serabut cam kepala aku

Scorpie sayang

Jumaat, Februari 15

Pening : lalat

Lalat adalah sejenis serangga kecil yang tebang menggunakan 2 sayap. lalat gemar menggeramkan mangsanya dengan menghinggap di atas mereka. Secara rasminya anda akan dicop xmandi oleh orang sekeliling, walaupun bau anda harum semerbak.
lalat juga gemar membuat anda hilang selera makan dengan melepak beramai2 di atas makanan yang ada baru beli..walaupun petua mencelupkan keseluruhan badan untuk membersihkan 'toxin' di dalam makanan anda, tapi orang keliling akan mengecop anda 'cheapskate' dan selekeh jika anda berbuat begitu.
Lalat juga boleh menjadi topik perbualan yang sia2 jika anda bosan dan tiada apa2 cerita hendak dikongsi..mangsanya adalah ANDA yang membaca..

***

Sebenarnya ada banyak cerita nak post. tapi pening pala yang amat menjadi penghalang..a.k.a demam...

Ahad, Februari 10

Banglesia : kita

Susah bukan main nak dapat bas cuti ni. Orang pusu2 nak balik. Raya cina, tapi orang lain sibuk gak bercuti. tiket bas semua habis. bas tambahan (bas sekolah, kilang) harga DOUBLE. Ada juga ulat2 yang ambil peluang nak tipu (jual tiket palsu) masa orang tgh darurat ni. JB-KL Rm25, dapat Rm40 dah cukup bagus.
Dapat saja duduk dalam bas dah lega. Tapi peliklah, kenapa semua orang lelaki. Lantak, asal dapat naik. "Bas bertolak sekarang", ayat biasa kalau jual tiket. Dua jam lepas tu baru jalan. Bunyik enjin memang kuat, tak boleh nak komplen. Nama pun bas tambahan. Mintak-mintak selamat sampai, 'Amin'.
Satu2 orang naik nak penuhkan bas, yang pelik bukan sahaja semua lelaki, tapi semua banggali mari,2-3 Siam. bau die memang 'cantek'. Harum semerbak sehingga wat aku tertidur lena sepanjang perjalanan. Ditambah dengan alunan muzik Thailand dan ala Hindustan, lagilah layu diulek mimpi....Zzz..

***

Singgah jap Petaling Street (PS), usha2, lama tak jalan sana. Jalan dekat PS memang berhantu. Lagi-lagi kalau ada duit. Barang banyak pilihan, murah, dan yang paling penting MIMIC original. Rambang mata kalau berjalan. Jam, kasut, baju, beg, semua ada.
Sebelum ni memang malas nak pergi, walaupun barang murah. Banyak sangat pailang2. Bukan takut, cuma mengelak.
Tips berjalan di PS:
  • Jangan tengok lama-lama.
  • Jangan belek, atau pegang2.
  • Jangan bertanya lebih dari satu soalan tentang suatu benda.
  • Jangan tawar harga kalau taknak beli.
Tiba-tiba terkenang kejadian dalam bas. Kenapa tauke2 dekat sini semua dah gelap2. Berjambang pulak tu. Semua tauke dah tukar jadik banggali??
"Mari abang, adik manis rapat-rapat..tengok barang saya juga"

***

Malaysia kita, Negara kita, Banglesia : kita

Jumaat, Februari 8

Mangkat : Dijulang

Tak sangka di hujung sebuah lorong kecil, melalui kampung2, tersergam sebuah istana yang megah. Tinggi di puncak bukit, Seluruh sungai johor dapat diperhatikan. Memang sesuai utuk dijadikan kubu pertahanan. Tak peliklah serangan Portugis berjaya dipatahkan berkali2 di sini. Walaupun kalah pada akhirnya, askar2 portugis yang bersenjata api ketar2 lutut menentang pahlawanan2 melayu yang hanya bersenjatakan tangan kosong.
Kampung keliling dinamakan "kampung makam". memang banyak makam keliling kampung. Batu nesan yang diukir dengan penuh teliti, diserikan lagi dengan kain kuning. Setiap makam nampak unik. Bersemadi di sebelah Kubu Johor Lama ialah Sultan Mahmud shah II. Lebih dikenali dengan gelaran "Sultan Mahmud Mangkat : Dijulang".

