Rabu, Mei 7

Speed : racer

*daku cuba buat ulasan tanpa spoiler*

Lama tak pergi ke panggung wayang. Maklumlah semester ini agak sibuk dengan report dan tesis yang bertimbun dan mungkin kerana tak ada orang ajak pergi. Aku tak gemar menonton wayang seorang diri. Aku suka mengkritik sebuah filem selepas menonton, dari situ aku dapat kepuasan menonton sesebuah filem. Ala ala 'post mortem' bersama kawan2. Dari pergi seorang, lebih baik aku muat turun dari torrent dan tengok di komputer sambil makan nasi. Perut kenyang, duit tak terbuang.

***


Tiket percuma daku~

Seronok aku mendapat tiket percuma tayangan perdana Speed Racer malam tadi. Mungkin ramai yang membuat spekulasi, filem 'live action' adaptasi kartun dan komik mesti di bawah tahap memuaskan. Contoh hasil gagal seperti, 'The hulk' dan 'Ghost Rider'. Tapi aku tetap hendak menonton, teruja dengan kereta putih Speed Racer (idaman sejak kecil) dan kerana pengarah filem ini adalah pengarah filem trilogi 'The Matrix'. Jadi semestinya ada kelainan.

Diskriminasi kaum terancam...

Filem ini berkait dengan kisah hidup keluarga Racer (nama famili mereka Racer) yang sangat meminati bidang perlumbaan. Bapa mereka Pops adalah seorang mekanik yang membina dan mengubahsuai kereta. Teruja untuk menyertai perlumbaan, dia mencipta kereta mereka sendiri yang diberi nama 'Mach 5'. Dipandu oleh anak sulungnya Rex Racer dan berjaya menempa nama dalam masa yang singkat di dalam perlumbaan. Legasi itu diteruskan oleh Speed Racer, anak kedua mereka selepas abangnya terkorban dalam satu kemalangan yang dashat semasa berlumba. Bagaimana Speed Racer mengejar impian abangnya untuk ke 'Grand Prix' dan misteri kematian abangnya boleh anda tonton sendiri di pawagam pada 8 Mei 2008.


Surti dan Tejo

Filem ini mengguna hampir 90% 'blue skrin', tetapi ia sangat blend dengan watak dan objek menjadikan ia sempurna. Tidak nampak seperti dibuat2. Dengan warna yang terang dan segar digunakan untuk latar dan efek2, menghidupkan mood zaman retro dalam filem itu. Sudut kamera (camera angle) amat cantik, sehingga kita merasakan diri kita berada bersama beliau semasa berlumba, sungguh adrenalin. Jalan cerita juga tidak jauh lari dari kartun yang asal, menjadikan nostalgia Speed Racer masih mencengkam. Rain telah berbahasa inggeris agak fasih, tahniah. (kebanyakkan orang jepun dan korea mempunyai masalah berbahasa inggeris, lidah mereka pendek)


"aiseh duit jatuh..*kenapa seram sejuk je ni..*"

Aku beri 5 BINTANG (*****) untuk filem ini! sehingga sekarang aku masih dapat membayangkan perlumbaan itu di dalam kepalaku sambil berlatarkan lagu tema filem speed racer yang telah di'rap'kan dalam 5 bahasa. Filem yang wajib ditonton sekurang-kurangnya sekali dalam hidup, dan aku gembira menjadi antara orang pertama yang menonton.

Di'pau' dalam perjalanan ke tandas

Peringatan:

  • Efek dan warna yang digunakan mungkin akan menyebabkan sakit mata kepada sesetengah orang lebih2 lagi mereka yang rabun warna. (banyak bermain ton warna)
  • Di adaptasi dari kartun, filem ini juga adalah kartun. Jadi jangan mempersoalkan kelogikan fizik di dalam filem ini. Ia adalah dunia yang bukan realiti.
  • Buka mata, minda dan enjoy!


Memandu 'Mach 5' ku

~Rex mengingatkan aku tentang arwah abangku. aku bergenang.
~minta maaf jika ada yang tersinggung.

24 comments :

  1. Tanpa Nama berkata...

    iye. saya tersinggung.

    kaka pegi wayang tak ajak saya. sungguh tersinggung. huh~

    p.s : kamu merokok?

  2. ..::hamakakun::.. berkata...

    er..*rasa bersalah~*

    gula2 saya dah makan semua..haa~ ada lagi satu, tapi dah tinggal separuh..nak?nak? *membuat muka tempting*

    p.s:itu sebenarnya kotak coklat..XD
    saya perokok yang amat2 ringan..average 2 batang sebulan..

  3. Tanpa Nama berkata...

    butul ke best ni...? aku memang tak suka nak nengok citer berunsurkan 3D ni kat wayang...

  4. ..::hamakakun::.. berkata...

    fairuzmokti>>efek2 dia mashuk..kalau kau minat The Matrix, mesti suka filem ni..kalau ko minat racing, mesti ko lagi suka filem ni..Rasa macam kita betul2 tengah tengok perlumbaan.VrooM~

  5. Tanpa Nama berkata...

    "hitam nampak kemas" berlakon...waaa....mcm kena tgk!


    "..he's smooooookin' in the waater..."

  6. ..::hamakakun::.. berkata...

    bubu>>"saya rain, hitam warna kegemaranku"..mesti tengok!

    cant light it la~

  7. Tanpa Nama berkata...

    erk! aku baru perasan...lolita bubu!!..kawaii....

  8. t.a.t.a berkata...

    ka.ka smoking ke??? :(

    *termenung sambil kaki kuis carpet*

  9. t.a.t.a berkata...

    why is it really so hard to meet guy that does not smoke?

    *sad*

  10. Tanpa Nama berkata...

    t.a.t.a : i feel you girl. huhu.

    i dislike smokers. tapi asyik jumpa smokers je. huhuhu~

  11. ..::hamakakun::.. berkata...

    bubu>>kawaii des ne..kamu letak kukun-hama..itu lagi la..^^

    tata>>er..*peluh2 menjawab*
    orang memang selalu cakap its hard to find a good guy..
    kalau ada mesti gay or taken.other than that is smokers..huhu~

    tata dan AyUmi>>smoker takde pun tak suka orang yang tak smoke tau..huhu~
    people change,orang yang kuat merokok pun boleh berhenti dengan kuasa cinta dan berkat doa.=)

  12. Tanpa Nama berkata...

    ngaa~ lagi la? lagi la hape?...'kukun' sebab kelihatan comel...hama terpaksa duduk dibelakang...tak suke? saya ubah balik

  13. ..::hamakakun::.. berkata...

    bubu>>lagi la comel..^^ adalah hepi face yang diringkas --> (^.^) = ^^
    tak perlu tukar, daku suka..haha~

  14. Tanpa Nama berkata...

    owh yeah..hepi ka gitu?!..wiiii!! suke!! buat ombak!! swush!swush!

  15. ..::hamakakun::.. berkata...

    bubu>>sambung2 whoosh2~~

  16. Mak Su berkata...

    hai, singgah di sini, oh, monster biru itu ngusik kamu ker?

  17. ..::hamakakun::.. berkata...

    maksu>>dia usha bon bon saya maksu..huhu~ XD

  18. Tanpa Nama berkata...

    Post ni best2! <3 the pictures! LOL..
    T_T xder teman nak g tgk...

  19. ..::hamakakun::.. berkata...

    saffa>>er..post yang mana?
    toche'2 itu semua gambar seni tak bertempat..XD
    er..kenapa sampai gitu. kawan2 kamu semua sibuk ke?

  20. MakcikMuda berkata...

    ko telah dibontoti oleh makhluk biruk!

    ko sudah x suci!
    muahahhahahahha!

    giler keji statement haku.

    ko buat aku rs nak tgk.

    tp takut mensesal lakk.

    sbb aku x minat cter gini :(
    tp cam best.

  21. pandagumuk. berkata...

    panda mane de pau orggggg.

  22. ..::hamakakun::.. berkata...

    rynn>>*kesucianku ternoda~* ~.~
    review aku tak pernah tipu..

    tengoklah..

    kamu tidak akan menyesal..

    rugi kamu jika tak tonton..
    money back guaranteed mahu? XD

    pandagumuk>>panda di rumah kamu comel2, tapi itu panda gengster..
    kamu sebagai ketua panda2 patut menjaga anak buah kamu supaya tidak nakal begitu..hehe~

  23. Tanpa Nama berkata...

    Sekarang, baik kau ceritakan hal sebenar yg berlaku. Adakah kau sekadar dipow oleh makhluk super besar tu atau lebih daripada itu? Like.. pegang2 kau ke?? Hahaha

    Aku menunggu pengakuan kau. lalala~

  24. ..::hamakakun::.. berkata...

    sindarella>>er..aku~ aku~
    dia pegang bahu aku,
    aku tangkap dan genggam ibu jarinya, kemudian aku kilas ke belakang,
    sepak pelipat lutut nya,
    kunci leher dan tumbuk rimau di tengkuknya dan lempar dia ke tepi..
    aku sepak lagi satu di tengkuknya untuk memastikan..
    huhu~