***

Diceritakan dalam Tuhfat al-Nafis, tahun 1699, lanun bermaharajalela. (Luffy waktu tu xlahir lagi). Mersing, Teluk Penyengat, Riau semua pun kne bedal. Jadi dititahkan olehnya Sultan Mahmud kepada Lasmananya, Megat Sri Rama (Laksmana Bentan) menghentikan lanun2 dari terus berkuasa.
Hati berat sekali hendak meninggalkan isteri yang tersayang. Risaunya bertambah2 mengetahui isterinya berbadan dua. Jika anak lelaki, diasah menjadi lawan yg digeruni, pemimpin yang disegani. Jika perempuan, diasuh menjadi wanita yang mengasihi, rebutan setiap lelaki.
Isteri mengidam, tiada si suami. apakan daya. Penghulu kampung kasihan melihat, diabaikan larangan, buah belimbing di taman diraja dipetik untuk Wan Anum. Biasalah kalau manusia, bila dah dengki, syaitan menguasai diri. Pembesar yang pernah direject oleh Wan Anum terus mengadukan. Di api2kan. Memfitnah Wan Anum mahu mencabar kedaulatan Sultan. Mana mungkin rakyat biasa mahu melawan daulat seorang sultan. Sedangkan pokok2 di laluan turut tunduk, tanda hormat.
Hukuman!! Melutut, merayu. Air mata bercucuran, memohon belas. Apa lagi yang boleh dibuat seorang wanita yang teraniaya. Bayi dikandungan lebih2 lagi dirisaukan. Nyawa yang suci dan tidak berdosa.
Hukuman!! Termakan hasutan syaitan, hilang peri kemanusiaan. Perut dibelah sebagai bukti kebenaran. Titah sultan siapa yang berani melawan? Kolam darah, kelihatan bayi kecil yang tidak berdosa sedang memengang cebisan belimbing. Kebesaran Allah swt.
Kebenaran ditentukan, sesal tiada gunanya. Rahsia disimpan, nyawa sebagai taruhan.
Pulang dengan kebanggaan, disambut dengan perkabungan. Suami mana yang tidak gila. Sultan tak sultan. Hutang nyawa dibayar nyawa. Dendam menjadi kesumat.
Sultan Mahmud mangkat : dijulang. Dalam perjalanan pulang dari solat jumaat. Ditikam Laksmana Bentan. Segala akibat tidak dihiraukan. Zaman dahulu, daulat bukan mainan. Sebelum nafas terakhir dihembuskan, sumpahan diturunkan. Keturunan Laksmana Bentan muntah darah jika kaki dijejak di tanah Kota Tinggi. Berterusan 7 keturunan.
Sultan Mahmud mangkat : dijulang

***

~Xtau leh ke tak amik gamba makam..tapi aku ade amik..nak post x??m...

Isnin, Februari 4

Nak : taknak

Sejak diri dinamakan pesilat, berbagai2 benda datang. perigatan, dugaan, pemberian. Bukan yang biasa, tapi yang bermakna. Yang membuat kita sedar akan kesilapan, terdetik akan kebesaran tuhan, mengingatkan kita akan kelalaian. Kalau pada boss, dah kena buang kerja. Dalam study, dah fail. Dalam hubungan, dah clash. tapi maha pengasih dan penyayangnya tuhan, peluang sentiasa diberi, pintu sentiasa terbuka, jalan telah ditunjukkan. Kita hanya perlu bergerak. Melawan nafsu, dan hasutan. Menggunakan hati dan otak yang telah diberi. Menilai setiap sesuatu akan baik buruk, kebenaran dan kepalsuan.
Persoalannya hanya Nak : taknak.

***

Aku dah mengalah. Badan dah letih. Hati dah kacau. Otak dah bercelaru.
Datang hamba Allah, mengenalkan diri,
Sham, asalnya Kota Tinggi,
Bercerita tentang hidup, bercerita tentang masa depan,
Bercakap seperti orang lama, ilmu penuh di dada,

"Orang kita selalu mengalah, orang kita tiada keyakinan"
Berbuat sesuatu perlulah sepenuhnya, bukan takat nak cukup makan.
Pasang niat, kuatkan semangat,
Setiap masalah diciptakan penyelesaian,
Jangan mengalah, terus ke hadapan.

Setiap perbualan seperti dirancang,
apa yang kufikir, semua dibentang,
ditunjukkan jalan, untukku berjalan,

Allah maha pengasih, maha penyayang,
Pada makhluk sekalian alam,
Walaupun amalan sebiji kacang,
kasihnya tetap mendalam.
Semangatku memuncak, Badanku tegap, Hatiku waja, Otakku pantas.

***

Jumaat, Februari 1

Malas : batu

~Tulang berat mcm 1 ton.
~Nak gerak rse lemah.
~Baring lagi sedap dari jalan.
~Termenung lagi best dari berfikir.

Bila ada tanda sebegitu,sindrom MALAS telah mendominasi anda. Diwarisi oleh turun temurun. Mudah menjangkiti manusia yang berbangsa "Melayu" lebih2 lagi kaum "Adam".
Ubatnya ialah dengan menghantukkan kepala beberapa kali ke dinding yang dibuat dari konkrit sehingga datang kesedaran. Alternatif lain ialah meminta tolong rakan sebaya menampar anda beberapa kali dengan gerakkan tangan dari kiri ke kanan, dan diukuti dengan kanan ke kiri dan diulangi secara berurutan.

Sekiranya berlaku kompilasi, sila rujuk klinik yang berhampiran untuk rawatan luka2 hasil dari rawatan ini.

***



Malas : batu